Thursday, July 11, 2019

99. saya nak nama

99. Saya nak nama.
Salah Satu teknik kuno bila berlaku sesuatu kesilapan atau kemalangan di syarikat atau di tapak adalah dengan mengkambing hitamkan seorang. Mengapa kambing? Munkin kambing adalah binatang yang selalu di korbankan bila Ada peristiwa.
Saya nak nama atau 'I want name' adalah kata-kata keramat yang selalu digunakan oleh bos bila menyiasat kes. Maka terkerjar-kejar lah pegawai2 penyiasat mencari nama yang sesuai. Nama yang sesuai Tak semestinya orang yang bersalah. Ianya sesuai di korbankan untuk sesuatu peristiwa.
Aku tiada langsung pengalaman terkorban atau mengorbankan orang. Tapi pernah melihat Dan merasa akibat bila tiga orang kuat aku di project di korbankan sebab bos nampak peluang untuk kurangkan staff atas nama diaorang buat silap Dan menghantar aku ke site balik.
Aku pun Tak paham dengan teknik ni. Apa salahnya bagitau terus terang. Tapi munkin dia 'chic' jugak walaupun berkuasa
20.6.2019.
Tasek permai

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...