Wednesday, August 30, 2017

Teringat hari Arafah

Hari ini 31.8.2017 adalah hari wukuf di malaya.
Manakala untuk duyufurahman, mereka telah bergerak ke arafah untuk wukuf sebelum ke mudzalifah dan mina.
Teringat masa menunaikan haji dulu dan tadi masa solat subuh aku terasa sedih dan sangat sayu.
Dulu tiga hari sebelum wukuf, aku setiap hari menangis di masjidil haram mengenangkan banyaknya dosa-dosa lalu. Keadaan makin memuncak bila berada di bumi Arafah.

Semoga Allah ampunkan aku.

Hari arafah

*Bacaan Terbaik di Hari Arafah*

Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari kakeknya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang kuucapkan, begitu pula diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYA-IN QODIIR (Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu).” (HR. Tirmidzi no. 3585; Ahmad, 2:210. Syaikh Al-Albani menyatakan hadits ini shahih dilihat dari syawahid atau penguat-penguatnya, lihat Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 1503, 4:8.)

Monday, August 28, 2017

Empat bulan di Amerika

Bulan ni baru  dapat koleksi buku klasik prof Hamka empat bulan di Amerika.


Walimah anak x matrik ukm

Alhamdullilah semalam dapat ke walimah anak x matrik ukm, nordinah di tasek ampang.

Antara yang hadir fairus, prof masri dan murni.

Aku terserempak juga dengan YB K yang hairan macamana aku ada situ.

Walimah anak ir halim

Balik dari Ganu, alhamdullilah sempat ke walimah anak halim di selayang.
Kami dulu sama2 kerja dengan PC di highway di kpg baru KL.

Hari tu sempat jugak selama sepuluh bulan kami di projek highway ampang tapi kali ni dia dah jadi client.
Nasib baik masa berborak dulu dapat tahu dia x jenan. Cuma kami tak sempat selisih bila masa aku masuk form one dia dah keluar.

Kenduri ni ada kelainan bila kena naik Buggy ke tempat kenduri sebab kawasan sempit sangat.

Sunday, August 27, 2017

Ustaz hashim dalam kenangan

COPY PASTE dari article Oleh Hazman Hashim.

