Sunday, May 30, 2021

belasungkawa

Kena serangan covic juga.
Allahumarfirlahum warhamhum

Saturday, May 29, 2021

cheski

Cheski setelah tukar manager akhirnya dalam 4 bulan menang biggest price di europe.
Berjaya jugak formula roman ni.

Thursday, May 27, 2021

belasungkawa

Semalam dapat message yang kawan Bh, mokhtar telah pergi untuk selama-lamanya.
Kami pernah satu projek di GK dan tinggal serumah.
Dia jugak geng India yang pergi lagi awal dari aku.

As salam.  
Dukacita di maklumkan bahawa En Mokhtarom Hj Suprat baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi di hospital Prince Court due to Covid.  Semoga rohnya di tempatkan dikalangan org org yg beriman.  Al fatihah
Allahumagfirlahum warhamhum

pulut dakap dan harumaneh

Cuti vesak baru ada dua projek mengingatkan perlih.
Yang pertama tentulah harumaneh. Ummi order melalui kawan dia. 
Kedua kali pertama ummi cuba buat pulut dakap perlih versi klang. Alhamdullillah jadi.

Sunday, May 23, 2021

habis dah

Musim 20/21 dah abis.

Gagal lagi ke CL. Mula2 nampak gagah sampai dok top tapi habis steam lepas tu sampai Mour pun kena sack.

Apa2 pun masih atas arsengal.

Saturday, May 22, 2021

terbaru

📌 Intipati sidang media Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob | 22 Mei 2021

📌 Dua strategi untuk kurangkan pergerakan rakyat: kurangkan pekerja di pejabat serta hadkan masa operasi sektor ekonomi - Ismail Sabri

📌 Operasi kedai makan dari 8 pagi hingga 8 malam - Ismail Sabri

📌Operasi perniagaan di seluruh negara dihadkan dari 8 pagi sehingga 8 malam sahaja mulai 25 Mei - Ismail Sabri

📌Kerajaan akan hadkan masa operasi sektor ekonomi bagi kurangkan pergerakan orang ramai – Ismail Sabri

📌Kerajaan akan hadkan masa operasi sektor ekonomi bagi kurangkan pergerakan orang ramai – Ismail Sabri

Sumber : Bernama

Friday, May 21, 2021

officially 54

22.5.1967 - 22.5.2021
Dah 54.
Long journey. Macam2 dah jumpa dan experiance.
Entah bila pengakhirannya.
Terimakasih atas hadiah ummi dan anak2 dan ucapan2

boleh caya ka

Takala semua orang heppy gencatan dah tercapai, sejarah puak2 gila menunjukkan sebaliknya

Wednesday, May 19, 2021

Tuesday, May 18, 2021

falastina

SIAPA PENDUDUK PRIBUMI FALASTIN? 

Sinopsis Ringkas:

12,500-9,500 SM (Sebelum Masihi):
Bangsa Natufia kuno adalah bangsa pertama bermastautin di Jericho (di Tebing Barat, Falastina). Kajian struktur DNA bangsa Natufia melibatkan peratusan 61.2% Arab, 21.2% Afrika Utara, 10.9% Asia Barat & 6.8% Habsyah (Ethiopia). 

Pribumi asal Natufia hidup bersama2 bangsa imigran dari seluruh dunia. from all over the world. Bila populasi di Jericho berkembang beranak pinak sesama Natufia dengan berasimilasi bangsa pendatang selang beberapa generasi, bangsa ini dikenali sebagai pribumi Kanaan - populasi puak pribumi yang tinggal di kawasan Ash-Shams atau dulunya nama kuno wilayah Kanaan (Falastin, Jordan, Syria & Lubnan) 

Keturunan pribumi Kanaan masih lagi terdapat dalam bangsa Arab & Yahudi di Falastin sekarang. 

2,150 - 1975 SM: 
Nabi Ibrahim AS (seorang Rasul dalam agama2 wahyu Yahudi, Nasrani & Islam) dilahirkan di kawasan yang kini dikenali sebagai  Iraq. Bertahun kemudian, baginda dengan keluarga berhijrah ke Kanaan (sekarang Tebing Barat, Falastin) kerana Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim & tanah Kanaan dijanjikan sebagai Tanah yang Dijanjikan aka "Promised Land".  Ini selepas Nabi Ibrahim melepaskan diri dari seksaan Namrud, & kajian silang sejarah menyatakan Nabi Ibrahim dilahirkan dalam tamadun Sumeria purba. Pada masa ni juga, anak saudara Nabi Ibrahim AS iaitu Nabi Luth diperintahkan berhijrah ke kota Sadum untuk berdakwah.

