18.2.2009
18.2.2012
dah tiga tahun sejak aku menjejakan kaki di sarajevo airport dengan austrian air.
apa yang berlaku pada aku disana sangat memberikan kesan sampai ke hari ini.
rupanya rancangan tuhan ada berbagai-bagai hikmah yang tak mampu kita fikirkan masa mula-mula aku diminta datang sini.
walaupun mulanya penuh dengan amarah bila diminta datang tapi sekarang aku mengerti ketentuan tuhan.
pekembangan rohani aku mencapai kemuncaknya disini sebenarnya.
tapi kambing bakarnya masih aku terasa........
Dari Kampung Paya
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki serata malaya kemudian terdampar dalam perjalanan mengenal sang pencipta sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang tahu...............dan perjalanan ke bumi suci Maha Esa yang sangat menginsafkan
Sunday, February 26, 2012
Tuesday, February 21, 2012
hari setan
sakit hati betul aku baca statement puak-puak dua tiga orang ni.
bukan takad kafir ja, yang islam pun tumpang semangkuk.
mesti ramai lagi yang macam ni kat luar sana.

Labels:
vote for islamic state
cerita aurat
aku tertarik dengan kenyataan ustaz ni tadi kat TV tentang aurat.
katanya aurat hak Allah.
apahal kita nak pertikati itu ini sana sini.
tadi ada kawan pos kenyataan bangang artis malaya pasal aurat.
belom seru? seru apa kau....nanti bila dah masuk kubur, susah mau cerita
aku pernah jumpa ustaz ni masa pi raya rumah seorang kawan di puchong aidilfitri yang lepas.
terimakasihlah sebab tolong doakan aku yang nak berangkat pergi haji masa tu.

Friday, February 17, 2012
hari itu datang juga akhirnya
semalam aku baru habis satu mesyuarat quarterly performance di corus hotel port dikson. setelah berpusing-pusing akhirnya jumpa juga. aku tak berminat hendak cerita pasal mesyuarat ni sebab performance kita orang sangat terus. macam mau bungkus saja. tapi kayuh tetap kayuh.
yang aku nak adalah satu sms yang aku terima pada pagi-pagi sebelum ke PD. walapun dah dijangka tapi ingatkan dah terpadam.
Jack sparrow ketua lanun aku dulu dah meletakan suratnya untuk meninggalkan kapal. aku bersama-sama jack di kapal itu setahun lapan bulan. aku dicampakan ke kapal itu awal empat dari dia untuk satu tugasan yang sangat sukar. tapi aku terpaksa belah lagi awal untuk satu lagi tugasan yang amat mustahil.
kapal dulu dah kami baiki sampai bukan setakad berjalan laju tapi tidak lagi sesat ke hujung dunia.macam-macam yang kami lalui sepanjang perjalanan itu termasuk 'membunuh barbosa' yang mulanya melayan aku dan jack macam sampah. pengalaman ini akan aku ceritakan dalam siri yang lain. panjang nanti kalau aku tulis sini.
kalau ada lanun-lanun lain sedih dengan pemergian jack aku lagi sedih berbanding dengan diaorang. kami jadi kawan masa hari pertama dia melangkah masuk kapal. campur dengan seorang lagi, masa itu hanya tiga orang saja kawan. dan masa aku nak keluar, ada majlis perpisahan yang tak pernah terpikir oleh akan dibuat oleh jack.
alamak rasa nak nangis pulak!!!!!
bila aku sampai kat corus tu, rupanya jack dah ada.malam tu sempat la cerita sikit sebanyak apa yang berlaku.
malam kedua kami pekena satey kajang ni. jauhnya sate ni berjalan.
apa-apa pun jack, good luck.
hidup mesti diteruskan.
datang dan pergi adalah adat hidup.
kita ada perancangan masing-masing .
walaupun aku rasa aku yang akan terjun ke laut dulu. tapi perancangan tuhan adalah yang paling akhir dan hanya dia yang tahu apa hikmat dan hikmahnya.
semoga berjumpa lagi, jack.

managing bos story
Monday, February 13, 2012
mesjid ubudiah
pada hari wilayah 1 februari aku sempat menjengah mesjid yang menjadi kebangaan orang kuala kangsar dan bersolat jamak zohor dan asar.
sungguh unik dan cantik. itu saja yang dapat aku kata.
tentang sejarahnya, tak payahla nak diceritakan disini.
sungguh unik dan cantik. itu saja yang dapat aku kata.
tentang sejarahnya, tak payahla nak diceritakan disini.
Labels:
vote for islamic state
doktor politik
dalam beberapa minggu ni aku mengadap dua buku yang dah lama beli tapi belum habis baca.
kali aku pulun habis-habisan untuk selesaikan dua buku berkenaan doktor yang jadi ahli politik.
seorang menjadi PM selama 22 tahun dan seorang lagi menjadi acting PM dan meninggal semasa tugas. seorang akrab dengan PM pertama dan seorang lagi berlaga angin. dua -dua tidak mesra antara satu sama lain tapi bersikap profesional.
akan adakah politikus yang macam ni di masa akan datang? negatif
keduanya membawa karakter yang hampir sama semasa bekerja.
berkerja keras, menepati masa dan lain-lain.

di arab cafe
hujung minggu lepas, aku sempat pekena nasi arab. kali ini kami ke d arab cafe seksen tujuh shah alam.
ini dua menu, nasi kabash yang kitaorang tibai hari tu.
ini dua menu, nasi kabash yang kitaorang tibai hari tu.
Labels:
makan...makan
Subscribe to:
Posts (Atom)