20. Zaman selepas UKM
Rehlah ke Sungai Dua
Rehlah ke Sungai Dua
Alhamdullilah pada Hari rabu 11 February 2015 plan ke rumah Enginemania mekanikal Tuan Hj Maulana Riduan di Sg Dua Taman Alamanda Berjaya di laksanakan.
Aku, Hj Shiha, Rahman dan Abi dari kawasan tengah. Bermula dengan solat subuh di RnR Jejantas Sungai Buloh dan sarapan dengan Abi sambil menunggu Hj Shiha sampai. Dengan Nazaria kami ke Bukit Beruntung exit mengambil Rahman J kami terus ke Slim River mengadap tuan tanah PLUS Hj Aspa.
Setelah sampai di opis PLUS Sungkai, kami terus mencari Hj Aspa dan sekali lagi pekena soto sambil berborak cerita lama. Hj Aspa tak dapat ikut kali ni dan kami berempat terus ke Penang.
Setelah sampai di opis PLUS Sungkai, kami terus mencari Hj Aspa dan sekali lagi pekena soto sambil berborak cerita lama. Hj Aspa tak dapat ikut kali ni dan kami berempat terus ke Penang.
Kami sampai di Taman Alamanda pada pukul 12 tengahari. Alhamdullilah Hj Duan telah berjaya mendapatkan durian sebagaimana janji sebelum ni. Tengah baik tibai durian, Rozmey Gold Bernas tiba-tiba muncul dari Jitra. Hampir licin durian kami kerjakan.
Selepas solat jamak berjemaah, kali ni ke kedai nasi kandar pulak. Ada sotong goreng garing sedap. Perut dah kenyang dah mula nak balik.
Selepas solat jamak berjemaah, kali ni ke kedai nasi kandar pulak. Ada sotong goreng garing sedap. Perut dah kenyang dah mula nak balik.
Tapi sebelum tu kami menginterview Hj Duang tentang trasformasi diri dia yang sangat menarik. Tapi tak dapatlah aku kongsi di sini.
Selepas pekena kopi di rumah Duan sekali lagi kami gerak balik dan singgah cari jeruk Pak Ali pulak. Ini bekal untuk bos kat rumah pulak supaya jangan soal banyak-banyak.
Selepas pekena kopi di rumah Duan sekali lagi kami gerak balik dan singgah cari jeruk Pak Ali pulak. Ini bekal untuk bos kat rumah pulak supaya jangan soal banyak-banyak.
Masa perjalanan giliran Abi pulak bercerita. Macam2 cerita. Terasa kejap dari Penang dan aku pulak sampai di Klang pada pukul 12 malam.
26.6.2019
Ampang
Ampang