Nabi Ibrahim tinggal di Kanaan sepanjang kehidupan baginda. Anak2 baginda iaitu Nabi Ismail dengan Siti Hajar hidup di Bakkah (kemudian menjadi Makkah) bersama kaum Arab Jurhum & memulakan jalur bangsa Arab, manakala anak baginda dengan Siti Sarah iaitu Nabi Ishak di Kanaan memulakan jalur keturunan bangsa Yahudi. Anak Nabi Ishak iaitu Nabi Yaakub dilahirkan & digelar Isra'il (Tentera Allah).

Disebabkan masalah kebuluran di Kanaan, Nabi Yaakub bersama 70 orang ahli keluarga baginda berhijrah ke Mesir Kuno dimana anak baginda Nabi Yusuf AS berkhidmat sebagai Mamanda Menteri bagi Dinasti ke 15 Hyksos Mesir dimana baginda sekeluarga hidup aman sentosa dengan 12 orang anak lelaki yang keturunan mereka kemudiannya membentuk 12 puak Bani Isra'il.

4 generasi kemudian, keturunan Nabi Yaakub telah berkembang sehingga berjumlah lebih kurang  600,000 dikenali Bani Isra'il.

Firaun Mesir pada masa tu pulak (Ramses II dari Dinasti ke 19 Mesir)  rasa curiga dengan keturunan imigran Bani Isra'il yang makin ramai lalu memperhambakan mereka berjemaah dijadikan buruh kuli paksa.

Nabi Musa AS dilahirkan & dibesarkan dalam keluarga Firaun lepastu baginda melarikan diri ke Kanaan kerana kesalahan membunuh seorang lelaki Mesir Qibti. Di Kanaan pula Nabi Musa bertemu dengan Nabi Syuaib AS serta diperisterikan dengan anak dara Nabi Syuaib. Baginda pulang ke Mesir berdakwah pada Firaun dengan bantuan adik lelaki baginda Nabi Harun AS & berhijrah ke Falastin setelah Laut Merah terbelah dua manakala Firaun dengan bala tenteranya mati tenggelam bila Laut bercantum semula. Bani Isra'il ni ingkar, siap sembah patung emas Lembu Samiri walaupun ditegah Nabi Harun AS, & keingkaran mereka ni diturunkan bala takleh masuk Kanaan. Pada masa ni Nabi Musa pegi hijrah sekejap diperintahkan Allah bertemu Nabi Khidr. Bani Isra'il yang insaf dipimpin Nabi Musa kembali ke Kanaan sebagaimana janji Allah kepada Nabi Ibrahim dulu.

1,200-1,050 SM:
Bani Isra'il berjihad ke atas bangsa pribumi Kanaan penyembah berhala & menakluki bumi Kanaan. Ia dinamakan sebagai Tanah Isra'il & dibahagikan kepada 12 bahagian mengikut 12 puak Bani Isra'il. Inilah permulaan Kerajaan Isra'il Raya kuno. 

926 SM: 
Ini selepas era Nabi Daud AS & anakandanya Nabi Sulaiman AS yanh diberi mukjizat oleh Allah SWT menundukkan angin dan jadi Raja sekalian mahkluk haiwan, jin & manusia. Selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS, 12 puak bani Isra'il bertelagah sehingga Kerajaan Isra'il Raya berpecah kepada Kerajaan Isra'il di Utara (dengan 10 puak) & Kerajaan Judah (termasuk Baitulmuqaddis & Haikal Sulaiman) di Selatan (dengan 2 puak).

800BC - 722 SM: 
Biasalah Bani Isra'il, degil kembali jahiliyyah. Kerajaan Isra'il di Utara siap ada murtad sembah berhala Baal yang dijadikan agama rasmi pemerintah selain ajaran Tauhid. Maka Empayar Assyria menakluki semua jajahan takluk Kerajaan Isra'il-Judah & angkut halau 10 puak bani Isra'il sampai sekarang taktau mana hilang 10 puak ni tak tersisa. Pada tahun 722 SM, Kerajaan Isra'il di Utara dihancurkan padang jarak padang tekukur.

