Saturday, May 29, 2010

selamat hari jadi

ini kek untuk hari jadi aku dan kakak tahun ni.

tapi setelah beberapa hari berlalu baru kami dapat rasa bila ummi keluar dari hospital.

dalam sejarah ulangtahun aku, kali nilah yang paling mencabar. macam-macam perkara berlaku dalam bulan mei 2010 ni.


dipendekan cerita, hari lahir aku kali ni dihospital sri kota meneman ummi yang sakit sejak beberapa minggu yang lepas.

bila difikirkan memanglah segala sakit dan musibah itu datang dari Allah atas sebab-sebab yang hanya dia yang tahu untuk memberi ingatan terhadap hambanya. Dan dia juga yang menyembuhkan dengan perantaraan ubat dan doktor.
kita hanya mampu berusaha dan berdoa.

Friday, May 28, 2010

subsidi oh subsidi.........

muka depan paper 'the star' hari jumaat 28 may 2010.

heboh satu malaya pasal subsidi akan bangkrapkan negara ni....

media talibarut yang kertas, elektronik semuanya cerita opasal ni.
yang paling menyampah berita bernama buat temuramah yang ramai orang malaya setuju subsidi ni menyusahkan kita ........tipu ka bayaq ka kat mamat2 tu....aku rasa puak2 umko pun ramai yang tak setuju pasal ni, apatah lagi aku.

yang semua orang tak sedar adakah bagus atau teruk ekonomi sesatu negara tu adalah kerana subsidi saja?

kenapa tak sebut pasal duit hilang tak tentu pasal macam yang audit negara cakap dulu..?
ada ka audit negara cakap negara ni akan bangkrap kalau subsidi kita teruskan...???

kesian mat derih ni.........

dah siap korek balik........

satu lagi cerita projek..........

aku sungguh tak paham projek jambatan ni. dah siap sampai tar dan guardrail, tiba-tiba semua kena korek dan diganti dengan RE wall ( yang sebelah sungai ).

konsultant yang design tu tidok ka apa......atau main belasah jer.

sapa nak bayar semua ni.......??????



sebelah pun sebelahlah.......

akhirnya sebelah jalan atas jambatan ke port klang / banting dari shah alam dah dibuka untuk laluan setelah sekian lama menunggu.

diharap yang sebelah lagi dapat di percepatkan lagi.




kat atas jambatan menuju ke jambatan yang merentasi sungai klang

Monday, May 10, 2010

dia tau ka tak tau ka buat-buat tak tau...?????

apala si PRO ni........

kriteria apa yang dia pakai kata 'acceptable level'...!!!!

kalau nak tulung cover, jangan la teruk sangat sampai merapek-rapek........

tak pernah lalau jalan ni ker..???? atau dok kat indon atau siam, pastu buat reply yang patut ditong sampahkan dan menyakitkan hati......


kenapa tak explain sebab apa delay atau dah berapa lama delay...?????

nih janji terbaru.......

1. nak buka dari shah alam 24 may...
2. nak buka ke shah alam july 30.......

kalau kerja terkemut-kemut, pastu malam-malam malaih kerja, bukan nak buka jalan atas tu, 2011 pun tak tentu siap lagi.............

Sunday, May 9, 2010

dari pondok ke parlimen

ini buku politik kedua aku baca tahun ni selepas buku tok mat.....

kedua-duanya adalah bekas ahli politik yang karier mereka naik turun dan tenggelam timbul.
secara kebetulan kedua-duanya mengharap generasi kedua mereka menyambung perjuangan mereka yang tak pernah selesai-selesai tu.


ada sahabat tanya, apahal kau baca buku-buku depa ni padahal idealisma kau tak sama?

pada aku banyak sebab sebenarnya.
lagi-lagi penulis menulis dari kacamata seorang ustaz yang balik dari mesir dan terjun mempertahankan idea-idea nasionalisma pribumi dengan tambahan ugama islam didalamnya.
juga faktor-faktor keadaan,keluarga dan pengalaman-pengalaman yang tak menarik dengan gerakan islam di malaya.

menarik untuk di pikir dan analisis walaupun ramai tak akan setuju.
akan ramai lagi nanti akan ikut jejak langkah dia dan munkin ke parlimen juga tapi tersisih akhirnya disebabkan hala tuju sebenar yang berbeza.

bersedia kah anak-anakku..????

india income tax

bila dah selesai tax untuk 2009 baru-baru ni teringat masa kerja kat india dulu.

bila hal tax, depa ada kad khas. pada hal kad pengenalan untuk rakyat dia pun tak ada.........

buat macamana pun tak boleh lepas punya. baik orang sana atau orang luar yang macam aku. buat hal, silap-silap kat airport nanti kantoi........

tengok tu siap nama tok aku pun depa boh kat kad tu............

sebenar ada lagi balance tax aku kat sana. dah bertahun-tahun tuntut belum dapat-dapat lagi....memang tak dapat la tu....


Sunday, May 2, 2010

trick terbaru ker.......

macam-macam berita hampeh minggu ni....

ada mangkuk ayun sengkek jadi talibarut nak divert ke lain cerita panas isrel, OPOCO ka apatah kat malaya sekarang ni........

apala punya senget mamat-mamat ni...dah pokai pi ls bust kerja yang senonoh sikit....


Kerajaan Negeri Kelantan didesak dedah peranan GMC
Mei 2, 2010 pada 12:45 am · Dikirim dalam berita hari ini
01/05/2010 3:41pm
KOTA BAHARU 1 Mei – Kerajaan Negeri Kelantan didesak mendedahkan kepada umum peranan sebenar Global Media Channel(GMC) Sdn. Bhd. yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk memburukkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi selain memastikan Pas terus berkuasa di Kelantan.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad berkata, pendedahan itu perlu kerana

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...