Tuesday, November 28, 2023

belasungkawa

Hari ni dapat berita junior jenan cendikia masa aku form one dipanggil ilahi.

Assalamualaikum
Sedih kami dengan pemergian sahabat kami Abd Majid Bachok belum berakhir, petang ini kami dikejutkan dengan perkhabaran seorang lagi sahabat Jenan88 iaitu Ahmad Zulkarnain Zahidin (Otto) telah meninggalkan kami.

belasungkawa

Belasungkawa

Hari ini 28.11.2023 bapak mertuaku, allahyarham kadir mat zin telah kembali kepada penciptanya pada usia 85 tahun.
Alhamdullilah petang tadi dia selamat di kebumikan di kampung halamannya. 

Semoga damai sejahtera di sana.

Kini kedua-dua bapak dan mertuaku telah tiada. Tiada lagilah figura bapak dalam hidupku. Aku sekarang benar-benar terbang dengan sendiri.
Sudah sampai masanya aku menggantikan mereka sebagai figura bapak kepada yang lain2. 

Allahumagfirlahum warhamhum

Friday, November 17, 2023

cerita utara

Artikel dari sahabat jenan85, suhaimi yusof.

[17/11, 15:38] Jn Suhaimi TEH 85: *BAN BANG KHWAI*
*(Kampung Kerbau Air)*

1. Lokasi kampung ini sudah sekian lama cuba dijejaki tetapi belum lagi ditemui kerana ejaan lama *Ban Nam Koay* dalam *catatan bersaiz A3 oleh TokPa (Tambun Tulang)* sudah tidak tepat untuk carian dalam *laman Google* dan *imej satelit Google Earth*.

2. Terletak bersebelahan jalan utama menghala ke *Hatyai, Songkhla dan Padang Besar*, kampung ini beralamat di *No. 7, Ban Bang Khwai, Rural Road 1027, Thung Mo, Sadao, Songkhla 90120, Thailand*.

3. Merupakan tempat persinggahan sementara untuk *empat beradik Musa-Mulai* *sekitar tahun 1680an* sebelum mereka bergerak turun lagi ke bahagian bawah *Semenanjung Tanah Melayu*.

4. Dari penempatan sementara di *Sedau (Sadao)* yang terletak di *selatan Siam* ini, mereka empat beradik terus bergerak menuju ke Perlis dan Kedah untuk  menyelamatkan diri dari asakan peperangan dengan *tentera Ayutthaya* semasa hampir berakhirnya *pemerintahan Ratu Kuning (1636-1688)* di *wilayah Patani*.

5. *Kerajaan Ayutthaya (1350-1767)* pula tumbang kepada *kerajaan Siam Thonburi (1767-1782)* di bawah *Taksin*. Selepas itu, kuasa Taksin dirampas pula  oleh *ketua tentera bernama Thongduang (Rama I)* yang baru pulang  menjarah Laos bersama patung *Zamrud Buddha*. Beliau mengasaskan era pemerintahan *berbangsa Cina-Siam Rattanakosin (1782-1932)* dan disambung oleh *kerajaan Thailand (1932-kini)*.

6. Syukur ke hadratNya kerana mereka empat beradik *sempat sampai di penempatan Kg. Kerbau Air, Sedau* semasa kerajaan Patani hampir tumbang dan telah mengambil keputusan untuk *berpecah kepada empat arah* iaitu *Kg. Guar Gajah*(Musa), *Kg. Sg. Belati*(Mulai) serta *Kg. Sg Limau, Yan, Kedah* dan *Sik, Kedah*.

Al-Fatihah untuk mereka empat beradik dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Aamiin 🤲🤲

Oleh: 
*SHYusoff@ 1117 jam*
*~Jumaat, 17 November 2023*
[17/11, 15:39] Jn Suhaimi TEH 85: Ralat:
*Ratu Kuning (1636-1688)*, sebenarnya. 

Bukan Ratu Hijau pada awal artikel.

Thursday, November 9, 2023

konflik

Rumusan konflik  gazza 2023, Part 1

1. Palestina terakhir merdeka 1000 tahun dulu. Selepas dikalahkan raja thalut dari bani israel, palestina x pernah merdeka lagi.

2. Israel juga dah 1000 tahun hilang palestina, cuma thn1948 baru mereka dapat palestina dari resolusi pbb dan ihsan british.

3. Palestina hilang semua 15 wilayah kpd israel pada perang arab-israel 1948.

4. Plo (yaser arafat) yg urus ehwal palestina dalam dasar apartheid israel.

5. 1973, ikhwan bertapak di gazza. 1997, hamas ditubuhkan, syeikh ahmed yasin mursyid

6. 2006 hamas perang dgn plo fatah. 2008 hamas kuasai gazza.

7. Usa dan ec isytihar hamas teroris.

8. 2010 arab spring, hamas declare islamic state dan hapuskan israel secara total

9. 2014, ikhwan dilabel pengganas oleh gcc.

10. Oct 7, hamas declared war lawan israel, 1400 israel maut, israel terus serang gazza, 10k maut.

11. Egypt buka pintu rafah utk bantuan kemanusian shj

Friday, November 3, 2023

solat jumaat

Hari ni jumaat yang ke empat aku di Tganu.
Tadi alhamdullilah solat di mesjid ladang, BB.
Mesjid cantik, bersih, luas dan cukup kemudahan.
Cuma perangai manusia sentiasa menjadi masalah.
Kira jatuh no 3 perangai manusia sepanjang aku dok solat jumaat sini.

Thursday, November 2, 2023

no kane, no problem

Walaupun kane dah blah tapi spurs belum goyah macam semua orang expect.

Go go postacoglu

Wednesday, November 1, 2023

jalan2 ke kuala berang

Semalam kami jalan2 ke pasar kuala berang.
Lalu ikut wakaf tapai dan sarapan di satu tempat nama pulau kudat.
Kemudian ke pasar sambil beli buah2, kueh dan satu lastik.  Ya lastik untuk terbiay ( bahasa orang perlis ) anjing liar.
On the way balik ummi hendak ke kedai orkid. Aku ke kedai kopi sambil borak2 pasal kes bunuh di sana pagi tu. Ada ex jkr dan tokey kedai.  Rupanya kawasan tu selalu banjir. Aku ingat sejak ada tasek kenjir  banjir dah hilang.
Kedai tu pula ada jual jugak madu liar yang di dapat di kawasan situ.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...