Ustaz Hashim Abdul Ghani

Pendahuluan

Saya percaya ramai pengunjung blog ini akan mendapat maklumat sedikit sebanyak sejarah hidup alim ulama kita khususnya di negeri ini. Saya juga tidak menafikan ada yang tidak bersetuju apabila saya turut menyisipkan tokoh-tokoh kaum muda yang agak sensitif bagi kaum tua ( bermazhab). Mereka ( kaum tua) mendakwa kaum muda membuat aturan agama yang baru yang menyalahi apa yang diamalkan oleh nenek-moyang terdahulu. Paling tragis bila dilebelkan “sesat”, sedangkan bagi pihak kaum muda pula mereka mengamalkan sebenarnya dan bukan bukan mencipta yang baru sebaliknya hendak memulihkan yang lama yang telah dilupakan. (Rujuk http://www.lib.usm.my : Gerakan Pembaharuan Islam)
Jesteru itu dalam konteks di negeri ini pula, saya tertarik untuk menonjolkan seorang lagi tokoh kaum muda berasal dari Kuala Pilah yang dianggap sering mencetuskan ‘polemik berkala’ dengan pihak agama negeri dan golongan assyafieah. Tokoh kaum muda itu ialah Allahyarham Ustaz Hashim Abdul Ghani iaitu generasi kedua dari Madrasah Aliah Islamiah, Pelangai Kuala Pilah yang ditubuhkan oleh Almarhum Maulana Lebai Maadah Layang. Ustaz Hashim cukup terkenal lantaran tulisan-tulisan beliau dalam media cetak berhubung dengan percanggahan pendapat dengan kaum tua. Saya sendiri tertarik mengikuti perbahasan beliau sejak perdebatan sengit antara beliau dengan Nahmar Jamil seorang penulis dari Negeri Perlis yang disiarkan di akhbar tempatan.
Riwayat Hidup
Allahyarham Ustaz Hashim Abdul Ghani dilahirkan pada 5 Julai 1927 di Kampong Sungai Dua Kecil, Kuala Pilah. Bapanya Imam Abdul Ghani Salam seorang imam masjid dan ibunya bernama Aisyah Abdul Wahid. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah tahun 1937 dan kemudiannya menyambung pelajaran di Madrasah Aliah Islamiah, Pelangai. Di sana, beliau mengenali Shamsiah Fakeh seorang pejuang wanita yang gigih. Masa pendudukan Jepun, beliau membantu bapanya berniaga dan mempelajari Bahasa Jepun. Selepas perang tamat, Ustaz Hashim melanjutkan pengajian agama di Madrasah Al Akhlaq Islamiah Bagan Serai dan seterusnya di Madrasah Al Mashoor Pulau Pinang di bawah bimbingan Abu bakar Assyaari. Pengajiannya di bawah biasiswa Yang Dipertuan Besar. Beliau menamatkan pengajian pada akhir tahun 1953 dengan pangkat pertama.
Menubuhkan Madrasah
Sekembalinya ke kampung, Ustaz Hashim memulakan kegiatan mengajar agama di beberapa buah madrasah sekitar Kuala Pilah. Kemudian bersama-sama rakan seperjuangan, beliau mengasaskan Madrasah Ittibaa’ As Sunnah (MIS) di Kampung Parit iaitu kira-kira sebatu dari Pekan Kuala Pilah. Pusat pengajian ini juga lebih dikenali surau tengah sawah yang pada asalnya terbina di tengah sawah tepi jalan utama Kuala Pilah- Seremban waktu itu. Madrasah ini dikatakan pernah menerima murid-murid dari serata negeri termasuk dari Singapura.
Teks pelajaran yang diajar seperti pengajian al Quran, kitab hadis Bukhari-Muslim, kitab al Umm karya Imam Syafie, al Muwata’ Imam Malik, Bulughul Maram, Tauhid Ibnu Taimiyah, dan Muhamad Abdul Wahab, Fiqh Sunnah oleh Sayid Sabiq dan lain-lain lagi. Bahasa pengantar dan teks tersebut dalam Bahasa Arab yang mampu melahirkan kader-kader dakwah yang berilmu. Memandangkan pengajian mendasari fahaman yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab, maka MIS menerima berbagai jolokan sperti kaum muda, Wahabi, Khawarij, sesat dan sebagainya. Yang jelasnya, mereka cukup menentang amalan-amalan baru dalam ibadah yang tidak mempunyai sandaran dengan al Quran dan sunnah Nabi Saw. Mereka menyeru masyarakat menjauhi tradisi taklid buta dalam ibadah.
