Sunday, December 31, 2017

Azam 2018

Misi bahasa arab continue untuk 2018 setelah tiga tahun masih belum nampak cahaya dihujung tunnel.
Selain buku ni harap tempat baru kelas arabic akan mendatangkan hasil.

Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini.

Gader2 sek marang

Tadi sempat joint ummi gader2 dengan geng sekolah rendah marang yang dok di selangor di rumah Dr maliki di telok panglima garang.

Gader2 jenan84

31.12.17 tadi sempat gader jenan84 sempena akhir 2017 dan kedatangan 2018.
Korum kali ni aku, suhairi, julai, ku ai, kapt zul dan mat naset.

Monday, December 25, 2017

Hanya kita berdua

Alhamdullilah plan nak bercuti berdua dengan ummi menjadi kenyataan.
Resort di cyber jadi pilihan kali ni.
Seronok sangat kami.

Habis tu pergi ke area jenderam mencari durian. Dapatlah tiga biji untuk bawa balik makan dengan anak2 yang ditinggal kat umah.

25.12.1996 - 25.12.2017

Hari ni dah 20 tahun pak tinggalkan kami sekeluarga balik kepada penciptanya.
Dua puluh tahun adalah tahun yang sangat lama untuk mak mengharungi hidup seorang diri. Cuma alhamdullilah masa tu aku dah berkeluarga dan berkerja yanf agak selesa. Jadi adalah jaminan untuk dia teruskan hidup sementelaah adik kecik aku baru berusia dua belas tahun. Menguruskan anak perempuan seorang diri bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi dikampung dan aku sangat jauh di klang.
Demi pelajaran dia sanggup lepaskan adik aku ke form six di kelang dan di sabah.
Isteri aku cuma kurang dua tahun mengenali aruah. Anak2 aku masih kecil dan tiada memori tentang chiaqnya.

Semoga damai di sana bapakku.

Saturday, December 23, 2017

Intisari surah al maidah

Dari kuliah ustaz SAR

SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT)

PENGENALAN SURAH
Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus dua puluh ayat dan merupakan surah yang kelima mengikut urutan surah dalam al-Quran.
SEBAB DINAMAKAN DENGAN AL-MAAIDAH
Surah ini dinamakan dengan al-Maaidah kerana ia mengandungi kisah turunya hidangan (المائدة) dari langit sejurus diminta oleh penyokong Nabi Musa as. Kisah ini menunjukkan kebenaran nubuwwah nabi ‘Isa as. Akhirnya kisah ini menjadi tarikh keramat yang menjadi sebagai hari perayaan kepada pengikut nabi Musa as. Surah ini juga dinamakan dengan nama al-‘Uqud (العقود ) dan al-Munqizah (المنقذة).
TARIKH TURUN
Surah al-Maaidah diturunkan selepas hijrah selepas Baginda saw pulang dari perjanjian Hudaibiyyah di Mekkah. Sabit dalam sohih bukhari dan Muslim satu riwayat yang bersumberkan daripada ‘Umar ra bahawa firman Allah swt:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
diturunkan pada petang hari ‘Arafah, hari jumaat pada haji wida’.
Diriwayatkan dari Nabi saw bahawa Baginda saw telah membaca surah al-Maidah pada harji wida’ dan Baginda bersabda: Wahai manusia… sesungguhnya surah al-Maaidah adalah surah yang terakhir diturunkan maka umat islam menghalalkan apa yang dihalalkan olehnya dan mengharamkan apa yang diharamkan olehnya.
Imam Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Imam Baihaqi meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar beliau berkata: Surah terakhir yang diturunkan adalah surah al-Maaidah dan surah al-Fath. Manakala Imam Ahmad, Annasaie, al-Hakim (Beliau mensahihkan hadis ini) dan al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada ‘Aishah beliau berkata: al-Maaidah adalah surah terakhir yang diturunkan, apa-apa hukum halal yang kamu temui dalamnya maka kamu halalkan dan hukum haram yang kamu temui dalamnya maka kamu haramkan.
PERKAITAN DENGAN SURAH ANNISA’
Sudut persamaan surah al-Maaidah dengan sirah Annisa’ adalah masing-masing mengandungi hokum berkaitan perjanjian, ikatan akad dan penrbincangan berkaitan ahlul kitab, kalangan musyrikin dan munafiq. Dalam Annisa’ ada perbincangan tentang akad perkahwinan, janji keamanan, akad sumpah, perjanjian, wasiat, hokum perdagangan, hokum perwakilan dan hokum sewa menyewa. Manakala topik permulaan surah al-Maaidah adalah berkaitan perintah menunaikan janji. Annisa’ membuat persediaan pengharaman arak manakala al-Maaidah memuktamadkan hokum pengharaman arak. Kedua-dua surah ini mengandungi perbincangan berkaitan ahlul kitab, musyrikin dan kalangan munafiq yang menyentuh dasar akidah mereka, sikap mereka terhadap risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.
INTIPATI SURAH AL-MAAIDAH
Surah al-Maaidah mengandungi hokum syari’at dan tiga kisah. Hukum yang dimaksudkan adalah; hukum-hukum ‘akad, hokum berkahwin dengan ahlul kitab, wasiat, binatang qurban dan binatang hasil perburuan, binatang buruan di tanah haram dan hukumya, toharah melaui wudhu’, mandi wajib dan tayammum, pengharaman arak, judi dan balasan kepada orang murtas, had pencuri, had penyamun dan denda sumpah, syariat jahiliyyah berupa pengharaman bahirah, saaibah, wasilah dan haam, hokum tidak beramal dengan ajaran Allah dan turut disentuh dalam surah al-Maaidah ialah perbincangan dan diskusi dengan pihak nasara, yahudi , musyrikin dan munafiqiin.
Para ulama’ merumuskan isi kandungan surah al-Maaidah seperti berikut: Mengndungi lapan belas hokum yang tidak terdapat dalam surah lain, iaitu:
1)
وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ
Maksudnya: dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas,(Al-Maaidah: 3)
2)
وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ
Maksudnya: dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.  (Al-Maaidah: 3)
3)
وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ
Maksudnya: dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. ),(Al-Maaidah: 4)
4)
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ
Maksudnya: Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu… (Al-Maaidah: 5)
5)
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ
Maksudnya: dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu … (Al-Maaidah: 5).
Tiga kisah yang terdapat dalam surah al-Maaidah mengandungi banyak panduan dan pengajaran untuk kebaikkan manusia. Tiga kisah yang dimaksudkan ialah: 1) Kisah Bani Israil bersama Nabi Musa as ketika mereka berkata kepadanya: فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ maksudnya: oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu. (Al-Maaidah:24). 2) Kisah dua anak Adam. Peristiwa Qobil yang telah membunuh Habil dan ini adalah jenayah pertama di muka dunia. 3) Kisah al-Maaidah (Hidangan) yang merupakan mu’jizat Nabi ‘Isa as yang berlaku di hadapan sahabat-sahabatnya iaitu kalangan Hawariyyun.
KELEBIHAN SURAH
Imam Ahmad telah mengeluarkan satu riwayat dari ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-‘Ash ra, beliau telah berkata: Telah diturunkan surah al-Maaidah ketika Baginda saw berada di atas kenderaanya. Unta berkenaan tidak mampu menanggungnya maka Baginda saw turun dari atas unta tersebut.

