Monday, November 20, 2017

3. Surah al imron

Assalaamu'alaikum .....                                                                                                                (SURAH A҄L-‘IMRAN / KELUARGA ‘IMRAN)
PENGENALAN SURAH A҄L-‘IMRAN:
Surah ini tersenarai dalam surah Madani. Diturunkan selepas surah al-Anfal. Bilangan ayatnya sebanyak 200 ayat dan dari sudut urutan ianya terletak selepas al-Baqoroh. Dalam surah ini Allah menyebutkan tentang kelebihan keluarga ‘Imran, kisah Nabi ‘Isa as, Nabi Yahya as, Maryam yang dara dan disebutkan juga cerita tentang ibunya. Allah swt menyebutkan tentang kekuasaanNya membuatkan Maryan al-Battul (Anak dara yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki) boleh melahirkan anak lelaki iaitu ‘Isa as.
KANDUNGAN SURAH AL-‘IMRAN:
Surah Al ‘Imran membicarakan dua topik yang penting yang berkaitan dengan ‘akidah dan perundangan islam:-
‘Akidah: Menyabitkan ayat-ayat berkenaan keesaan Allah swt (وحدانية الله), kenabian, kebenaran al-Quran, menjawab kekeliruan ahlulkitab tentang al-Quran dan Nabi Muhammad saw, menyatakan dengan terbuka bahawa agama yang diterima di sisi Allah adalah islam, munaqosyah puak Nasoro berkait isu ‘Isa dan ketuhannya dan pendustaan mereka tentang risalah islam. Munaqosyah ini menyentuh hampir separuh surah Al ‘Imran. Demikian juga, satu pertiga surah ini menyentuh isu Yahudi dan beberapa fakta tentang kekejian dan jenayah yang mereka lakukan dan pengejekan mereka terhadap bangsa lain dan yang akhir ialah peringatan kepada umat islam agar berwaspada dengan tipudaya ahlulkitab.
Syari’at: Ayat-ayat dalam surah Al ‘Imran memperjelaskan sebahagian hukum syara’ seperti kefadhuan haji, jihad, pengharaman riba, balasan kepada orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Selain daripada itu ia juga menyentuh pengajaran dan i’tibar dari dua peperangan iaitu Badr dna Uhud serta memuatkan juga kecaman terhadap sikap golongan munafiq.
Pengakhiran surah Al ‘Imran adalah menyelaraskan dua topik besar ini iaitu akidah dan syariat iaitu menuntut umat supaya berfikir dan bertadabbur tentang kejadian alam langit, bumi dan apa yang tersimpan dalamnya berupa khazanah dan segala keunikan penciptaan Allah swt. Sehubungan dengan itu Allah berpesan supaya bersabar dalam berjihad di jalan Allah kerana ianya merupakan kunci kepada kejayaan dalam mengurus kehidupan di alam maya ini. Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al ‘Imran:200)
NAMA SURAH A҄L-‘IMRAN:
Dinamakan dengan surah aal-‘Imran kerana terdapat lebih lapan puluh ayat dalam surah ini membicarakan tentang keluarga ‘Imran. Surah ini juga dikenali dengan nama Azzahra’ (الزهراء), al-Aman (الأمان), al-Kanz (الكنز), al-Mujadilah (المجادلة), al_Istighfar (الإستغفار) dan Thoibah (طيبة).
Jika tema surah al-Baqoroh menekankan kepada sistem hidup yang sempurna dan cemerlang maka tema surah Al ‘Imran menekankan kepada memperjuangkan prinsip hidup yang telah dilandas dan diatur oleh Allah dalam surah al-Baqoroh. Watak penting yang digambarkan sebagai insan berperibadi unggul yang teguh prinsipnya ialah keluarga ‘Imran dan juga bonda Nabi ‘Isa iaitu Maryam.
KEISTIMEWAAN SURAH A҄L-‘IMRAN:
Rasulullah saw telah bersabda:
عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ: سَمِعْتُ النَّوَّاسَ بْنَ سَمْعَانَ الْكِلَابِيَّ يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ»
Maksudnya: Daripada Jubair bin Nufair, berkata: Saya telah mendengar Nabi saw bersabda: Dibawa al-Quran pada hari qiamat dan pembacanya yang beramal dengannya. Mula-mula yang tampil ialah surah al-Baqoroh dan diikuti surah Al ‘Imran. (Riwayat Muslim)
Rasulullah saw bersabda:
«اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ، اقْرَءُوا الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا الزَّهْرَاوَانِ، يَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ يُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا، اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ؛ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ» . قَالَ مُعَاوِيَةُ: الْبَطَلَةُ: السَّحَرَةُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Maksudnya: Bacalah al-Quran. Pada hari akhirat kelak al-Quran akan menjadi peguambela kepada pembacanya. Bacalah al-Baqoroh dan A҄l ‘Imran, kedua-duanya adalah cahaya yang berkilauan. Kedua surah ini akan datang pada hari qiamat bagaikan awan yang memayungi pembacanya atau sebagai payung yang memayunginya atau kedua surah itu datang dalam bentuk kawanan burung yang saling membuka sayapnya dan bersambung-sambung untuk memayungi pembacanya. Kedua surah ini akan mempertahankan pembacanya. Bacalah surah al-Baqoroh kerana sesiapa yang tekun istiqomah membacanya adalah keberkatan dan sesiapa yang tidak mempedulikanya adalah penyesalan.  Pembacanya akan terhindar dari sihir. (Riwayat Muslim)