Selama penubuhannya, MIS menghadapi banyak halangan dari berbagai pihak. Pihak berkuasa negeri yang rata-rata ditunjangi oleh kaum tua pasti melihat pergerakan ini suatu ancaman dalam kerharmonian masyarakat bermazhab. Mereka terlalu keras dan tiada kompromi dalam menyanggah perkara bidaah yang diada-adakan itu. Bagi mereka tiada erti taklid sebaliknya mereka menganjurkan ‘ittabaa’ keduanya mempunyai pengertian hamper sama kecuali amalan sahaja berbeza.
Taklid bererti meminta fatwa seseorang yang alim dalam urusan agama apabila tiada dalil atau sandaran dari Quran, hadis, ijmak dan qias. Manakala ittibaa’ pula bermaksud menerima hukum dan fatwa dari seseorang yang menunjukkan dalil dari Quran, hadis, ijmak dan qias. Inilah perbezaan dalam permasalahan tersebut. Pelajar-pelajar akan belajar al Quran secara harfiah bersekali dengan ilmu nahu dan saraf sebagai ilmu alat. Kebiasaan pengajian pondok mempelajari Bahasa Arab terlebih dahulu untuk belajar pengajian al Quran. Di MIS, mereka mengutamakan belajar Quran kerana di situ terletaknya hidayah dan ternyata mereka mampu membaca kitab-kitab besar dalam masa yang singkat.
Amalan Kaum Muda
Mungkin pembaca yang masih kabur dengan kaum muda ini tertanya-tanya, apakah amalan mereka yang berbeza dengan kaum tua atau bermazhab itu? Berikut beberapa dasar amalan mereka untuk perhatian dan perbandingan iaitu,
a. Ibadat Solat
1. Mereka melakukan ibadah mengikut aturan Quran dan hadis shahih sahaja. 2. Mereka berwudhu dengan menyapu seluruh kepala. 3. Tidak ada tarhiem sebelum azan. 4. Tidak melafazkan ‘USYALLI’ dalam solat. 5. Membaca surah Fatehah ayat demi ayat dan bukan wasal. 6. Tidak membaca qunut dalam solat subuh kecuali bila berlaku malapetaka besar seperti membaca qunut nazilah tiap-tiap solat 5 waktu selama sebulan. 7. Tidak mengusap muka selepas solat. 8. Tidak menguatkan suara untuk berzikir dan berdoa selepas solat. ( buat masing-masing) 9. Tiada ‘fidyah’ solat.
b. Solat Jumaat
1. Tidak ada azan dua kali. 2. Tiada solat ‘qabliyah jumaat’ 3. Tiada ucapan khas untuk khatib naik atas mimbar. 4. Khutbah tidak pakai tongkat 5. Khutbah ialah berucap dan bukan membaca kitab 6. Tiada tambahan kata ‘syaidina’ 7. Tidak melaungkan salawat di antara 2 khutbah.
c. Hal Kematian
1. Tidak membaca al quran dekat mayat 2. Tidak ada jamuan makan-minum di rumah orang kematian. Sebaliknya jiran-jiran menghantar makanan kepada keluarga simati. 3. Tiada kenduri atau bertahlil pada hari-hari tertentu selepas kematian. 4. Tiada bacaan Yasin, kumpulan Tahlil beramai-ramai untuk dikirimkan pahala kepada simati. 5. Tidak memayungi keranda ketika pengkebumian. 6. Tiada bacaan talkin untuk simati. 7. Tiada amalan membakar kemenyan.
d. Lain-lain.
1. Tidak mengikut mana-mana kumpulan tarekat. 2. Tidak pergi bernazar di mana-mana kubur dan seumpamanya 3. Tidak mempercayai kuasa-kuasa ghaib, bomoh dan lain-lain. 4. Tidak menyambut majlis atau upacara hari-hari sejarah seperti bulan safar, Mal Hijrah, Maulud Nabi dan lain-lain.
Kerjaya Diri
Ustaz Hashim pernah mengusahakan penubuhan Persatuan Muhamaddiah Malaysia dalam tahun 1962 seperti Muhamaddiah di Indonesia. Satu kongres telah dibuat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, di mana beliau dilantik sebagai setiausaha persatuan. Malangnya, penubuhan itu tidak diluluskan ekoran dari tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia. Beliau juga pernah menganggotai Persatuan Ulama Pulau Pinang, dilantik sebagai ketua Persatuan Peniaga Kecil Kuala Pilah, Penyelia Kemajuan Masyarakat bagi daerah Kuala Pilah mulai tahun 1961. Ustaz Hashim juga aktif dalam politik dan memegang beberapa jawatan penting. Perkhidmatan beliau itu telah diiktiraf oleh kerajaan sehingga diperkenan oleh Yang Dipertuan Besar untuk anugerah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada Julai 1971.
