Saturday, February 29, 2020

new PM 8

1.3.2020
Akhirnya PM baru dilantik.

Tahniah

drama tamat

29.2.2020    Tamat sudah drama yang berlanjutan hampir seminggu.

Kilas mengilas dah tamat.

Samada orang redo itu cerita lain.



Friday, February 28, 2020

drama 2

Selepas hampir seminggu drama semakin menarik tapi belum nampak endingnya lagi.

Masing2 masih bersilat Dan bertukar tag team beberapa Kali.

Dan dah ada yang terkorban.

Selamatkan lah Malaya ku ini.

Thursday, February 27, 2020

belasungkawa

Hari ni jumaat 28.2.2020 terima Satu lagi berita sahabiah matrik UKM jenan yang pergi mengadap Ilahi.

Ini message suami beliau ke group WA kami.

'Assalamualaikum.
Isteri saya Hjh. Nor 'Azimah Azyze bt. Mustapha Azyze telah kembali me rahmatullah. Meninggal ketika sedang dialisis. Masih d pusat dialisis Dr. Azhar Taman cendana kulim. Mohon DOA tuan puan.'

Innalillilah.
Allahumagfirlaha warhamha

Tuesday, February 25, 2020

drama

Semalam Hari ahad 23.2.2020 terganggu dengan drama terbaru politik Malaya.

Supaya Tak lupa, aku rekodkan disini beberapa cerita berita untuk kenang-kenangan.


teringat India

Ini adalah gambar masa visit terakhir aku ke India. Ini office baru setelah aku berjaya menutup office Chennai Yang di buka oleh arwah Arwar Batcha.

Masa mula-mula aku sampai ke benua ni, HQ di Chennai setelah pindah dari Delhi. Dalam masa yang sama masih ada office kecik di Delhi, site office di Jalandhar, orissa dan Vijayawada dan seorang QS di Patrala yang beroperasi dari rumah.

Tiga tahun kemudiannya HQ pindah ke Vijayawada yang masih ada kerja maintenance highway dan office kecik Delhi. Jalandhar, orissa dan patrala telah ditutup dan beroperasi dari Delhi. Operasi masa tu adalah pada kos yang paling minimum setelah tiada project. Yang tinggal maintenance highway di Vijayawada dan beberapa kes arbitration.

Penutupan office ini mula2 sukar sebab semua ketua yang ada hendak ada wilayah pemerintahan sendiri. Setelah beberapa orang dibuang baru kerja jadi mudah.

Selepas visit ini aku tidak pergi lagi ke India sampai sekarang.

Saturday, February 22, 2020

walimatulurus

Semalam dari Ampang balik klang, kemudiannya ke putrajaya/bakar baginda untuk kenduri geng kusza ummi.

Ustaz celebrity geng diaorang pun ada.

Penat betoi hari ni.

Thursday, February 20, 2020

syafakallah

Hari ni nampak posting yusman di FB yang Pak Lang Aku masuk hospital lagi.

rupanya hempedu ada nanah dan batu.

Syafakallah Pak Lang.
Semoga di permudahkan.

Wednesday, February 19, 2020

belasungkawa

Tadi sahabat junior jenan dari Sabah pula dipanggil Ilahi.

Masa konvo adik aku di University Sabah dulu, dia ada komen dalam FB kenapa aku tak jumpa dia. Rupanya dia lecturer di sana. Manala aku tau.

Innalillilah.
Allahumagfirlahum warhamhum.

kawan lama

Tadi Masa lepak di office dalam pukul empat, tiba-tiba dapat call dari kawan lama yang dok di Taman Kosas. Dia baru balik dari kerja di Bukit Jalil.

Asalnya seorang ahli Bomba, kemudiannya tukar ke bidang safety.

Mula jumpa dia Masa project AKLEH di Jalan Sultan Ismail, dekat Kampung Baru masa aku dengan percon. Lepas project siap, kami tak jumpa lagi. Masa tu aku masih site engineer lagi.

