Tuesday, January 29, 2019

tahniah bro

hari ahad lepas nampak announcement oleh menteri yang bos lama, Projek Director aku dilantik jadi CEO.

tahniah Zid.

saya percaya hang akan berjaya nanti.

Sunday, January 27, 2019

Service ranger

Hari ni emergency.

Ranjer dah berlari 100,000km. Dalam masa dua tahun.

Travel 120 km per day pergi balik klang ampang.

Minggu depan nak balik Ganu lagi.

Saturday, January 19, 2019

Balik utara

Alhamdullilah sampai alor janggus tengahari semalam.
Tapi syakir tak dapat ikut sebab menunggu keputusan Kuptm. alhamdullilah petang dapat berita sudah diterima dan hari ni kena daftar.

Ibuku kurang sihat atas berita dikonarbaring oleh adiknya lagi.
Semoga mak sihat dan jangan pikir hal tu lagi

Sunday, January 13, 2019

Can we?

Can we educate our people?

Selepas diberi kebebasan, ramai yang terlajak .
Terlajak perahu boleh undur,
Terlajak post, terimalah akibatnya

Lejen

Buku yang sampai 10.1.19.

Buku kedua yang aku ada berkenaan wartawan dan political prisoner lejen ni.

Saturday, January 12, 2019

Catatan penjara

Buku Yang sampai 10.1.19 dah habis baca Hari ni.

Catatan Yang ringkas Dan effective.

Memoir asri

Buku ini sampai pada 10.1.19, Hari birthday ummi ke Lima puluh.
Habis baca pada 13.1.19.

Banyak juga dapat info baru tapi Yang jelas adalah revolusi parsi Ada saham menjadikan pemikiran keras Dalam dekat tiga puluh tahun selepas itu.
Cuma ianya tidak kelihatan sangat bila peribadi Dan karektor TGNA Yang memgimbanginya.

Apa Yang jadi selepas dia meninggal menjadi sejarah.

Tuesday, January 8, 2019

redzai guesthouse

pembinaan guesthouse di bukit khor hampir sampai ke penghujung setelah beberapa rintangan sebelum dan semasa pembinaan.

nampaknya ia hampir siap dekat dengan birthday Ummi esuk dan akan jadi hadiah terbaik untuknya.




Gambar terbaru  8.1.2019



Monday, January 7, 2019

Stroke

Hari ni, 7.1.2019 dapat berita sahabat jenan84, faisol aka Chon kena stroke dan berada dihospital pantai, cheras.

Sebelum aku kena serangan jantung dulu, dia dah pergi check dan tiada kes serious.

Kami sama2 di dorm satria masa form satu hingga tiga dan berpecah rumah.

Syafaqallah bro.

Semoga diberi kesihatan yang baik dan sembuh seperti sebelum ini.

Saturday, January 5, 2019

Kembali ke kelas

6.1.19
Balik ke kelas tadabur tafsir Di surah SU setelah serangan jantung 1 September

Tuesday, January 1, 2019

Selamat datang 2019

Sudah habis setahun.

Project masih struggle dengan masalah dalaman.

Tahun lepas banyak hal berlaku kat Aku terutama bila kena serangan jantung.

Sebelum tu landscape politik berubah sepenuhnya bila gergasi 60 tahun tumbang. Ramai Meno Dan lebai meroyan sampai Hari ni.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...