Saturday, January 31, 2015

Reunion 2015

Setelah banyak berbincang dalam WA grup, semalam meeting di agrotek resort hulu langat untuk finalize lokasi reunion tahun ini.
Banyak ujian kesesakan jalan masa pergi dan balik. Tak sangka hulu langat ada masalah kesesakan jalan.

Akhirnya committee pilih agrotek resort.

Thursday, January 29, 2015

Bahasa arab

Setelah bermacam plan nak belajar bahasa quran ini akhirnya tanpa pikir banyak berjaya register dengan kumpulan ni di mesjid rahimiah.
Kelas untuk januari dah habis di harung.
Ada lagi tujuh bulan nak kayuh. Entah apa nasib.

Moga diberi rezeki masa dan fulus untuk sampai penamat.

Setelah 16 tahun

Alhamdullilah setelah 16 tahun, jalan di kawasan sri damak di turap semula.
Setelah Macam2 pertukaran parti pemerintah dan berbagai MB berlaku baru ianya jadi kenyataan. 

Wednesday, January 28, 2015

Kecewa

Hari ni aku kecewa sangat bila pak lebai berserban kat kedai makan disimpang telah parking kereta depan kedai menyebabkan orang keluar dan masuk jalan besar susah dan sesak.
Dia dengan kawan yang juga berseban baru balik dari solat subuh berjamaah terus selamba bersarapan dan bersembang.
Bila trafik dah reda baru di pindahkan kereta ke tempat lain.
Masa masuk dalam kedai sebelum tu aku mintak janganlah yang parking tu pak cik yang berserban tapi alangkah kecewa dan sedih bila yang bangun tanpa rasa apa2. 
Benarlah hidayah dan iman milik tuhan tapi membuang duri di jalan adalah selemah lemah iman.
Bukan mudah juga solat, lagi2 solah berjemaah mengubah diri menjadi insan yang beriman .

Astagfirullah. .
Astagfirullah. ..
Astagfirullah. ..

Selamatkan aku Ya Allah.
Sesungguh aku sangat lemah dan tiada daya upaya melainkan dengan izin dan rahmatmu

Sunday, January 25, 2015

Khilaf

Sakan kawan2 aku berbahas masalah khilaf semalam kat WA sampai ada orang lari keluar grup.
Lagi2 ada puak dari perlih.

Ada dua buku ini yang berbahas masalah khilaf dengan pendekatan ilmu.

Aku?

Saturday, January 24, 2015

Bukan senang nak senang

Semalam masa sarapan aku berborak dengan tokey kedai nasi lemak abang zek. Entah kenapa tiba2 dia bercerita tentang asal usul dia boleh mula minat berniaga.
Cerita sangat menarik dan memberi inspirasi. Aku patut dengar cerita2 yang macam ni sepuluh tahun lalu. Harap2 belum terlambat.
Dia mulanya kerja sebagai kerani di pejabat pkns di tahun 70an. Semasa berkerja disitu dia bertembung dengan seorang peniaga buah nenas cina yang pergi membeli rumah. Apa yang dia terkejut adalah cina itu tiada masalah nak bagi deposit dan membayar duit beli rumah walaupun cara pakaian dia nampak macam bukan orang yang berduit.
Setelah dia bercerita dengan peniaga itu dan pergi melihat dia berniaga didapati dia hanya menjual buah nenas dipotong.
Dan yang lagi menarik lagi buah nenas ada yang diambil dari ayahnya di meru.
Setelah melihat bagaimana cara berniaga, dia mengambil keputusan berhenti dan berniaga air tebu. Selepas itu dia menjual beberapa makanan lain termasuk pasar malam sebelum berniaga nasi lemak dan lontong di tempat sekarang.
Nampaknya dia tak menyesal langsung dengan keputusannya dulu.

Akhir sekali dia menasihatkan aku yang bukan senang nak senang.

Monday, January 12, 2015

Cerita kopok lekor lagi

Keropok untuk kawasan klang ni ambik dari bukit tok beng dan bukit payung.


Cuma package bukit tok beng ni cun sikit.


yang bukit payung ni kawan lama ummi.

tapi dua2 power

Sunday, January 11, 2015

Ke ganu 2

Minggu lepas balik ganu lagi.
Kali ni finalize kan hal lot tanah homestay.
Tapi balik kali ni banyak ujian di jalan selain demam.
Tayar naza koyak bila keluar tol Paka. Hari jumaat pulak. Terpaksa SoS kawan lama yang dan empat belas tahun tak jumpa. Ah tee dungun traktor ada di kawasan tu masa aku talipon dia.
Selepas tukar tayar spare terus ke chukai ganti tayar lain.
Alhamdullilah

Wednesday, January 7, 2015

Keropok lekor ganu di klang

Nak promote sape nok kopok lekor ganu bukit tok beng dan bukit payong untuk kawasan klang dan shah alam

Tanah

Alhamdullilah.
Hari ini pindah milik tanah bukit khor telah selesai.

Sekarang menunggu next move untuk projek homestay menjadi kenyataan.

Al fatihah

Hari ini mendapat berita mat raman  bekas surveyor aku di projek sri damansara dan gong kedak telah kembali ke rahmatullah. 

Kemalangan di tempat kerja di langgar van telah meragut nyawanya.

Semoga rohnya di cucuri rahman dan diletakan bersama orang beriman

Thursday, January 1, 2015

1.1.2015

Alhamdullilah hari pertama 2015 sempat solat asar di mesjid jelutong setelah hantar ummi pi gader2 dengan geng2 dia.
Meriah dengan kuliah mesjid ni nampaknya.

Selamat tinggal 2014

Akhirnya 2014 sampai penghujung.
Banyak kenangan dan ujian tahun ni.

Alhamdullilah masih menghirup udara pemberian Allah

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...