Kemudiannya Masa aku joint Bumihiway sebagai project manager, dia  dah jadi manager safety. Lama jugak kami bersama-sama dalam company tu. Masa aku balik dari India dan ke Gong Kedak, dia masih Ada lagi. Bila Aku balik HQ di PJ kemudiannya, dia dah tak ada di syarikat lagi. Banyak tribulasi berlaku dalam syarikat masa itu. Ramai yang penin tengok. 
Dia dah buat haluan sendiri dan Aku masih kayuh dengan Bumihiway sehingga sampai ke Bosnia. 
Bila aku mengetuai satu syarikat pembinaan  dalam group bumihiway/selia, aku cari dia sebagai freelance safety.  Ini adalah syarikat terakhir aku dalam group.  Masa aku buat Kem askar. Tapi dia terpaksa tarik diri sebelum project siap sebab masalahlogistics dan clash meeting dengan project dia yang lain.
Kemudiannya bila Aku project di Ampang, selalu jumpa untuk teh tarik di Taman Kosas. Tapi dia terlepas berita aku kena heart attack. Setelah hampir setahun setengah baru tadi dapat jumpa. Panjang cerita terutama pasal aku kena heart attack.
Banyak sharing yang menarik tadi sementara melihat orang buat jambatan dari tingkat satu Aeonbig.

Konklusinya diumur begini, kami patut slow gear dan biar orang muda beraksi.

19.2.2020


Tuesday, February 18, 2020

virtovi riverine

Hebat bos lama Aku di Bosanski.

Dah viral dalam paper Masa lawatan menteri Malaya.

Tahniah Tuan haji BHAJ

Monday, February 17, 2020

gula gerek / kerek

Cerita majalah 3 semalam.

Hebat Pak cik ni maintain satu product traditional yang sangat ingenious dan healty berbanding dengan gula sintetik. Aku yang sakit jantung ni boleh ambik gula ni saja.

Tapi nampaknya dah tak ada lagi pelapis setelah dua generasi.

Sunday, February 16, 2020

Kari teloq plotan

Alhamdulliah petang ni ummi berjaya masak kari teloq ikan plotan yang exotik ( atau orang sini panggil ikan mayong ).
cuma buah belimbing saja yang tadak. Kalau tak lagi kaw la gulai ni.

Teringat pulak kat mak di aloq setaq.

tahniah Man


Hari ni kenduri kahwin anak couple engine mania datu Azman dan Seri Banun di Bangi GR.

Geng yang jumpa tadi Safian sabah dan Mokhtar Ganu. Bertembung juga dengan orang Kuala Ibai,  Norma yang kahwin dengan senior Jenan83, brader Asri.

Rupanya kamarul pun pi jugak. Tapi aku tak sempat jumpa dia. cuma tengok gambar dia dengan Sapian saja.

Friday, February 14, 2020

teringat bapa

Tengok gambaq ni teringat arwah bapak. How true is the sketch is. Thanks to the originator.

Kini Aku seorang bapak dan telah serta sedang merasai perik jerihnya sementara menunggu mereka boleh berdikari.

Mereka juga akan jadi bapak dan akan merasai jugak nanti.

Allahumagfirlahum warhamhum bapakku.

P/s : photo snapshot dari IG.


belasungkawa

Innalillah waina illahirojiun...

Ya Allah..tempatkan kawan bersama dengan org2 soleha...aamin.

Hari ini dapat berita kembalinya sahabiah UKM engine mania kami, allahyarhamah maslina mat Isa ke rahmatullah kerana sakit kanser.

Tak banyak info yang ada tentang dia cuma telah berkeluarga dan dulu tinggal di Melaka.

Allahumagfirlaha warhamha

sessi gulai itik

Alhamdulliah Hari ni jumaat 14.2.2020 , Pak non jenan84 belanja gulai itik di kedai acheh di chow kit.

Lama dah tak gader-gader sini.

Member-member  yang datang hari ni selain dari penganjur Pak non nan aku adalah tokey ku ai, Mat Noq Rnhill Dan kerol. Cikgu Fakir kami terpaksa cansel last minute.

Korum tetap Mat Jo jugak missing hri ni atas alasan ada meeting.

Alhamdulliah


Thursday, February 13, 2020

belasungkawa


Tadi dapat message dalam grup ex percon yang sahabat kami sudah dijemput Ilahi.

Aku pernah terlibat dalam project masa aku project engineer dulu.
Mula-mula di SAE, kemudiannya Akleh Dan akhirnya di Kerteh. Kami pernah duduk sebilik dulu masa zaman outstation di Kerteh.

