105. Outstation.
Kerteh.
Kerteh.
Setelah project AKLEH section one di kpg Baru hampir siap, aku mendapat Surat transfer ke Kerteh pada akhir tahun 1999. Akhirnya terpaksa keluar dari lembah Klang. Masa ni anak ketiga Baru lahir Dan ummi Baru Lulu's lesen kereta.
Aku kemudiannya bertolak ke Kerteh dengan Suzuki Jimmny. Perjalanan masih ikut jalan lama karak - kuantan Dan melalui pantai terus ke kemamang , dungun Dan akhirnya Kerteh. Pekan minyak yang masih kekurangan walaupun sudah Ada airport kecik.
Aku terus ke site office yang terletak hampir dengan sungai Kerteh. Office tu Tak berapa jauh dari jalan besar ke Kuala Terengganu. Di situ sudah Ada bos lama SM Dan geng Kesas, Bakri. Selain itu beberapa enginiar orang Terengganu Dan staff2 Percon dari project lain.
Kami disediakan rumah teres Dua tingkat. Aku duduk di tingkat bawah sorang manakala Bo's SM, CKK Dan SI ditingkat atas. Aku kemudiannya disertai dengan SH Dan surveyor Malik Dan mat nor.
Kami disediakan rumah teres Dua tingkat. Aku duduk di tingkat bawah sorang manakala Bo's SM, CKK Dan SI ditingkat atas. Aku kemudiannya disertai dengan SH Dan surveyor Malik Dan mat nor.
Masalah kemudiannya adalah bila nak balik Klang. Cuti cuma Hari jumaat. Aku selalu nya balik Klang tiga minggu atau sebulan sekali. Hari2 Tak balik, aku kerja Dan boleh di offset bila nak cuti nanti. Sekali sekala aku me marang, balik rumah mak mertua .
Aku Balik klang selalu nya dengan bas. Tak larat rasanya nak drive dengan Suzuki Jimmny tu. Boleh patah pinggang nanti. Kadang2 tumpang Malik yang tiap2 minggu balik. Malik Dan geng veteran lain semua balik rumah tiap2 minggu. Tak mampu aku ikut depa.
Masalah bila dari klang ke Kerteh, bas sampai dalam pukul Dua pagi. Aku selalu turun di site office Dan Tidur Sana sampai pagi. Selalu aku terserempak dengan Babi utan bila berjalan ke site office.
Semasa inilah aku ada pengalaman sedih dengan salah seorang anak kembar aku yang pada suatu hari bertanya, kenapa bapak dah lama tak datang rumah kita?......

Arrghhhh.....
4.7.2019
Ampang.
Ampang.