Minat beliau dalam penulisan sangat tinggi, beliau pernah menjadi wartawan akhbar Majlis, Berita Harian dan Utusan. Mengarang buku-buku agama dan menggunakan ketajaman penanya untuk membalas kritikan pihak lain tentang kefahaman kaum muda. Perdebatan sengit beliau dengan penulis Nahmar Jamil dari Perlis adalah berhubung dengan masalah bermazhab. Antara buku-buku terbitan beliau mengenai kritikan itu ialah Gayung Bersambut, Haram dan Sesat Bermazhab. Beliau juga menubuhkan institusi bernama Kursus Tertulis Al Furqan ( KTF) gaya pos dan keset iaitu pengajian al Quran secara harfiah. Dikatakan ratusan pelajarnya mengikut kursus ini.
Buku-buku yang dihasilkan beliau ialah Intisari Tauhid, Bahaya Turun Dari Menara, Haji Qiran, Kata Berbalas, Wajibkah Muslim Bermazhab (terjemahan), Gayung Bersambut 1 & 2, Panduan Haji, Aurad Muhamadiah Menyeleweng, Urusan jenazah, Kenapa Mesti Menurut As Sunnah dan banyak lagi kitab-kitab serta menterjemah kitab-kitab luar.
Buku-buku beliau yang diharamkan ialah Gayung Bersambut 2 oleh Jabatan Perdana Menteri pada 10 Mac 1988. Risalah-risalah terbitan MIS seperti ‘Risalah As Sunnah’ dalam tahun 1980an turut rampas dan beliau sendiri dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah rendah Kuala Pilah atas alasan menerbitkan risalah tanpa kebenaran. Beliau mendakwa risalah-risalah itu bukan untuk bacaan umum tetapi untuk edaran pelajar-pelajar MIS dan masyarakat As Sunnah sahaja.
Buku Haji Qiran misalnya, diterbitkan bila Ustaz Hashim membantah pendapat Majlis Agama Islam Perlis yang menghukum jemaah haji seramai 54 orang yang melakukan tawaf ifadah sebelum wukuf di Arafah tidak sempurna hajinya. Beliau membantah dengan menulis buku setebal 112 halaman. Beliau memberi kesimpulan ‘mereka yang berniat mengerjakan haji qiran atau mengubahnya untuk menggabungkan umrah dan haji, adalah tertunai tawaf ifadahnya dengan tawaf yang satu dan saie yang satu pada kala tawaf awal (qudum)’.
Deklarasi
Bagi menangani dari gangguan kaum tua, pada 26 Disember 1982 pendukung as sunnah seluruh Malaysia telah berhimpun di Kuala Pilah bertempat di MIS untuk membuat deklarasi agong iaitu:
Suatu golongan umat muslimin yang terdiri daripada mereka yang menganut pegangan agama Islam yang berdasarkan Kitab al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih, ijmak para sahabat, dan qiyas dalam jurusan keduniaan. Keluarga al-Sunnah itu terdiri daripada golongan muslimin yang sejak dahulu dikenali sebagai: Kaum Muda, Kaum Wahabi, Kaum Salafiyin, Ansarus-Sunnah, Ittibaus-Sunnah, Muhammadiah, al-Islah, Syah Waliyullah al-Dahlawi, al-Maududi, dan sebagainya. Mereka ialah golongan yang tidak bertaklid kepada sesuatu mazhab, tetapi boleh melakukan ittiba', iaitu menerima dan mengikut sesuatu pendapat yang muktabar setelah diketahui keterangannya dengan jelas dari Kitab al-Quran dan al-Hadis. Mereka tidak tersekat untuk melakukan ijtihad jika mempunyai syarat dan kemampuan.
Di penghujung usianya, Ustaz Hashim sempat menimba ilmu dalam bidang perubatan daripada The Homeopathy Of British dalam tahun 1994 peringkat Diploma dan beberapa sijil kursus perubatan herbalogy di Kuala Lumpur. Beliau dikatakan mengaku ‘tidak segarang dahulu’ setelah usia meningkat tetapi beliau pantang dicabar bila fahaman as sunnah golongannya disanggah. Pada 27 November 2004 selepas menunaikan solat subuh jam 6.30 pagi, Ustaz Hashim telah menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang dalam usia 77 tahun. Pemergiannya sudah tentu suatu kehilangan besar jamaah as sunnah dan semoga perjuangan beliau diberkati Allah jua hendaknya.