Thursday, December 21, 2017

Senarai tafsir tanah melayu

Dari copy paste ustaz ZZ.

[TAFSIR AL-QURAN MADE IN TANAH MELAYU!]

Selepas Tafsir Nurul Ihsan karya Haji Umar Said (Qadi Daerah Jitra),Tafsir Pimpinan Ar-Rahman karya Shekh Abdullah Basmeih dan Tafsir Mubin oleh Ustaz Salahuddin Abdullah dan Ustaz Omar Khalid serta Tafsir Al-Hakim oleh Ustaz Mustafa Abdul Rahman (28 juzuk sahaja), kita menantikan buah tangan ulama Malaysia, Dr Abdul Hayei Abdul Sukor iaitu Tafsir Pedoman Muttaqin untuk lengkap 30 juzuk.

Diharap guru kami, Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz direzekikan dan berjaya menyiapkan nota tafsir kesemua 6236 ayat sebagaimana beliau istiqamahkan sekarang, amin ya Rabbal 'alamin.

Friday, December 15, 2017

Tafsir 6d-2a

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6d-2a)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

‘4. Menghindarkan diri dari tafsiran-tafsiran dari kelompok-kelompok atau firqah-firqah yang sesat. Golongan Anti Hadith.
Penjelasan dan jawapan kepada Anti Hadith tentang tugasan Rasulullah s.a.w.

1. Al Ikhlas /111 : Ayat 1 – 4 : mengajar manusia untuk mentauhidkan Allah Subhanahu waTa’ala.

2. An Nahl / 16 : 44 : menerangkan, menghuraikan dan memperincikan al-Qur’an.
Allah Ta’ala telah menggunakan istilah Litubayyina dan bukannya Balagh atau Mubaligh yang beerti sampaikan atau penyampai.

3. Ali Imran / 3 : 164 :
a. membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
b. membersihkan mereka
c. mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran)
d. mengajar mereka Al Hikmah (As Sunnah atau Al Hadith)

Tafsir 6d-2

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6d-2)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

4. Menghindarkan diri dari tafsiran-tafsiran dari kelompok-kelompok atau firqah-firqah yang sesat.

B. Golongan Anti Hadith : Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber rujukan Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam.

Fahaman anti Hadis atau dikenali juga sebagai golongan Ingkarus Sunnah ini diasaskan oleh Goldziher, kelahiran Yahudi. Beliau merupakan salah satu agenda Zionis Antarabangsa yang mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar untuk mempelajari As Sunnah dengan tujuan merosakkan Islam dari dalam.

Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.

Dr Rasyad Khalifa dengan angkuh telah menyebut: "Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis."

Fatwa Asy Syeikh Ibnu Baz r.h. tentang anti hadith :

"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar belitkan tafsir al-Quran secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut."

Dalil dan kefahaman Anti Hadith :

tidak ada kewajipan Yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; (Al Maaidah : 99)

tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (Apa Yang diperintahkan kepadamu). (Asy Syura : 48)

Maksud sebenar dari ayat :

Ia menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam, akan tetapi baginda perlu menyampaikannya, kerana hidayah adalah milik mutlak Allah Ta’ala.

Wallahu a’lam.

Friday, December 8, 2017

Cerita seorang kawan

Dalam dok deal nak settlekan hal tanah, tiba2 dengar cerita sedih dan berliku kawan lama.

Balik utara

Alhamdulillah minggu lepas dapat balik utara.
Plan asal untuk settlekan kes tanah sepenuhnya tapi hanya boleh buka file dengan kawan lama sekolah paya, norizlan.

Tuesday, December 5, 2017

Kaedah tafsir 6d

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6d)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

4. Menghindarkan diri dari tafsiran-tafsiran dari kelompok-kelompok atau firqah-firqah yang sesat.

A. Golongan Syiah Rafidhah : Mereka adalah kelompok manusia yang melampau dalam mengutamakan Saidina ‘Ali r.a. dari para sahabat Nabi r.a. ajma’in sehingga mengkafirkan mereka, terutamanya Abu Bakr, ‘Umar bin Al Khattab dan ‘Aisyah r.a. ajma’in.

Contoh penafsiran Syiah Rafidhah :

a. Tafsiran Surah Al Masad : ayat 1.

1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!

Mereka (golongan Syiah Rafidhah) menafsirkan bahawa maksudnya adalah tangan Abu Bakr dan ‘Umar bin Al Khattab r.a.

b. Tafsiran surah Al Baqarah ; ayat 67.

67. …"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". …

Mereka (golongan Syiah Rafidhah) ini menafsirkan maksud “lembu betina” pada ayat tersebut sebagai ‘Aisyah Ummu Al Mukminin, r.a.

c. Tafsiran surah Al Furqan ;

53. dan Dia lah Tuhan Yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan Yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan Yang menyekat percampuran keduanya.

Mereka menafsirkan ayat ; telah mengalirkan dua laut berdampingan : Dengan maksud : Ali dan Fatimah

Wallahu a’lam.

Kaedah tafsir 6c

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6c)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

3. Berhati-hati dan berusaha untuk menghidari dari perkhabaran-perkhabaran israiliyyat.

Israiliyyat adalah kata jamak (plural) bagi perkataan Israiliyyah, iaitu nisbah bagi Bani Israil.

Israil adalah nama bagi Nabi Ya’qob a.s. yang beerti ‘Abdullah (hamba Allah). Bani Israil pula ialah anak-anak Nabi Ya’qob a.s. dan keturunan seterusnya. 

Allah Ta’ala banyak mengistilahkan mereka sebagai Bani Israil di dalam Al Quran.

Israilyyat adalah ilmu-ilmu dan maklumat yang didapatkan dari Bani Israil atau dari kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan.

Sumber kisah Israiliyyat adalah dari : ‘Abdullah bin Salam, Ka’bu Al Ahbar, Wahb bin Munabbih ‘Abdu Al Malik bin ‘Abdu Al ‘Aziz bin Juraij.

Nasihat Imam Ibnu Kathir r.h. tentang periwayatan Israiliyyat :

Akan tetapi (perlu diingat), kisah-kisah Israiliyyat ini disebutkan (sekadar) untuk menjadi saksi, bukan untuk dipegang atau diyakini. Sesungguhnya, (kisah dan periwayatan dari Israiliyyat ini) terdapat tiga jenis, iaitu :

Pertamanya : Apa yang telah kita ketahui dari apa yang ada di sisi kita (Al Quran dan As Sunnah) dari apa yang disaksikan kebenarannya, maka itu adalah benar.

Keduanya : Apa yang telah kita ketahui pembohongannya yang menyelisihi dengan apa ada di sisi kita.

Ketiganya : Apa yang didiamkan tentangnya, tidak dari satu sisi dan tidak pula dari sisi yang lain. Kita tidak mengimaninya dan tidak pula kita mendustakannya.

Kebiasaannya, (dari kisah-kisah Israiliyyat) itu, tidak ada faedah (tiada manfaat) padanya jika diukur dari kaca mata agama (Islam).

Firman Allah Ta’ala :

9. Apakah belum datang kepada kamu khabar berita orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, Iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang Yang kemudian daripada mereka ? tiada sesiapapun Yang mengetahui tentang kisah-kisah mereka melainkan Allah… (Ibrahim)

Wallahu a’lam.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...