Monday, July 15, 2019

115. Ayer Keroh

115. Outstation
        Ayer Keroh.
Setelah aku buat keputusan tidak mahu menyambung lagi di Sarajevo, Satu Hari aku mendapat email untuk destinasi seterusnya iaitu Ayer Keroh, Melaka. Kali ini aku akan terlibat dalam operasi maintenance jalan berbanding sebelum 2 ini membuat jalan Dan jambatan. Walaupun grup ini di bawah Satu bumbung tapi rivalry lain macam sikit. Ada persaingan yang kadang2 jadi Tak sihat. Munkin tektik pecah perintah juga digunakan.
Bila nama aku Naik, rupanya sudah kecoh di Malaya Dan nasib aku baik sebab berada jauh dari orang. Dari cerita2 nya aku dengar kemudiannya ramai yang bangkang atas sebab latarbelakang aku dari group sebelumnya.
Bila report duty, hanya beberapa kerat saja yang macam welcome. Bab logistics langsung Tak Ada yang assist Dan akhirnya aku landing di rumah geng lama. Kereta pula diberi yang akhirnya mati ditengah highway.
Walaupun starting Tak menarik tapi endingnya aku sangat puashati bila banyak masalah terkawal Dan dapat membaiki rangking dengan JKR. Team majority semuanya sangat bagus walaupun Ada seorang Dua yang selalu mempertikaikan apa yang aku buat.
Group besar, banyak pulak politics. Untuk checkmate Dan kawal team dari terus powerful, aku dikeluarkan lagi untuk Satu lagi assignment yang aku kategori sebagai harakiri.
10.7.2019
Rawang Perdana.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...