shamsuddin abdul rahman: السلامُ عليكم ورحمةُ اللهِ PERHATIAN: Tugasan WAJIB untuk peserta talaqqi tafsir. TARIKH : 21.10.2017 Membaca teks Al-Quran dan terjemahan bermula surah Aal ‘Imran ayat : 1-9   BACALAH AL-QURAN

4. Surah an nissa'

(SURAH ANNISA’/PEREMPUAN-PEREMPUAN)

PENGENALAN SURAH ANNISA’:

Surah Annisa’ adalah Madaniyyah. Mengandungi seratus tujuh puluh enam ayat. Merupakan surah yang keempat mengikut susunan surah-surah dalam al-Quran. Dalam sohih Bukhari melalui riwayat 'Aisyah jelas menggambarkan bahawa surah Annisa'’adalah diturunkan di Madinah:
ما نزلت سورة " النساء " إلا وأنا عند رسول الله - صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Surah Annisa’ turun semasa aku telah tinggal bersama Rasulullah saw (Di Madinah).
‘Aishah memulakan hidupnya bersama Rasulullah saw di Madinah pada bulan Syawwal tahun pertama hijrah.
NAMA SURAH ANNISA’:
Surah Annisa’ dinamakan النساء الكبرى (Annisa’ Besar/Lengkap) kerana kandungan ayatnya paling banyak membicarakan isu yang berkaitan wanita. Manakala surah Attolaq pula disebut sebagai النساء القصرى (Annisa’ Ringkas) kerana ianya juga banyak membicarakan isu berkaitan wanita walaupun tidak sebanyak surah Annisa’.
KEISTIMEWAAN SURAH ANNISA’:
Al-Hakim telah meriwayatkan dalam Mustadraknya dari Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin Mas’ud katanya: Sesungguhnya lima ayat dari surah Annisa’ sangat mengenbirakan aku melebihi sekiranya aku memiliki dunia dan seisinya;
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu)………………………… (4:40)
إِنْ تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ
Maksudnya: Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya,..................... (4:31)
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya)............ (4:48) , (4:116)
إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ
Maksudnya: .........kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad)..........  (4:64)
KANDUNGAN SURAH ANNISA’:
Membicarakan tentang hukum keluarga dan komuniti manusia serta hubungan keluarga dengan masyarakat islam yang lebih besar. Surah Annisa’juga  memperjelaskan asal kejadian manusia dari diri yang satu iaitu Adam as dan perkembangan keturunan mereka menjadi pelbagai bangsa yang bertebaran di serata pelusok dunia. Selain memberi kefahaman tentang konsep kejadian dan hubungan manusia surah ini juga menekankan kepada keseimbangan hubungan berkenaan dengan menekankan kepada konsep taqwa kepada Allah swt samaada secara individu dan kelompok. Konsep taqwa merupakan pengukuh kepada hubungan berkenaan. Melalui konsep ini manusia hanya menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa tidak kepada sesama manusia yang lemah sifatnya.
Surah Annisa’ membicarakan secara terperinci tentang hukum-hukum berkenaan  wanita dari sudut keadaan mereka sebagai anak perempuan dan juga sebagai seorang isteri. Memperjelaskan haq dan kebebasan wanita dalam pemilikan harta setanding  lelaki walaupun lelaki adalah suami. Haq-haq wanita sebagai isteri dalam keluarga dari sudut mahar, nafqoh, haq layanan yang baik dan haq pesaka ayah dan suaminya. Dibincangkan juga hukum hakam berkenaan suami dan hubungan yang harmoni bersama isteri sebagai pasangan hidup.
Perbincangan dalam surah Annisa’ turut menyentuh hubungan kekeluargaan mahram dan hubungan persemendaan. Bagaimana menyelesaikan isu perbalahan antara suami dan isteri, keperluan menjaga ikatan perkahwinan, sebab apa lelaki dikatakan pelindung wanita dan apakah status ini sebgai lesen untuk suami menjadi diktator? Atau itu semua  merupakan bebanan dan tanggungjawab untuk memudahkan dan melancarkan perjalanan satu komuniti kecil manusia.
Kemudian surah Annisa’ memperjelaskan neraca dan katakunci keutuhan sesebuah masyarakat yang mana ianya tegak di atas asas saling inginkan kebaikan dan saling bertanggungjawab, berkasih sayang, tolong menolong demi menguatkan struktur masyarakat.
Untuk melengkapkan hubungan dan mengukuhkan lagi ikatan kemasyarakatan dalam kerangka yang lebih besar iaitu hubungan masyarakat dengan masyarakat yang lain maka islam telah merangka sistem moral dan bentuk hubungan antarabangsa, peraturan-peraturan untuk kesejahteraan serantau dan sistem peperangan yang adil. Islam mengatur wacana dan forum serta pentas terbuka kepada golongan munafiq mengkritik dan bertanya tentang islam. Keterbukaan islam telah menjadi tamparan hebat kepada golongan munafiq yang sentiasa cuba untuk merosakkan suasana harmoni dalam masyarakat islam. Kesemua undang-undang dan peraturan yang dibuat bertujuan melahirkan sebuah masyarakat yang unggul dalam sebuah negara islam dan membersihkan daripada penyelewangan akidah dari landasan tauhid yang berpaksikan kepada akal yang sihat dan dalam masa yang sama membersihkan pemikiran manusia dari fikrah triniti (Konsep tiga tuhan) yang menyimpang jauh dari kehendak fitrah yang suci dan ketenangan jiwa. Ini jelas berdasarkan kepada firman Allah dalam surah Annisa’berikut;
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَققَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا
Maksudnya: Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah Allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). (4:171)