586 SM - Kerajaan Judah di Selatan sama jugak mangkuk wal hayun jadi sesat wal menyesatkan ahlul punah wal ranah habis kepercayaan tauhid dicampuradukkan dengan bidaah dholalah termasuk penyembahan berhala. Maka ditimpakan bala, Empayar Babylon dibawah Raja kejam Nebuchadnezzar II (Bukht-Nassar) menakluki Judah, sembelih puak2 ni, bakar habis semua kitab Taurat serta Zabur & meruntuhkan Haikal Sulaiman. Sakibaki 2 puak bani Isra'il habis diangkut dicampak kat tengah2 Iraq (masa tu wilayah Babylon).

580-530 SM:
Empayar Parsi Achaemenid dibawah Raja beriman Cyrus Agung (Kurush) mengalahkan Babylon & membebaskan Baitulmuqaddis. Semua 30,000 keturunan Bani Isra'il pelarian di Babylon dibenarkan balik tapi puak2 ni dah lupa ajaran Taurat Nabi Musa serta Zabur Nabi Daud, maka Allah SWT menghidupkan semula Nabi Uzair AS dari tulang belulang untuk mengajarkan hafazan Taurat kat puak2 ni. Pada masatu jugak Raja Cyrus Agung perintahkan Haikal Sulaiman kedua dibina kembali. Oh, ada sejarawan Islam berpendapat Dhul Qar-Nayn dalam Quran adalah Raja Cyrus Agung ni lah.

330 SM:
Alexander the Great (Iskandar Agung) Raja Yunani Macedon mengalahkan Darius II Empayar Parsi Achaemenid & menakluk Falastin. Lepas kematian dia, puak2 Yahudi nim pakat puja pakat campuraduk budaya Yunani Hellenistik Macedon kasik bidaah dholalah lam agama Yahudi. Aku dah cakap depa Bani Isra'il punya ketegaq len machiem woooo. Masa ni Falastin dibawah Empayar Parsi-Yunani Seleucid.

63 SM - 135 M (Masihi): 
Tanah Isra'il jadi balaci Empayar Rom. Masa ni depa punya sesat hangpa jangan cerita. Zaman ni sehinggakan 3 NABI Allah diutuskan pada zaman yang sama nak dakwahkan puak2 degil jahiliyyah muraqab nim iaitu Nabi Zakaria AS, putera baginda Nabi Yahya AS & lepastu Nabi Isa Al Masih AS. Para agamawan Yahudi kaki rasuah, kaki klepet, sampaikan kitab Taurat & Zabur diselewengkan ikut nafsu depa. Nabi Yahya dibunuh Raja Yahudi si Herod yang kawin ngan anak sedara pompuan dia, Nabi Zakaria pun dibunuh masa berdakwah kat Bani Israil ni. Nabi Isa AS pula dibantu para sahabah Huwariyyun berdakwah tapi dikhianati bani Isra'il kepada Rom. Allah SWT selamatkan Nabi Isa dari disalib dengan diangkat ke langit. Maka puak2 pengkhianat ni mana reti diam depa memberontak lawan Rom sampai Rom bengang menjajah sembelih habis semua & bakar satu kota Baitulmuqaddis serta Haikal Sulaiman kedua dihancurkan! Pada masa ni lah bani Isra'il dihalau keluar bertebaran ke Parsi hingga Tanah Arab sebab Romawi MENGHARAMKAN Yahudi menjejakkan kaki ke Falastin. (Berapa kali kena halau daaa, bala bala puak2 nim).

324 M: 
Empayar Rum Baizentin menawan Falastin dari jajahan Empayar Parsi Sassaniyah. Ramai orang beragama Nasrani berhijrah ke Baitulmuqaddis. Oh, puak Yahudi masih DIHARAMKAN dari Falastin sebab Romawi dari zaman Jahiliyyah hingga memeluk Nasrani tetap berdendam ngan Yahudi ni.

610 - 750 M: 
Kebangkitan Islam. Puak Yahudi Yathrib iaitu:
- Bani Alfageer
- Bani Awf
- Bani Harith
- Bani Jusham
- Bani Quda'a
- Bani Shutayba
- Bani Qaynuqa
- Bani Qurayzah
- Bani Nadir
bersama2 suku Arab Aws & Khazraj berbaiah pada Nabi Muhammad SAW semasa pembentukan Kerajaan Islam Madinah. 

Bani Qaynuqa dihalau keluar sebab melanggar Perlembagaan Madinah, Bani Nadir dihalau sebab nak memberontak & membantu bagi maklumat pada musuh masa Perang Khandak, serta Bani Qurayzah diperangi sebab belot & menyerang bahagian belakang tentera Islam yang bertahan di Madinah masa Perang Khandak.