Friday, August 25, 2017

Malas tengok drawings

Satu hari empat tahun lalu seorang site supervisor datang jumpa Aku.

Bos, saya Ada problem kat site. Instead of Tanya apa problem dia, Aku Tanya, drawings cakap apa?
Dia jawap, drawings saya belum tengok lagi.

Bila dengar dia jawap macam tu, angin taufan Aku tiba-tiba datang, woiiiiii........@#£&£#@ !!!!!
Terok la macam ni, macamana hang tau Ada problem! Dengar cakap  Bangla saja ka? 

Hang pi tengok Dan baca drawings sekarang, lepas tu baru jumpa saya. Sia-sia Saja pi sekolah belajar.....bla....bla....bla....

Thursday, August 24, 2017

Poor premix work

Premix patching by services never improved since i start working 30 years ago.
Due to limited knowledge and skills workers, they failed to carry out proper patching at excavated cable area.

Wednesday, August 23, 2017

Aspa Cottage

Team Gebeng  dulu Yang bujang Dan outstation dok Di Aspa Cottage.

Aku terjebak dok Di AC bila abang Bhai langsung tak ambik tahu bila Aku report kerja dan sampai  Di Gebeng.
Tapi Adik mat zen, Apai bagitau, bos don't worry. Dok dengan kitaorang tapi kena dok sebilik dengan Syed sebab Pak Dan bos solat. Jadi ok la

Aku pun kata ok berehhh. Tapi petang tu abang Bhai rasa bersalah Dan datang AC ajak pindah ke Bandar. Tapi sebab dah bengang, Aku kata saya ok ja sini. Kemudian dia pun belah.

Cuma Yang tak boleh lupa bila satu weekend Aku tak balik klang, tiba2 semua cabut hilang tinggai Aku sorang. Tengah malam tu Ada orang ketuk2 pintu depan Dan memanggil2. Aku pun bengang terus keluar Dan jerit2, woiiiiii sapa ni , bising2 .

Pastu senyap.

Friday, August 18, 2017

Supervisor bermasalah

Hari ni cerita seorang senior supervisor Yang paling susah nak handle. sepanjang aku kerja sejak dulu hingga sekarang tak pernah jumpa Yang macam ni. Ujian betul dia ni kat aku Dan enginiar Miji.
Nama pun dah lupa cuma yang Ingat dia dok Di felda Neram sempadan Pahang Dan Ganu.

Dia ni selalu datang lewat Dan kadang2 hilang terus. Banyak alasan yang dibagi bila Aku panggil dia. Enginiar Miji pun stress Dan terpaksa jadi supervisor kat site.
Disebabkan dia tiap2 hari2 pukul 8.15 aku terpaksa kena garis Di buku kedatangan. Setelah Yang tu tak berkesan, terpaksa pulak create counseling form Dan membuat counseling session tak bertauliah dengan staff -staff Yang bermasalah.
Sampai satu ketika Kami terpaksa monitor Di Jalan keluar Aspa cottage untuk tahu pukul berapa dia sampai site.
Celah2 tu motor company pun hilang.

Banyak Kali Aku panggil Dan taji tapi dia sangat liat nak berubah. Akhirnya setelah lebih tiga Kali Aku buat counseling session,memo tentang hal ni telah Di hantar ke HQ untuk tindakan seterusnya. Beberapa amaran  Di bagi kat dia Dan akhirnya Di tamatkan kontrak.

Dia beberapa Kali jumpa Aku merayu2 tapi  dah terlambat.

Cerita supervisor ni pun Aku selalu ulang tayang kat staff Aku Yang bermasalah.

Thursday, August 17, 2017

Ujian

Hari ni cerita bersangkut dengan Q's.

Satu hari semasa project dah siap tengah final inspection dengan JKR dia tiba-tiba Tanya,
Bo's...bos....lepas project ni pi mana?
Aku jawap, Gong kedak kut.

Dia provok lagi, tak nak ke oversea dengan Bumihiway ke? India ke.....
Dengar India, Aku tiba-tiba panas Dan terus jawap dengan angkuh Dan berlagak.... woii.....ni rizlan la. Kalau dengan Bumihiway sorry la !!!!!
Package terok, tempat terok Dan segala2nya terok. Hang tau apa jadi kat depa Yang pi sana?

Aku terus belah masuk bilik. Tanpa menyedari Yang Aku telah terlampau batas Dalam berkata2.

Sebulan lepas tu, Aku dipanggil untuk assignment ke INDIA tanpa aku ingat  langsung kata2 Aku sebulan Yang lalu.

selepas Tiga bulan  Di India baru Aku teringat kata2 Yang melampau dulu Yang menyebabkan Aku tercampak ke benua Kalingga.

Tuhan Maha kuasa telah mengingatkan rezeki, ajal, maut Dan segala uruskan Kita Di dunia ni Di tangannya bukan Aku atau manusia2 lain. Aku hanya hamba Yan dijadikan Dari air Mani Yang Hina.

Enam bulan kemudian Aku balik ke Malaya Dan Kali ke project Gong kedak.

Sebenarnya kalau Di renung kembali, peristiwa 2 ini adalah sebahagian Dari ujian Dan proses penginsafan setelah Aku commit mendaftar sebagai bakal Haji.