Lepas aku berhenti dengan Percon, terus tak jumpa dia lagi. Cuma dapat info dari FB dan juga Rozmey yang adik dia jadi menantu arwah.

Innalillilah.
Allahumagfirlahum warhamhum Suhaimi Ibrahim.

bendera

Power bendera ni.

From oldest civilization in Malaya.

Copy ganbar dari FB.

penangan corona

Sakan penangan virus ni.

Baru jer kakak pergi, dah kena balik la pulak.


Tuesday, February 11, 2020

Surat lama

Semalam Mat Daus WA bagi Surat lama aku kat dia dulu bertarikh 27.6.2005. Dah Lima belas tahun.

Masa ni aku kerja di kuantan.

Kami lost contact lepas keluar UKM. Kemudiannya aku cuba cari dengan menulis surat ni.

Dasyat, dia simpan lagi Surat aku sampai sekarang.

Sunday, February 9, 2020

teloq plotan

Gulai teloq ikan plotan adalah makanan favorite Aku dan mak. Selain rempah gulai, Kari ni kena boh buah belimbing besi.

Kalau di perlih, ikan plotan atau mayong ni mudah dapat. Di Nat balai Baru selalu ada tapi kena pi awai-awai.

Bila aku dok di klang teloq ni susah dapat. Teloq ni tekong atau nelayan ambik awai-awai sebelum ikan dipasarkan.

Tahun lepas aku baru dapat tahu yang teloq ni boleh di cari di Kuala selangor. Kami cuba pegi dan alhamdulliah dapat stok telor mayong. Kemudiannya ada orang jual di kawasan Klang secara adhoc. Boleh la rasa dan ummi pulak sudah semakin pandai masak kari teloq ikan plotan ni.

Tiba-tiba pada satu hari  aku terjumpa iklan kedai makan di FB yang menyajikan asam pedas teloq ikan. Walaupun tak dapat kari, asam pedas pun ok lah.

Tak sabaq nak pi try

buku lanun

Buku Ni dah setahun aku beli pada 11.1.2019 tapi sampai sekarang belum habis baca. Aku beli direct dengan penerbitnya Geroda.

Hari ni Cuba baca sikit sambil menunggu service ranjer di Taman Sentosa.


udang Padang.

Beberapa hari lepas geng Jenan perlih viralkan cerita udang padang di Perlih.
Terlioq baca depa dok cerita. Apakan daya, aku hanya merasa semasa kecik-kecik dulu saja. Selepas ke jenan, habislah kenangan pasal udang ni.

Masa zaman sekolah rendah dulu, aku selalu tangkap sendiri udang ni dengan tangkul di bendang atau parit-parit kecik. Tangkul ni dibuat dari kelambu yang sudah tak digunakan lagi.
Dengar cerita sekarang ni harga satu tin susu kecik ( pot ) berharga sepuluh ringgit. Wow !!!!!

Udang ni sedap toksah crita la. Rebuih saja pun clear. Ada yang buat kerabu jantung pisang.
Apapun semuanya sudah tinggal kenangan.

P/S : Terimakasih gambar2 ni di ambil dari FB

gud luck kakak

Hari ni hantar kakak balik uia gombak setelah cuti semester habis.

Sebelum itu breakfast tempat favorite di restoren ZG di shah Alam.
Si kecik bongsu pun ikut juga. Boring la dia dah tak Ada tempat mengadu terutama baru seminggu pindah ke sekolah di Shah Alam.

Gud luck kakak. Semoga tercapai cita-cita  nak score.
Gud luck jugak untuk bungsuku di Sek 18. I Know u can do it.

Friday, February 7, 2020

contract maut

186. Contract maut.
Tadi Masa berborak dengan seorang engineer, tiba2 dia Tanya, adakah Kita ni tersign contract maut?
Nak tergelak aku dengar perkataan tu sambil response, Saya rasa macam tu lah.

Dahla harga mampuih, sekarang ni macam2 problem yang datang. Problem2 ni Ada yang Tak pernah Saya jumpa sepanjang Saya kerja.

Macam tu lah, kadang2 contractor terpaksa ambil juga kerja2 atas pelbagai sebab walaupun dikatakan akan maut kemudiannya. Pandai2lah ejast semasa post contact tu. Nasib baik boleh turn bagi bernafas sikit untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sepanjang yang aku tengok Dan experience, walaupun contract maut tapi masih dapat survived dan hidup lagi Selepas tu. Yang penting jangan give-up dan terus kayuh sampai project siap.

