Sunday, January 30, 2011

31.1.2011 - my financial resolution

today already one month of new year 2011.

i am very happy after few years struggling with managing my own financial, this year i finally manage to complete my own revolutions after so many failures.

first, it already three years since i started to record my daily expenses.
for first time last year i now have complete record of my expenses and investments.

second, i manage to closed one credit card. one more will be cleared by next fews days. and the last one will be cleared by next month.

third, i have complete data of assests and debts for my family to monitor our networth.

lastly, now i have better direction to manage my money and hope to achive financial freedom dream before age of 45.

Saturday, January 29, 2011

manager

yesterday i had oppurtunity to interview three candidates for manager.

one of candidate was my former engineer at previous project in jerteh few years ago.
what make me happy are to see his changes of personality, enthutiasm and dinamism.
he also now have direction what he want to be next five years.

next candidate was poorly presented himself. i and HR guy was not convince at all.
his resume and what he told us was not tally at all. and sadly blame his wife for wronglu update his resume.
bungkus kes !!!!!!!

The last candidate was very the best of three.
he had convince us that he was the guy we looking even at age of 32.
he was very energetic, show some wisdom in thingking, very dinamic but coming from oil and gas industry with very high salary. we had tough time to convince him to review his asking salary and our company are perfect place for him to back to civil engineering profession especially on roads construction and maintainance .

as show above, eventhough sometimes we looking for managerial post but we cannot ignore that we are searching for leaders also.
we always thought that managers and leaders are same person but sometimes its not.

Friday, January 28, 2011

selamat bersara pak lang


beberapa hari lepas, sepupu aku yusman si blogger kisah kami telah tag gambar pak lang aku yang keluar surat habar diraikan persaraan dia.

selamat bersaralah pak lang..!!!!

kesian sheikh ni


kesian pak sheh ni.......

surathabaq ni pun satu, letak gambaq orang jantan nak bersalam dengan orang tino.

sebelum ni sek lek dok bising ada satu orang tino tu tak nak salam dengan dia.

jangan kuat sangat komen pasal hukum tuhan ni, sekarang ni bayar tunai.....

interlalok

akhirnya selepas nangis sana-sini, ni saja keputusan.

apa yang kecoh-kecoh sebelum ni aku langsung tak paham.

tapi aku sangat pasti masa bertapa kat bandaraya chennai empat tahun lepas, cerita kasta memang sangat benar.

di atas semua borang yang kena isi di india ada ruangan untuk kasta. nasib baik yang islam sana tak amalkan adat ni.
apapasai semua orang nak tahu pasal kasta? takan saja-saja kot......

gomen sana ada juga undang-undang khas untuk kasta yang paling rendah.
pegawai tinggi majoriti dari kasta tinggi-tinggi.

ada pengurus projek aku dari kasta brahmen, huh.....punya la belagak.
orang malaya macam aku mana nak layan hal-hal senget macam ni.

lagi satu cerita benar dari akauntan aku di chennai, kalau orang kasta bawah dari brahmen ni nak masuk kampung depa, kena buka kasut, jalan kaki ayam dan payung pun kena letak kat ketiak macam chete.

ada percaya?
hah..aku tengok sendiri beb....!!!!!!

nak bukti macamana lagi

lain macam saja kenyataan brader ni.

macamana hang tau air paip syabas tu ok. pernah minum kat paip ker..???

air syabas tu kalau banding dengan air paip kat chennai memang la jauh beza kualitinya.

tapi kalau pernah tengok sendiri apa yang ada masa tapis air paip tu mau hang muntah jugak.

baik siasat yang tu dulu. harga nak naik hang senyap saja.

pikirlah sendiri

Thursday, January 27, 2011

tebai muka

tengok tu....

dah buat salah tutup muka.

hah...nak cakap apa lagi..????

untuk JPJ pergi check selalu puak-puak ni.....

Wednesday, January 26, 2011

bberry

aakhirnya hari ni aku telah tewas dengan gadget kegilaan malaya termasuk beberapa suku sakat x-jenan. mesti sakan puak2 ni mengutuk aku setelah hampir setahun dok pelece diaorang yg nokia e71 aku lagi baguih.. letih la aku lepaih ni. ramai kata ini adalah komunikator hebat alaf baru ni. kita tengoklah nanti tapi dah buleh update blog ni kira baguih gak la

Tuesday, January 25, 2011

kurang ajar

tengok berita ni macam-macam rasa.

macamni orang yang desperado. dah mula melalut
apa yang jadi beberapa tahun lepas kecoh satu malaya. sekarang dah mula tunjuk biol sesab nak undi.

silap-silap pengundi lagi menyampah

Thursday, January 20, 2011

maka jadilah

sambung sikit pasal menyampah posting sebelum ni.

nampaknya tuhan masih memilih untul satu lagi pilihanraya kecil walaupun puak-puak di selangor sana mencuba sedaya upaya untuk mengelak.

al-fatihah untuk adun melako semalam yang dipanggil oleh tuhan pencipta alam.

sebenarnya siapa kita dalam tidak hendak itu dan ini.
kita hanya boleh guna otak kita untuk merancang tapi kuasa untuk menentukan segala-galanya adalah dari yang maha esa.

kalau itu yang DIA hendak, itu yang akan jadi.

pesanan untuk puak-puak gerombolan, ingat banyak-banyak dan jangan melampau batas.
nanti bala yang dapat.