Bani Nadir tak puas hati kena halau pi pulak hasut Yahudi Khaybar untuk bermusuh dengan Kerajaan Islam Madinah. Tak pasal2 hah amik Bani Nadir & Yahudi Khaybar diperangi kerana merancang nak serang Madinah.

Sebab tu Abdullah ibn Salam dari Bani Qaynuqa, bekas pendeta Yahudi merangkap sahabah yang dijanjikan syurga ketika dia masih hidup mengingatkan Nabi Muhammad tentang sifat talam 2 muka Yahudi ni. Tapi Rasulullah SAW tetap memperisterikan Sayyidatina Safiyyah bint Huyayy puteri ketua Bani Nadir & Sayyidatina Rayhanah bint Zayd dari Bani Nadir.

Masa zaman Khilafah Ar Rashiddin, Saydina Umar Al Khattab RA membebaskan Ash-Shams dari Rum Baizentin, & kaum Yahudi buat pertama kali selepas 500 tahun dibenarkan pulang ke Falastin. Maka berduyun2 puak ni balik ke Baitulmuqaddis yang turut didiami Nasrani, Yahudi & Muslim. Aman2 jah sentosa bahagia. Khilafah Ar Rashiddin memberi jaminan Yahudi & Nasara kebebasan beragama di Falastin & jajahan takluk Islam sehinggalah era Khilafah Umayyah, Khilafah Abbasiyyah, & masa Kerajaan Islam Al Andalus, ramai Yahudi berhijrah mendapat kemakmuran sehinggakan ilmuwan & agamawan Yahudi memulakan tradisi pengumpulan teks2 Yahudi. Yahudi di Al Andalus mencapai zaman Keemasan agama Yahudi serta keintelektualan falsafah, saintifik, astrologi seiring dengan zaman Keemasan Islam di Baghdad & Al Andalus.

Bangsa persekutuan barbarik Khazar menganut agama Yahudi & ramai Yahudi berhijrah ke negara Khazar untuk berdakwah. Yahudi jadi agama anutan rasmi Khazar di Kaukasus (sebahagian Russia) untuk mengimbangi kekuatan kekhalifahan Islam & Nasrani Rum Baizentin. 

950 - 969 M:
Yahudi Khazar & Khilafah Abbasiyyah jadi sekutu melawan bangsa Viking Kievan Rus yang menceroboh melanun merompak kota2 Yahudi Khazar & pusat2 perdagangan Islam sehinggalah negara Yahudi Khazar dihancurkan Kievan Rus. Pelarian Yahudi Khazar kembali ke jajahan takluk Abbasiyyah & berhijrah pelusuk wilayah Khilafah.

1100 - 1200an M:
Siri peperangan Salib menyaksikan penyembelihan orang2 Yahudi, Islam serta orang Nasrani Falastin sendiri oleh kezaliman para Salibi Katolik Eropah. Yahudi & Muslim dihalau keluar dari Falastin yang terjajah sehingga 100 tahun kemudian Salahuddin Al Ayyubi as-Sultan Mamluk Mesir membebaskan Falastin & Baitulmuqaddis, barulah umat Islam dengan Yahudi kembali semula. 

Masa kekacauan era Mongol menghancurkan Kerajaan Islam Khwarizmiyyah hingga Khilafah Abbasiyyah dihancurkan, maka sekali lagi umat Yahudi berhijrah ke Al Andalus menyelamatkan diri.

1600an - 1800an M:
Ketika Al Andalus ditakluk kempen Reconquista Sepanyol, Yahudi Al Andalus melarikan diri ke serata Eropah & sebahagian minoriti ada yang berhijrah ke Maghrib (Morocco) serta kembali ke Falastin atas jemputan perlindungan Khilafah Uthmaniyyah. Di Falastin bangsa Muslim, Nasrani & Yahudi terus dilindungi kekhalifahan Daulah Uthmaniyyah.

1920an - 1948 M:
Falastin dijajah British setelah wilayah Uthmaniyyah dibahagikan dibawah Perjanjian Sykes-Picot. Falastin dijadikan sebagai British Mandate. Sebahagian penduduk pribumi Falastin samada Islam, Kristian & Yahudi Falastin menentang penjajahan British. British amalkan dasar pecah & perintah, bawa masuk ramai pendatang Yahudi Ashkenazi Eropah supaya sosio politik tempatan Falastin berpihak pada British. Selepas WW2, British dengan kerjasama PBB membawa masuk lebih ramai pelarian Yahudi Ashkenazi yang pada 1948 mengisytiharkan negara Isreal moden membawa konflik Falastin sampai loni 70 tahun lebih tak setel.