31.1.2020
Ampang

safe ke tak ni?

186. Safe ke Tak safe.

Dua Hari lepas Aku tangkap backhoe Ni dengan krew2 Bangla sambil mengangkat besi atas jalan.

Diaorang beramai-ramai tak rasa apa2 menunggang backhoe dalam keadaan macam tu.
Escort pun tadak, supervisor entah ke mana.

Mereka langsung tak ada perasaan yang perbuatan tu Tak selamat untuk pengguna jalan yang lain.
Teringat construction di India pulak.

17.1.2020
Tasek permai

bukan roket sains

185. Bukan roket science.

Minggu lepas ada seorang bos head company complain kat aku, susahla Saya haji. Saya bukan engineer nak tahu semua pasal hal-hal construction ni. Client kita ni dok call dan taji-taji saya.

Aku pulak tanpa penapis terus cakap, construction ni bukan macam bidang roket science, ramai jugak yang boleh handle walaupun asalnya bukan engineer by training. Beberapa Tokey dan ex bos saya dulu pun ramai yang bukan engineer, tapi depa kudakan saya sebab saya engineer.

Syaratnya kena ada management skills dan common sense yang tinggi dan baik. Lain-lain tu kena la belajar sikit-sikit through experience.
Zaman dulu masa  aku mula start kerja, tokey-tokey bukan dari teknikal sebab engineer semua kerja dengan JKR atau consultant buat design. Bila ada project besar baru diaorang engaged engineer. Kalau tak apa-apa background pun boleh jadi project manager. Supervisor lagi la. Nak cari yang ada diploma dulu pun susah. Bekas-bekas  operator mesin la yang jadi supervisor. Abang ' long ' pun boleh jadi supervisor.

Tokey pertama Aku asalnya bawa Lori hantu ja. Tapi boleh manage construction company sampai jadi public listed.


Zaman dah berubah.
11.1.2020
Ampang

kawan lama - hassan BZ

Hassan Badri.
7.2.2020 jumaat.

Hari jumaat yang berkah ni tiba-tiba Aku dapat message dari seorang yang mengatakan dia anak angkat kawan lama satria jenan tahun 1980 dulu. Kawan yang sudah lama kami cari tapi sesiapa pun tak dapat mencari . Geng Kulim kami pun tak dapat trace walaupun arwah bapanya dulu seorang yang terkenal.

Dia telah terjumpa satu posting  dalam blog ini yang bertarikh 20.4.2015 yang aku ceritakan sedikit pasal kawan yang duduk di sebelah katil aku masa di asramaRumah Satria Jenan.

Setelah empat puluh tahun baru dapat sedikit info tentang kawan lama yang balik bersekolah di kampung setelah habis tingkatan Satu di Jenan atas sebab-seba yang kami semua tak tahu. Semasa ke rumah adik ipar aku di area politiknik kulim dulu pun aku cuba cari tapi dek kerana tiada info, tak dapat apa-apa.

Beliau telah berkeluarga dan menetap di Selama, Perak. Sekarang menjalankan bisnes sambil membuat project menanam durian Dan pisang.
selepas aku post berita ini dalam group jenan 80 - 84, nampaknya ada beberapa sahabat di utara yang berminat hendak pergi mencari dia.
Ada umur panjang, dengan izin Allah, inshallah Kita jumpa nanti.

P/S : terimaksih kepada anakanda HBZ, Ejad yang sudi menjengah blog ini dan membuat percubaan message aku dan mendapat berita baik. 

Wednesday, February 5, 2020

sembang deraih

Deraih betui sembang

Makin terok

Dah semakin terok lebai walaun

cayalah dato Sam

Dato Sam keluar TV.


Sunday, February 2, 2020

kenduri di Bukit Damansara

2.2.2020 ahad

Alhamdulliah hari ni dapat bawa ummi ke kenduri anak kawan sekolah dia dulu.
Ingatkan tak da korum. Rupanya ramai. Ada yang datang dari Melaka lagi.
Geng ustazah2 lagi.

Ummi mesti teruja nak dapat menantu lepas ni..... hahaha

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...