Wednesday, August 16, 2017

Awat hang buli enginiar aku

Hari ni cerita terakhir Yang bersangkut dengan enginiar Miji.
Satu hari Miji datang jumpa Dan Tanya, Bos, Mr Beruang ( panggilan manja untuk Mr R Yang sekarang dah jadi politicians)  lain macam pulak dengan saya Hari ni. Ada apa2 ke?

Aha. Ada. Saya Ada 'sound' dia sikit Ari tu sebab saya tengok dia macam dok buli hang.
Wahhh.....Bos sound apa?

Saya jawap, don't worry. Saya kenai sangat dia. Dulu masa project kerteh, saya sama-sama site engineer dengan dia.
Saya cakap kat dia, hang jangan buat macam tu kat enginiar muda-muda macam Miji.
Aku tengok macam hang dok buli dia. Kita makin Tua, nanti  bila2 kalau Kita ambik sub contract mana2 tiba2 dia Yang jadi consultant, mampuih hang. Sikit2 dah lah.

Dia jawap, ok Aku tengok macamana.

Mr B pun tak lama Di project Kami bila bos Besar KC takeover project tu Dan dia kena sack 24 hours for reasons saya pun tak tau sampai sekarang.
Lepas tu Kami jumpa lagi Di project GK. Cuma Kali ni dia consultant package sebelah.
Sekarang dah masuk politics, nyaris dok Dalam jel kes dengan SPRM.

Macam2 boleh jadi dengan kuasa Allah.

Monday, August 14, 2017

Cerita enginiar Gebeng

Ada orang tak puashati cerita boh2 lama semalam.
Jadi nak post saja cerita2 lama sini saja la.

Kali ni nak cerita pasal enginiar miji Yang Jaga bridge di Gebeng by pass.

Cerita ni Aku selalu guna untuk site engineer tertentu selepas tu hingga sekarang.

Satu hari Aku panggil dia nak bincang pasal kerja Dan planning untuk bridge di site.

Lama dok cerita Dari satu bridge ke satu bridge, Dan Aku sebok tulis semua Yang dibincang tiba 2 Perasan Yang dia tak tulih apa2 cuma dengar saja.
Aku kata woii.....tak tulis Ka? Mana buku nota?
Dia tak jawap tapi tunjukkan jari kat kepala maknanya dia Ingat semua.

Amboi hang, Aku kata. Dalam hati bengang giler. Ok lah. Stop sini dulu nanti sambung kemudian.

Sebulan kemudian, Aku panggil dia lagi.
Kali ni Aku tak tulis apa2  Dan recall balik Yang Kami discuss dulu.
Bila Tanya satu, banyak dia tak Ingat.
Apa lagi, Aku pun ceramah dia cukup 2.bla...bla....tu la saya kata kita kena tulis semua. Otak Kita mana boleh Ingat.
Dia diam saja.

Mulai Hari Itu bila jumpa nak bincang, dia sentiasa bawa buku nota.

Cerita ni selalu jadi motivasi untuk enginiar2 gen Y sekarang ni Yang lagi terok Dari Miji.

Sunday, August 13, 2017

hang follow drawings

Hari ni tak nak cerita pasal boh authority atau consultant tapi Boh sendiri.

Masa Di project buat jalan ( pantai Timur lagi ), Boh Kami Mr AAR Yang Kami panggil abang B Yang goyang bila Boh sub_con berpangkat datuk taji dia.

Satu hari dia panggil Aku, Lan, apasal Datuk F kata kita stop filling earth dia? letter apa hang bagi kat dia?
Aku kata, mana Ada. Saya cuma nak depa filling alternate day saja takut embankment tu pecah kalau filling hari2.
Letter tu memang saya draft tapi Boh yang sign.
Dia Balas, wahhh susah la. Consultant kata apa? Ada hang check?
Aku jawap, Ada hantar TQ. Depa kata follow original drawing.
Dia bertambah marah, kenapa degil, follow ja la. Aku nak Kau cancel instructions tu.
Okey. Aku jawap sambil membebel Dan belah.

Tiga minggu kemudian dia pindah ke HQ Dan diganti dengan Boh baru Haji AT.
Seminggu lepas tu embankment crack sepanjang 800 meter.
Aku bagai nak gila menguruskan hal tu dang teringat abang B. Kalau dia Ada mampuih Aku taji dia balik.

Apo nak buek, dah nasib badan jadi Macai. Bagi nasihat pun hampeh.

