Saturday, March 24, 2012

sop belut kpg jawa

 bila ummi bagitau ada kawan dia makan belut sakit gatal dah kurang. aku pun nak cuba jugak.

kami terus pergi cari kedai makan belut kat kpg jawa.
satu sop belut, satu tomyam belut.

memang best la.patutla ramai tergila-gilakan belut ni.
rupanya ni adalah posting ke tiga puluh satu bulan. dah tercapai target aku untuk post purata satu sehari.
walaupun kadang-kadang merapu tapi dapatlah hilangkan tension aku sikit.

biryani kambing di surau banang

malam jumaat lepas aku ke batu pahat lagi untuk majlis doa selamat projek kami. majlis doa dan tahlil ni dibuat di surau banang.

biryani kambing dan ayam kampung ni memang power.

orang lain empat orang satu talam tapi aku dan brader ni tibai dua orang saja.
depa macam paham saja tangki kami besar walaupun injin dah tua.




apa-apa pun biryani batu pahat ni memang best.

terimakasih banyak untuk pak imam dan ajk surau.
inshallah panjang umur ada rezki kami buat lagi.

saya nak jadi no 1, tak paham ka?

lembu punya pasal dah mengharu-birukan  puak baju merah.
orang no dua dah tak tahan nak jadi no satu.

orang no satu pulak kata saya okey saja.
apa nak sebok-sebok.
samada damage control ni berjaya atau tidak, kita tengok saja nanti

Friday, March 23, 2012

ada-ada saja si bodoh dan bangang ni

mula-mula tengok tajuk berita ni memang bagus.
tapi bila dibaca, celaka betul si kafir ni.
yang nak sebok-sebok pasal negara islam ni apasal.

another stupid fools in the making

run and fired

this two or three days are the most stormy and turbulance week since i came to work here.
firstly, it was first time during my twenty years career in managing sub-contractor, they left my site instead of me firing them.the difference was previously i was directly managing them whilst now they being manage by my manager.
what when wrong?
are they too 'manja' now and cannot be screwed?
are they feel that they being bullied by main-con?
are they feel that the work they do now losing?
are my manager didnt give them more place for them to work?

no clue but one thing for sure if i want them back, they will give me hell. hopefully god help me. also my manager dont feel any pain, but i do.

secondly i had to fired and force one of my subcontractor out from my site due to very poor work performance at site. but this stupid subcon feel that all his problem come from us. poor fella and today he start treatened my site staff until we paid them.

another asshole idiot which dont know to respect contract.

ambil kesempatan

semasa dalam perjalanan ke johor dua hari lepas aku singgah mengisi minyak di petronas rawat dan rehat seremban. sedang aku menunggu minyak penuh, tiba-tiba datang seorang gadis muda, cantik dan bersuara lembut sambil menunjukan sebotol madu dan sekeping CD. belilah pak cik, untuk sekolah tahfiz.
bolehkan aku percaya? memang aku tak pernah percaya.
sejak beberapa insiden, aku hanya percaya tabung masjid saja. itu saja pada aku tempat derma duit yang akan sampai terus.
kecualilah mesjid yang dikawal oleh puak-puak lahanat yang kadangkala tibai duit mesjid macam duit mak bapak dia.
ingat lagi kes mahkamah yang bekas pak imam baling kasut kat hakim? itulah malaya, apa-apa pun boleh.
balik cerita budak muda itu.
tiba-tiba aku terasa nak bagi duit kat dia tanpa beli apa-apa. sambil bagi duit aku kata, macamanalah saya nak percaya betul ka tak betul ni. dia jawab, pak cik tak percaya kah? aku kata, entahlah saya serah kepada Allah Ta'ala sajalah.
kenapa aku bagi kali ni?
entahlah, tiba-tiba aku rasa dengan bagi sedikit, tokeh jahat dia tak marah dan lambatkan nak dihantar dia ke tempat yang tak baik dan buat kerja tak baik macam melacur ka entah apa lagi. di malaya ni ramai yang guna agama untuk cari duit. apa budak macam tu buat kerja ni kat lebuhraya?
teringat juga aku kata-kata, kemiskinan akan membawa kepada kekufuran.

kemudia datang mat bangla bagitau aku memang hari-hari ada budak minta duit kat kawasan tu. diaorang boleh dapat hampir seribu sehari. si bangla tu spekulasi ka memang dia tengok betul aku pun tak pasti.
tapi yang nyata orang malaya memang pemurah dan jangan terkejut ramai yang cari jalan mudah jadi peminta sambil bawa apa-apa saja untuk dijual.

tapi jika benar, kenapa institusi agama tahfiz mesti buat macam ni?