Wednesday, January 19, 2011

should i say 'menyampah' ?


mamat ni dalam berita harian online hari ini kata dia teranaiya.
dah nak kena buang, mula tunjukan muka kesian.
apala politik gila ni.......

sebok

ini adalah mesjid cempelak barat.

kawasan ni sekarang tengah sebok.
macam-macam jenis sebok ada.......

Tuesday, January 18, 2011

changing not impossible


just to share story what i have gone through recently that changing is not impossible.

when i back from bosnia and given new task at melaka, i thought this group had been running so good and this is time for so called vacation for me after i gone through hard time since 2006. they alway achive good revenue and enjoy many beneficts.that what we see when we outside this group.

when you enter, then the reality appear and it become one of my latest worst nightmare.
when we enjoy so much of financial goods, we forget the real work that we must first do.
we forget about quality and process.
some people called it complecent. it might be true, it might not.

then the tsunami come !
we had been rated two star by client. two only? yes two!

all the bashing,critics and others bombs,scud, atomic start coming to the team.
every people at all level start forget the good things that had been achive before.

how to change?
many people still couldnt accept the two start result and they living in their dreamland and kingdom.
blame game start. mindset still the same and not change.
fighting themselves with no enemy and battlefield.

nine month later things had improved.
five star arrive.
how?
many dont believe as it was the same team, same people and same resources that now archive five star.

the photo above also example that was not impossible to archive zero non-conformance and it had been archive some of our team.

why transformation or changes fail


few days ago i came across this article about failure on transformation organization programme.

the write had given ten list why the changes desires fail :-

1. mis-start
2. making it optional
3. negleting results
4. being sensitive
5. leaving it to outsiders
6. lack of communications
7. no new rewards
8. no commitment
9. wrong fit
10. no follow-through

based on above, i would rate the four bold above are the most important.

perjalanan ke johor bharu

minggu lepas aku menjejaki kaki kali kedua ke johor bharu.

dulu ke bandar baru UDA untuk sessi interview tapi kali ada urusan rasmi menghadiri satu program.

beberapa gambar dapat di letakan disini semasa kunjungan di sini.

ikan-ikan segar untuk makan malam


kedai korner 6.
kenapa nombor 6? sebab kiri 6 dan kanan 6.....



ketam .
makan sikit saja takut gout menyerang !!!!



senja dari hotel thistle


bilik hotel





kaunter depan hotel





terjumpa bos lama masa buat projek hiway plus simpang pulai selepas hampi sepuluh tahun tak jumpa




tol skudai

facecrooks

apa nak jadi orang malaya.......

penjenayah alaf baru dah tak buta IT......

lakonan bergaya

nampak sangat brader orang kuat uno perlis berlakon.

dek kerana undi dan kuasa, wayang pun wayang lah !!!!!
walaupun satu peerolih tahu kok belakang macamana depa.

terus kayuh to both of u,
sapa yang sampai, sapa yang tenggelam hanya tuhan yang tahu.

yang anak-beranak aku kat sana tahu, gula naik, minyak masak kena sorok, bawang mahai..bla..bla.....

oohhh...perlis, negeri kelahiranku

Saturday, January 15, 2011

cerita hindustani


tadi sempat terpandang cerita yang panas zaman dulu-dulu.
entah untuk beberapa kali tengok cerita yang menjadi kegilaan orang malaya tahun 70an dahulu.
habis satu kampung keluar ke kangar nak tengok cerita bobby ni.

Monday, January 10, 2011

naik lagi

dengan gagahnya pak cik ni cakap masa berita malam kelmarin.

rakyat pun kena ambik tahu bila barang naik dan bla...bla....bla...bla.....

apasal tak cakap perkara yang betul?

kita semua dah tahu bila dah dekat raya cina memang banyak barang akan tak cukup di pasaran dengan harapan harga akan naik. toksah kata banjir la kilang la.

sapa punya kerja jadi macam ni?
apasal kita tak boleh kawal dan selesaikan?

jawapannya semua orang dah tahu tapi ......................

selamat hari jadi Ummi

SELAMAT HARI JADI Ummi........

semoga sejahtera dan di lindungi Allah selalu

kali ini ada kejutan.......
hantar kat sekolah
dah lama tak buat macam ni


kek dari kampung Jawa

Saturday, January 8, 2011

pengalaman baru

sejak sekolah di buka tahun 2011 ini aku telah melalui dua pengalaman dan iniatiatif yang sangat menarik.

