Tuesday, July 9, 2019

Shukri Adam/Rahman/ Rozmey / Asparizam

17. Zaman selepas UKM
      Shukri Adam / Rahman / Rozmey / Asparizam
Brader pertama yang aku jumpa kemudiannya adalah Tok Ketua Shukri Adam. Orang Ganu dari Jerangau masa itu sudah berkerja dengan Consultant Hashim & NEH. Dia tinggal di PJ. Munkin dekat dengan office. Masa itu aku baru lepas interview dengan Company IJM yang sedang mencari engineer untuk ke Johor Baharu. Semasa aku menunggu jawapan IJM, aku pergi interview dengan Company Ireka yang ada projek highway di Ipoh. Dan terus aku setuju untuk joint dan pergi ke Ipoh di Minggu berikutnya.
Semasa di projek Ipoh, aku dapat menghubungi Rahman J yang masa itu telah pindah berkerja di Ipoh. Melalui info Rahman, kami mendapat berita Rozmey Gold telah berada di Manjung setelah menyertai Syarikat beras Bernas. Apa civil engineer buat di Bernas? Tanam padi? Menarik sekali. Aku dan Man J kemudian plan untuk ke Manjung mencari Rozmey. Kami sempat bermalam di rumah sewa dia di sana sambil menikmati suasana koboi town Manjung.
Setelah siap projek Ipoh, aku masih lagi dengan Ireka dan pindah ke Sungai Buloh untuk projek Tasek Cement storage dekat dengan railway keretapi. Di Sungai Buloh aku berjumpa dengan Tok Ketua Shukri yang pada masa itu sudah berkahwin dan tinggal di Paya Jaras. Dia pada masa itu telah tidak lagi berkerja dengan consultant HNN dan joint syarikat Telekom. Kemudiannya dia outstation ke Melaka dan kami jarang berjumpa lagi.
Setelah siap projek Tasek Cement Sg Buloh aku pindah ke projek KLCC dan kemudiannya ke Lembah Beringin Interchange. Masa di sinilah aku dapat tau Pak Aji Asparizam telah mula berkerja dengan pihak Lebuhraya PLUS setelah meninggalkan syarikat Mudajaya. Aku kemudiannya ada masalah hendak menutup traffic di Lembah Beringin untuk kerja-kerja jambatan dan telah berjumpa Aspa untuk mendapatkan panduan. Masa itu dia masih di HQ PLUS di Kuala Lumpur. Dengan bantuan dia dapatlah aku selesaikan masalah kami yang telah beberapa kali tertangkap dengan pihak peronda PLUS sebab membuka laluan haram terus ke site. Aku tak lama di projek itu dan berhenti untuk menyertai syarikat lain iaitu Percon Corporation.
Dalam waktu kemudiannya aku tidak lagi berselisih dengan sahabat-sahabat EngineMania dan kami semua telah lost contact.
21.6.2019
Ampang

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...