Wednesday, March 21, 2012

kita tengok sapa pulak yang kena

giliran puak-puak ni pulak kena suloh.
marah benar rimau jelutong ni.
kesian dia, makin tua makin kena pelece.
dapatla juga korang muka depan kali ni.
tapi tiga hari cerita ni dah nak senyap.
mentang-mentang lah satu kapal, kira tulung coverline lah ni kot.......

puak yang satu lagi tu la yang kesian. asyik kena bantai dengan puak sendiri....

Monday, March 19, 2012

aku tak terkejut

walaupun pieem terkejut, aku tak terkejut. itu cara nego diaorang yang dah macam puak parsi.
jadi biaq pi la. kita kena cari alternatif lain. orang malaya bukan bodo sangat cuma bila dah mula senang dan mewah, otak lagi malas pikir. jadilah lembu kenyang.

cerita pasal amah ni dah nak muntah aku. itu belum pasal amah yang bawak kawan nama dia antu. dalam sejarah kami sekeluarga dah enam amah. dua bagus, satu lari pagi2 buta, satu mai sebab anak dia dok sini dan satu aku terpaksa terajang balik sebab antu yang dia bawa dah kacau anak bini aku. sampai sekarang belum selesai seratus peratus. hanya Allah saja yang boleh tulung.

tapi apa-apa pun tahniah negotiator diaorang dapat tekan puak malaya.
adakah kita angguk saja masa tu?

satu lagi puak-puak arab pun dah nak sekat depa pi sana. ada betui ker?

Sunday, March 18, 2012

teh tarik xjen84 mac 2012

minggu lepas dapat juga diadakan satu tehtari session dengan puak jenan84 sempena meraikan si pak tam dan arma yang datang dari jauh.
korum cuba enam orang tambah satu budak junior ( macamana si Arma dapat cari nih..).
paling menarik dengar cerita pasal capt madet yang pergi haji musim lepas ( tapi aku tak jumpa ) yang telah mengtransform dua ratus peratus.
harap ianya menjadi motivasi untuk kawan-kawan yang lain.

mesjid rizwan

lawatan tapak terakhir ke kota lama, aku sempat solat jumaat di mesjid rizwaniah ni untuk mencari sedikit idea untuk mihrab.
sapa la yang punya kerja vandalisma kat signboard mesjid ni.

mihrab ni bagus juga. tak terlalu over.
yang susahnya nak mencari orang yang betul-betul terer yang dapat buat macam ni

Saturday, March 17, 2012

anak derhaka

hari jumaat lepas aku telah ambil off untuk meredakan otak.

macam-macam hal jadi kat opis dan rumah. aku semakin penat.
semua orang tunggu, aku lupa, depa lupa. aku marah, selesai.
dalam masa yang sama bekalan air kat rumah elek. panggil plumber, dia kata mesti syabas punya hal. panggil syabas lagi best, tak datang-datang.
last check sendiri dan decide ini hal domestik.plumber kena settle.
memang settle lepas tu.

hari itu juga aku berpeluang solat jumaat di kariah andalas setelah sekian lama.
khutbah hari tu sungguh mengharukan.
cerita tentang anak derhaka.

suatu hari saidina omar r.a didatangi oleh seorang anak muda dan bertanyakan hal adakah hak bapa terhadap anaknya.?
ada . jawap khalifah.
apakah hak-hak itu?
satu adalah hendaklah memberikan anak nama yang baik-baik.
kedua adalah mencari ibu yang soleh untuk anak itu.
ketiga adalah  hendaklah mengajarkan al quran.
bertanya khalifah, adakah hak-hak itu diberikan kepada kamu?
tidak. jawap anak itu.
setelah itu datang bapa anak itu untuk mengadukan hal anaknya. apa kata khalifah kepada bapa itu?  kamu yang telah menderhakainya sebelum dia menderhakaimu”.

apa moral cerita ini?

selamat tinggal

tiap kali aku tengok message yang aku copy masa dah comfirm aku akan blah dari melaka aku rasa terharu.
terpanggil untuk aku letakan disini sebagai kenangan.
dalam bergasak-gasak dan robust rupanya ada yang aku buat selama ini meninggalkaan sikit kesan.

biarkan hari itu berlalu

siapa tak kenal lelaki malaya ni?
sejak dari kecik-kecik lagi aku dengar nama dia.
famos seantero malaya.
akhirnya setelah ke hulu ke hilir dapat juga aku habiskan baca memoir dia dan mengerti kenapa jalan yang dipilihnya amat berlainan dan ganjil sekali untuk umat melayu.

