16. Zaman selepas UKM
Ke Gunung Semanggol
Ke Gunung Semanggol
Selepas habis presentation thesis, aku masih menumpang di Bandar Baru Bangi untuk mencari kerja. Dalam masa itu aku sempat menemani geng-geng Perak ke majlis kahwin sahabat matrikulasi UKM Perak, Badrol yang berkahwin di Gunung Semanggol. Badrol berkahwin dengan sesama budak sains hayat dan diaorang masih belum habis belajar lagi. Masa ini geng EngineMania lain majority dah graduate dan belum dapat di kesan.
Perjalanan naik kereta dari Bangi ke utara Perak melalui jalan lama sungguh mencabar. Lebuhraya Utara Selatan belum ada lagi masa itu. Kami juga berhenti di rumah Khairil yang berada di Tambun. Kawasan Tambun ini juga kemudiannya menjadi site pertama aku.
20.6.2019
Ampang
Ampang