Saturday, August 12, 2017

Nasib enginiar

Dua belas tahun lepas semasa menyiapkan satu projek Di sempadan dua buah negeri Di pantai Timur, Aku Ada berborak dengan Boh consultant Yang lebih kurang macam ni.

Kenapa hang tak highlights Ada design saya Yang tak boleh construct kat site?
Aku jawap, saya dah highlight tapi orang Haji kat site kata follow her drawings. Yang saya proposed depa kata susah nak settle dengan HQ. Jadi saya follow jer lah walaupun pun tak betul.
Dia jawap, ya la. Hang Kan enginiar Yang dah lama dok Jaga project. Hang mesti tau bila nak handover macam ni, mesti banyak orang Tanya. Kalau depa tak dengaq bagitau Aku.

Nampak bodoh pulak Kita ni.

Aku pun garu2 kepala Yang tak gatal sambil membebel, saya jugak Yang kena !!

Nasib kontraktor

Cerita benar beberapa Hari Yang lepas Di sebuah pejabat agensi kerajaan.

Ada tiga orang pelawat ingin berjumpa seorang pegawai untuk menyemak status permohonan.

Bila pegawai keluar, dia bertanya ' awak siapa, Dari mana?
Jawap seorang, saya Dari consultant.
Dua orang lagi menjawap, Kami Dari kontraktor.

Terus saya pegawai tu balas, saya nak jumpa consultant saja!!
Apa ni kontraktor, asyik talipon saya saja, nak check Itu Dan ini.

Terus saja pegawai Dan consultant tu pergi.

Itulah nasib si kontraktor tu.
Macam warga tadak kelas.

Itu baru nak jumpa Macai, belum BOH lagi......

Wednesday, August 9, 2017

Koleksi baru Hamka

Alhamdullilah Hari ni sampai koleksi baru Prof Hamka Yang berjudul Empat bulan Di America.

Tuesday, August 8, 2017

Mang Ganu

 alhamdullilah raya fitri baru ni sempat jumpa geng Irela simpang pulai Hj Mang Ganu.

Dah lebih sepuluh tahun tak jumpa. sekarang dah buat rumah baru dan tengah nak tunggu dapat cucu.

tapi dia masih outstation kerja di Serawak.
Rupanya dia dah jadi lagi besar dari aku.

Harap2 kami sihat walaupun berat dah bertambah kaw-kaw.

Monday, August 7, 2017

selamat tinggal Nazaria Ku



 Selamat tinggal Naza Ku.
 Telah 13 tahun berkhidmat, kini giliran untuk berkhidmat dengan Ustaz Hanzalah.
 semoga bermanafaat untuk anak-anak tahfiz.


Rawatan dengan buah dan sayur2an

Rawatan Penyakit Menggunakan Buah2 & Sayur2.

Insha Allah rawatan ini adalah sebagai alternatif menggantikan ubat.

Caranya, blenderkan jer semua campuran. Kalau nak manis, boleh tambahkan madu.

💊 Kencing Manis = Karot + Bayam + Saleri
💊 Batuk = Karot + Nenas + Halia + Bawang Putih
💊 Pening = Epal + Timun + Kale + Saleri
💊 Ulser = Kobis + Karot + Saleri
💊 Sembelit = Karot + Epal + Kubis
💊 BP Tinggi = Ubi Bit + Epal + Saleri + Timun + Halia
💊 Detox Buah Pinggang = Karot + Tembikai + Timun + Cilantro
💊 Mata = Karot + Saleri
💊 Mabuk = Epal + Karot + Ubi Bit + Lemon
💊 Gementar = Karot + Saleri + delima
💊 Depresi = Karot + Epal + Bayam + Uni Bit
💊 Asma = Karot + Bayam + Epal + Bawang Putih + Lemon
💊 Arthritis = Karot + Saleri + Nenas + Lemon
💊 Batu Karang = Oren + Epal + Tembikai + Lemon
💊 Stress = Pisang + Strawberi + Pear
💊 Keletihan = Karot + Ubi bit + Epal Hijau + Lemon + Bayam
💊 Hilang Ingatan = Delima + Ubi Bit + Anggur
💊 Ketidakhadaman = Nenas + Karot + Lemon + Mint

Semoga bermanfaat..!!

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...