----------------

Kesimpulan, kewujudan Isra'il adalah berdasarkan janji Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS.

Masalah timbul bila Isra'il ditafsirkan seolah2 khusus untuk bangsa terpilih eksklusif kononnya Yahudi semata2. Ikut tafsiran ikut sedap tekak Isreal loni, pribumi asal Kanaan di Falastin, kaum asal menduduki Kanaan (merangkumi Falastin & Isreal moden) juga termasuk bangsa Arab Falastin (beragama Islam & Kristian Ortodoks) tak dianggap Bangsa Terpilih & takde hak langsung ke atas Isreal serta Falastin (pening kepala aku lojik kepala lutut Yahudi Zion ni).

Ribuan tahun, Empayar demi Empayar datang & pergi menakluk wilayah Kanaan / Isra'il / Falastin beberapa kali & Yahudi acapkali dihalau keluar sehinggalah Daulah Islamiyyah mempelawa mereka pulang ke Falastib dan diberi perlindungan sebagai Ahlul Kitab.

Jadi sapa sebenarnya PRIBUMI ASAL Kanaan (Isreal & Falastin)?

Orang Yahudi Isreal & Arab Falastin kedua2nya menegakkan hak bahawa Falastin adalah wilayah yang didiami nenek moyang masing2, mengaku dioranglah pribumi asal Falastin & menuduh samada Yahudi atau Arab Falastin bangsa pendatang. 

“Kami adalah keturunan peribumi Kanaan, tanah ini milik rakyatnya …yang telah lama berada di sini sejak 5,000 tahun lampau”, tegas Presiden Pihak Berkuasa Falastin, Mahmoud Abbas.

PM Isreal Benjamin Netanyahu pun tuduh nenek moyang Arab Falastin pendatang “yang berasal dari Semenanjung Tanah Arab ke Tanah Isra'il beribu tahun” selepas Bani Isra'il (abah dia pegi kedai beli cincau, mak dia pegi kedai beli cabai ... angin aku).

Kajian DNA pada tahun 2020 mendapati “the present-day inhabitants of the region are, to a large extent, descended from its ancient residents (the Canaanites)" iaitu penduduk Falastin di kawasan berkenaan, sebahagian besar populasi adalah berketurunan dari pribumi asal kuno wilayah berkenaan (bangsa Kanaan).

Ambik kau. TaMaT. 

FAKTA TAMBAHAN ASAL USUL NAMA FALASTIN:

Berasal dari suku Filistin (Philistines) salah satu cabang bangsa Kanaan. Dalam Qasas ul Anbiya', suku kaum Jalut yang berperang dengan Raja Talut dan tentera Bani Isra'il yang beriman termasuk Nabi Daud AS yang menewaskan Jalut.

Bahasa Mesir Kuno era Firaun sebut Filistin sebagai Palusata. Dalam bahasa Ibrani (bahasa Bani Isra'il) dalam Taurat ialah Plistim, Filistin dalam bahasa Aramaic (bahasa Nabi Isa al Masih) dalam Injil ialah Philistia. Bahasa Akkadia / Assyria / Babylon Kuno sebut Filistin sebagai Palastu. 

Yunani sebut Phylistiim, Romawi sebut Palaestina. Bahasa Arab sebut Filistin / Filastin / Falastin.

Maknanya lama beribu tahun nama ni. Agaknya Yahudi bengang nama Falastin lebih fofuler dari nama Isra'il yang diadaptasi jadi Isreal tu.

P/S: Gambar2 ni bukan imej Bani Isra'il tapi gambaran pribumi asal Kanaan Kuno, bangsa Jalut.

Monday, May 17, 2021

raya jenan84

Koleksi raya jenan 84, 2021/1442.
Raya kali ni masih dalam PKP 2.0.

Dah dua tahun raya di klang, seri 1-1 ya Ummi.

hampeh

Tak tau nak cakap apa.

Geng eastcost balik jugak rupanya

Sunday, May 16, 2021

ketupat goreng

Raya ke empat PKP dengan ketupat goreng.