Sunday, November 19, 2017

Tallaqi tafsir

Alhamdullilah kelas tallaqi tafsir dah masuk bulan ketiga.
Masih bertahan belum miss. Tapi tak tau desember nanti.

Harap ada kekuatan untuk mengharungi.

Saturday, November 18, 2017

Mat skoq

Alhamdullilah lepas dua minggu mat report jadi RE di projek highway ni baru sempat teh tarik.

Koleksi baru

Hari ni masa kuliah tafsir azhar, sempat beli dua buku baru berkaitan dengan akidah.

Thursday, November 16, 2017

Selamat tinggal

Dua hari lepas majlis farewell untuk shareholder tempat aku kerja.
Selepas 23 tahun, mr Aui decide untuk tidak aktif. Aku kenal dia masa di PC dimana HS menjadi sub kami. Kemudian jumpa lagi diBH.

Dua tahun lepas aku joint atas pelawaam HRM. Tapi dia pun dah cabut.
Dalam masa yang sama, CM aku pun decide untuk joint mereka berdua.

Tiada yang pasti dan kekal kecuali Allah.
SubhanAllah

Enam tahun berlalu

Hari ini 17.11.17 sudah enam tahun aku dan ummi mendarat di bumi malaya setelah selesai menunaikan ibadat haji.
Semoga Allah terus merahmati kami dan menunjukan jalan yang lurus.

Sedih rasanya teringat tapi usaha untuk ke sana masih belum makbul.