Pertama semasa penerangan untuk anak-anak darjah satu dimana ibu bapa dikumpulkan darimana kelas anak-anak mereka berada untuk berkenal-kenalan dan bertukar-tukar fikiran.

kedua semalam semasa penerangan yang dipanggil majlis pemuafakatan untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan upsr. sessi bermula dengan solat hajat dan forum untuk ibubapa dan kemudian sessi mengadap anak-anak dan ibubapa.
sessi forum yang paling menarik minat aku di mana dua bapa dan ibu yang berjaya dapat 5A upsr, 12A dan mumtaz psra menjadi ahli panel untuk berkongsi pengalaman mereka mendidik anak untuk mendapat kejayaan penuh dalam peperiksaan.
sebagaimana yang aku tulis sebelum ini bukan senang kalau kita hendak anak-anak menjadi manusia soleh dan beragama dengan keadaan terutama di selangor hari ini.

walaupun sebelum ini aku dah ada dua anak mengambil peperiksaan upsr tapi tak pernah melalui pengalaman seperti diatas.

syabas untuk pihak sekolah dan pibg.

masih kecoh

brader ni dah angkat sumpah.

dalang yang membawa dia ke majlis di atas masih samar dan beberapa hari ini banyak cerita belakang tabir timbul.

munkin dah di tulis rezeki saudara kita ni agaknya....

Tuesday, January 4, 2011

restoran lamani lim



masa berputar-putar menunggu passport siap, aku sempat jenguk restoran cina muslim yang kat tepi Giant ni.

bolehla cuba lepas ni.

chekmate

nampaknya brader TSKI ni dan puak pakatan kali ni dah kena checkmate.

nak buat macamana masih baru memerintah belum kenal sepak terajang yang sebenarnya.

bila dah menang standardlah kita lalai, orang yang kalah tak pernah lena, sentiasa berfikir macamana nak kenakan dan menang balik.

jadi betulah drama ini akan semakin panas dan panas dan kerusi-kerusi pun boleh terbang nanti !!!!!!

dah pindah imigresen ni

pasport aku dah mati november tahun lepas tapi baru tadi sempat nak uruskan.inilah kali pertama nak di sambung setelah berulang ke india dan kemudian bosnia .

rupanya opis lama dipelabuhan klang dah pindah ke lokasi baru berhadapan dengan Giant.

bangunan baru, pegawai bagus, staff kat kaunter pun bagus,parking senang cuma KPI diaorang nak proses sejam kali ni kantol jadi sejam setengah. tapi dah kira sangat bagus tu.

itu saja promosi

bukan senang

bergelut dengan persekolahan tahun ini dan perkembangan muktahir ini nampaknya bukan senang kalau kita hendak membawa anak-anak kita ke arah mengenal islam dari kecil dengan sistem pendidikan yang ada sekarang.
tersangat sengsara para ibu-bapa dan anak-anak dengan yang ada sekarang.

kekangan serta perbalahan politik yang nampaknya tiada jalan keluar lagi mengharu-birukan keadaan yang akhirnya mangsa adalah anak-anak, ibu-bapa dan masyarakat sekeliling dan negara akhirnya.

akhirnya apa opsyen atau alternatif yang ada ?

satu bergantung kepada sekolah kebangsaan sahaja. tapi peluang ke sekolah beragama nanti sangatlah tipis walaupun dengan keputusan lima A. sekolah agama federal atau negeri tak akan mengambil kira langsung. akhirnya anak-anak terus dengan sistem sekular sampai masuk unversiti macam aku dulu. apa jadi? terkial-kial aku

yang kedua pergi sekolah kebangsaan separuh dan sekolah agama separuh lagi dan ambil periksa untuk subjek agama. peluang ada tapi anak-anak dan ibu-bapa akan terpaksa bertarung dengan macam-macam kerenah. ramai kata pilihan ini sangat bagus tapi untuk ibu dan bapa yang kedua-duanya kerja, entah macamana nak bayangkan.

yang ketiga hantar anak-anak ke sekolah swasta yang ada akedemik dan agama sekaligus. opsyen yang baik tapi terpaksa bayar lebih dan ada halangan bila nak ke sekolah menengah agama. jadi sebagai jalan keluar, terpaksa juga ikut sekolah agama petang harapan akan mudah nanti. tapi halangan terbaru muncul baru-baru ini apabila ada pekeliling menghalang anak-anak dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan.
fleksibiliti yang ingin kita lihat hancur. semua pengubal dasar tengelam dengan ego masing-masing.

apa lagi pilihan yang aku ada..????

Sunday, January 2, 2011

salam 1.1.11

salam kedatangan 2011.

banyak agenda 2010 yang masih belum direalisasikan terutama hal personal.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...