apa-apa pun tuhan ada sebab dijadikan perjalanan hambanya sedemikian rupa.

sudah kena ka belum

si b.hairan menafikan ada cukai akan kena.
betul ka atau dah kena charge senyap-senyap.

tepuk dada tanya selera

Thursday, March 15, 2012

satu masa dahulu

tertarik aku dengan sebuah photo lama yang dipost oleh ex junior sekolah jenan dulu.
inilah geng-geng cendikia aku.
hanya aku dan si pilot madet yang form five. yang lain adik-adik junior.

lihatlah betapa slim dan machonya aku masa ni.
rindu sungguh aku pada gaya dan saiz masa ni. apakan daya masa merubah segalanya.
terimakasih la mail sabah untuk gambar ni.

ada udang di sebalik batu?

bila tengok pengumuman ni, macam-macam yang bersarang di kepala keluar.

kenapa mesti dijual? ambil untung segera?
atau ada lubang lain nak tutup?

bestnya meniaga duit orang lain.

lepas ni tentu bila umur 60 tahun baru boleh keluar duit aku ni.
dari baik-baik lagi 10 tahun jadi 20 tahun.

arrgghhhh melepaslah aku. 

menangis sorang-sorang

akhirnya perkara yang menyedap dan melegakan setengah pihak berlaku juga. ada suka ada tak suka.

begitulah politik, bila gembira ramai-ramai.
bila susah menangis sorang-sorang. kawan entah kemana.
apa ' moral of this story'?

entahlah aku pun penat.

ketagih FB

ramai orang ketagih FB macam ni sekarang. kat malaya pun sakan jugak.

aku dulu masa terdampar kat bosnia gila ni jugak tapi sekarang sebok giler.

dengar cerita ada sampai tak makan minum, cerai berai pasal FB ni.

entahlah...

tepuk dada tanya selera

Monday, March 12, 2012

x ireka di k kangsar

dalam aku dok pi k kangsor tak sangka ada seorang kawan lama ex ireka yang dah ada bisnes sendiri.

bos lesen serbey rupanya.

dah bepuluh tahun tak bersua muka sejak december 1995. nasib baik sekarang ada teknologi handphone. tak jumpa pun dapatla cakap-cakap.

rupanya dia pun pergi haji musim yang lepas. tapi tak ditakdirkan jumpa di tanah suci.

aku pulak bila la nak jadi tokey. projek buat mee belum dapat berjalan lagi dek kerana kesebokkan yang menggila sekarang.

apa pun tahniah my fren sr azamin.........

kenapa takut?

nampaknya ada orang yang sudah takut.
samada takut bayang-bayang sendiri atau takut benda atau perkara yang dia sendiri tak tau.
atau takut dia nanti yang kena.

kenapa agaknya..????

Sunday, March 11, 2012

hancurnya sebuah harapan

walaupun jelapang padi bukan tempat lahir aku tapi aku berada disana semasa zaman aku membesar dan apa-apa yang berlaku sentiasa menarik minat aku.
aku dah hendak melepaskan amarah di blog ini bila bom ini meletup tapi baik aku tunggu bagaimana berakhirnya cerita ini.
mula-mula aku dengar hal ini perkataan pertama yang keluar adalah 'hancur'.
 kenapa hancur?
hancur samalah dengan punah ranah.
walaupun pengakhirannya nampak baik tapi harapan aku dah berderai. pasukan yang mulanya nampak baik, hebat akhirnya tewas dek kerana nafsu dunia. nafsu nak jadi MB dan lain-lain lagi.

 apalagi yang tinggal untuk seorang pejuang bila nafsu dah mengawal diri? sepatutnya orang-orang ini sudah sampai ke tahap yang nafsu dan dunia untuk mereka hanya sebagai hama saja.
tapi syaitan tidak pernah tidur. nafsu tidak pernah tidur.
yang tertidur adalah mereka-mereka yang mengaku pejuang kepada tuan agama.
sahabat sendiri pun nak diterkam dan dibaham.
pengikut-pengikut pun dah menjadi kawan-kawan syaitan.
itulah ujian kemenangan yang sangat ditakuti oleh pejuang-pejuang tuan agama yang sejati.

nampak macam dah selesai tapi api dalam sekam siapa pun tak tahu
ramai yang berpendapat macam penulis ni yang isu ini jauh dari selesai.
ribut besar akan datang nanti dan menunggu masa.

adakah puak-puak yang bertelagah bersedia?
atau mereka menunggu penyelesaian dari tuan agama sendiri?
masa itu baru tahu yang lebih baik berjuang dalam kesusahan dari kemenangan.
kes di perak adalah contohnya.
ini adalah lagi satu alasan bodoh yang dimain-main oleh media perdana dan orang-orang yang tak sebulu.
cerita parasit pun makin berkembang sakan selain dari cerita endrogan ini.
 ini satu lagi penangguk di ayer keroh.tak kira rasis atau apa terus bercakap macam orang gila talak.
akhirnya ini adalah yang dipercayai oleh puak-puak yang bertelagah.

pernahkah mereka siasat apa pendapat orang-orang yang di atas pagar? atau orang yang akan memangkah nanti?

tentu jawapan tuhan lain dari apa yang dipikirkan oleh umat manusia.