Teringat masa kali pertama raya di rumah mertua di Rhu Rendang, Marang pada tahun 1996.
Raya ada ketupat? Mertuaku Che Som kata, ada. Alhamdullilah lega aku ada ketupat pagi raya walaupun miss ketupat Che Rus Perlih.

Tapi bila tengok malam tu semuanya betina ! Tibai sajalah. 
Esuknya aku tanya, mana ketupat ni? Che tengah goreng,  hahh goreng? Perghh ketupat goreng? Sangat asing bagiku. Semua panik bila menantu baru nak ketupat tak goreng.

Hahaha...lepas tu bila balik raya lagi, depa tinggaila sepuluh biji ketupat tak goreng untuk aku.

Satu lagi yang special adalah makan tapai di pagi raya.

Friday, May 14, 2021

raya online enginemania

Semalam on jugak walaupun korum sikit

memoirs

Memoir ni sangat menarik.
Cerita hidup seorang elit dari kecil, sekolah dan menjadi pentadbir di bawah british.

Paling interesting bila dia pernah jadi pentadbir tanah di perlih. Dapatlah aku tau sikit sebanyak zaman 1930an yang arwah bapak aku pun belum lahir lagi.

Thursday, May 13, 2021

ke mana kita?

Tulisan menarik dari DAKJ,

Aku sokong analysis ni.

Detoxifying Malaysian Politics 

1. The politicians in the picture below aren't exactly old. One is 66 the other is a year older. But the bad blood between them is poisoning the Sabah politics. Expand that to embrace the whole country and the toxicity worsens. 

2. That's the hard truth about the Malaysian politics. The toxicity will continue to ravage the country for as long as the present protagonists continue to remain on stage. Animosity and hatred among them would not allow for a smooth transition. Political leadership would age and deteriorate even further. 

3. The educated young Malaysians would become even more jaded as the economy flounders. Some would migrate while those who stay behind would have to submit to the destructive political environment. 

4. Most would be unhappy and unmotivated. Others would join the bandwagon, partaking in corruption and the looting of the progressively impoverished country. 

5. Extremism of all shades and colours would rear its ugly head to the point that we cannot anymore have our favourite roti canai and teh tarik in peace and security. At that point of time not even teh tarik and roti canai would be able to unite us. 

6. But if the protagonists are willing to leave the stage or, at the very least, play a second fiddle to the younger actors, we may yet be able to reconstruct and rebuild Malaysia. 

7. Why should it not happen? When today's protagonists ascended the political stage, they were young too. Dr. Mahathir Mohamad was a teenager when he became active in the Malay nationalist movement back in the 1940's. 

8. When he came to my village to contest his first general election in 1964, he was 39 and went on to become the Prime Minister at the age of 56. Compare that to Mahiaddin Md. Yasin @ Muhyiddin who became the backdoor Prime Minister at 73. 

9. Mahiaddin, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Abdul Hadi Awang, Ahmad Zahid Hamidi and Shafie Apdal were all young when they entered politics and became Wakil Rakyat. Today, except for Mohamad Sabu who is 66, Shafie, 67 and  Ahmad Zahid, 68 rest are in their seventies and eighties. Dr Mahathir will turn 95 on July 10. 

10. If in the past we could have young leaders at the helm, why can't we now? Our first Prime Minister, the late Tunku Abdul Rahman Putra was appointed to the job at the age of 54, late Abdul Razak Hussein at  48, late Hussein Onn 54, Dr Mahathir 56, Abdullah Ahmad Badawi 64 and Mohd Najib Abdul Razak 56. 

11. Today, the second echelon leaders are either older or in the same age bracket as past and present Prime Ministers when they ascended to the top post. Take Umno Deputy President, Mohamad Hasan, as an example. He is 64. The same age as Abdullah when he became Prime Minister. 

12. It won't do the country much good to go on quarreling over Dr Mahathir, Mahiaddin, Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi, Mohamad Sabu, Shafie Apdal and Ahmad Zahid. 

13. Let us be serious about succession and rejuvenation by giving chance to younger leaders - the likes of Nurul Izzah (40), Anthony Loke (43), Khairy Jamaluddin (45), Dr Maszlee Malik (46), Shahril Sufian Hamdan (35), Rafizi Ramli (43), Mukhriz Mahathir (56), Hishammuddin Hussein (59), Liew Chin Tong (43), Hannah Yeoh (43), Yeo Bee Yin (37), Darell Leiking (49) and Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (28). 

Apologies and Thank you.

raya 2021 keluarga abdoh

raya 2021

Beberapa koleksi ucapan raya bergambar

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...