Saturday, March 10, 2012

memoir SHA

tadi aku baru menghabiskan baca memoir seorang academician, prof sh A  yang kadangkala konterversial. masih ingat panggilan profesor kangkung.
rasanya dia ni lah yang memulakan cerita.

apa pun memoir ni bagus untuk dibaca untuk sedikit inspirasi dan motivasi.

maqam

 beberapa minggu lepas, tv hijrah telah menayangkan cerita ini selama beberapa minggu.
cerita ini pasal mencari maqam seorang ulamak besar, sheikh samad yang tak kematiannya dan maqamnya tak diketahui orang setelah dipercayai di bunuh oleh puak siam kafir laknatullah.

kena tipu

satu lagi hampeh punya tajuk bodek paper ni.

yang pengerang tu aku tak nak la komen apa-apa tapi pasal tol tu memang senak perut.

1. betul ka tarak langsung kena bayaq tol?

2. takan la gomen tak bayaq juta-juta kat syarikat tu. rumah tol dah buat, tiba-tiba tak jadi? loklaq betui
3. menang la kalau tak lalu tak kena bayaq......

satu lagi cerita prelude PR13 untuk kasi otak senget sikit

cerita pak hassan

masa pagi aku kat hotel pinetree minggu lepas tiba-tiba teebee tiga suku tunjukkan temuramah dengan brader kawan lama aku masa kerja kat elevated hiway kg baru kl.

roti canai pak hassan memang best dan bubur lambuk masa bulan puasa pun best.

tapi cerita dia naik gerek dari kampung ke kolompo lagi canggih.

ada berani kita sekarang?

u fired

ni cerita beberapa mamat yang kena buang kerja.
mukadepan ni kata sebab depa memberitahu tentang silap syarikat yang diaorang kerja.
tapi syarikat ni kata depa buat salah.

sapa betul?
sapa yang kena kuda dengan sapa-sapa?

hahahaha...cerita prelude PRU13 memang macam-macam

Monday, March 5, 2012

ireka : ipoh - simpang pulai highway

sejak balik ke klang, salah satu assignment adalah ke projek di kuala kangsar. kekadang dua minggu atau tiga minggu sekali. tapi menjadi aggresif setiap minggu bila balik haji sebab dah nak dekat tempoh siap.

tiap-tiap kali ke sana aku melalui highway ipoh ke simpang pulai yang penuh nostalgia untuk aku.maklumlah disitulah aku mula mengenal dunia kerja. kerja pulak sangat mencabar untuk seorang jurutera melayu malaya. macam-macam pengalaman kerja dengan puak kulit kuning. tapi itulah yang mendewasakan aku sampai aku jadi macam sekarang.
 oklah. tinggalkan cerita-cerita tu.
highway ni nampaknya masih steady.premixnya masih bagus walaupun dah berpuluh tahun. adakah sebab design atau workmanship..?????
tentulah kualiti puak-puak kami yang membuatnya..hahahaha....tapi sekarang ni ada pelebaran dan susur keluar yang baru.
beberapa photo nostalgia yang dapat aku letakan kali ni.

ni gambar seorang jurutera sedang berada di atas mesin paver mengarahkan macai-macai indon.
sebenarnya ini adalah lakonan untuk prospektus compani ni yang nak disenaraikan di bursa kl.
ni pulak masa kami bercuti dan berjalan-jalan ke taiping masa hari raya haji.
mak chik tu emak angkat, kakak angkat kawan aku.
yang dua tu hoausemate aku kat gunung rapat. dua-dua jawa tapi yang sorang tu masih bujang.
ni masa di taman tasik taiping dengan mamat dari balok kuantan, hj tengku nasharuddin.

di pulau pangkor

engineer dolu-dolu kena bawak motor ja.
sekarang ni depa minta pajero walaupun fresh !!!!
dengan jawa banting, yazid dan tengku selepas highway siap
bergaya di tengah-tengah highway sebelum di buka kepada orangramai.
tengku dan kosnon tahun 2012.

alhamdullilah masih ceria nampaknya......

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...