Sunday, November 5, 2017

Kaedah tafsir 6b

Dari WA ustaz  zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد :
Pada pertemuan kali ini kita akan bincangkan pula tentang perkara-perkara yang perlu diawasi agar kita tidak termasuk ke dalam kelompok manusia yang mendustakan atas nama Allah Ta’ala dan Rasul-Nya.
Kelalaian atau sikap bermudah-mudah terhadap penafsiran terhadap Al Quran adalah dianggap sebagai pendustaan terhadap Allah Ta’ala.
Sikap para salaf di dalam penafsiran Al Quran :
Ibrahim r.h., beliau mengatakan : “Adalah sahabat-sahabat kami amat berhati-hati dan amat takut di dalam menafsirkan Al Quran.”
Asy Syu’bi r.h. mengatakan : “Demi Allah! Tidak ada satu ayat pun (yang aku melaluinya atau membacanya) melainkan aku bertanyakan mengenainya. Akan tetapi (berhati-hatilah) ianya (Al Quran) itu adalah riwayat dari Allah.
Masruq rahimahullah Ta’ala, beliau telah berkata :
“Bertaqwalah kamu kepada Allah akan tafsir (menafsirkan Al Quran), ini adalah kerana ia (penafsiran Al Quran) adalah riwayat dari Allah.”
Begitulah sikap para salaf kita yang sangat bimbang dan takut di dalam perkara penafsiran Al Quran.
Perkara yang perlu dihindari di dalam penafsiran Al Quran, ialah :

1. Tidak menafsirkan Al Quran tanpa dasar dari ilmu, iaitu dengan pendapat sendiri.
2. Tidak menafsirkan Al Quran dengan periwayatan hadith yang dhaif atau hadith yang bertaraf maudhu’ (palsu).
3. Berhati-hati dan berusaha untik menghidari dari perkhabaran-perkhabaran israiliyyat.
4. Menghindarkan diri dari tafsir-tafsir dari golongan sufi.
Wallahu a’lam.

Kaedah tafsir 6a

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6a)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

1. Tidak menafsirkan Al Quran tanpa dasar dari ilmu, iaitu dengan pendapat sendiri.

Berkata Imam Ibnu Kathir r.h. di dalam muqaddimah tafsirnya :

“Adapun penafsiran Al Quran dengan menggunakan akal, maka ia adalah haram.”

Menafsirkan Al Quran tanpa dasar ilmu termasuk di dalam melakukan perbuatan yang haram dan adalah di antara dosa-dosa besar.

Firman Allah Ta’ala :

“… dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu Yang kamu tidak mengetahuinya.” (Al A’raf : 33)

Terperangkap dengan tipu daya syaitan, firman Allah Ta’ala :

“…dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa Yang kamu tidak ketahui. (Al Baqarah : 168)

Dinafikan keimanannya oleh Allah Ta’ala :

sebenarnya Yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang Yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang Yang bertabikat berdusta. (An Nahl : 105)

Mendapat ancaman neraka :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Sesiapa yang mengatakan terhadap Al Quran, tanpa didasari ilmu, maka bersiaplah (untuk) menempati tempat duduknya di neraka.”
Berkata Abu ‘Isa (Imam At Tirmizi) : Hadith ini Hasan Sahih.

Wallahu a’lam.

Thursday, November 2, 2017

Deja vu

Alhamdullilah hari sempat solat jumaat di mesjid teras jernang sementara nak pi meeting jkr H.L.

Dulu pernah duduk di kampung ni semasa zaman engine mania.
Tapi sini dulu lain benar dari sekarang. Dah betul2 transform

Wednesday, November 1, 2017

Kaedah tafsir 6

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

Pada pertemuan kali ini kita akan bincangkan pula tentang perkara-perkara yang perlu diawasi agar kita tidak termasuk ke dalam kelompok manusia yang mendustakan atas nama Allah Ta’ala dan Rasul-Nya.

Kelalaian atau sikap bermudah-mudah terhadap penafsiran terhadap Al Quran adalah dianggap sebagai pendustaan terhadap Allah Ta’ala.

Sikap para salaf di dalam penafsiran Al Quran :

Ibrahim r.h., beliau mengatakan : “Adalah sahabat-sahabat kami amat berhati-hati dan amat takut di dalam menafsirkan Al Quran.”

Asy Syu’bi r.h. mengatakan : “Demi Allah! Tidak ada satu ayat pun (yang aku melaluinya atau membacanya) melainkan aku bertanyakan mengenainya. Akan tetapi (berhati-hatilah) ianya (Al Quran) itu adalah riwayat dari Allah.

Masruq rahimahullah Ta’ala, beliau telah berkata :
“Bertaqwalah kamu kepada Allah akan tafsir (menafsirkan Al Quran), ini adalah kerana ia (penafsiran Al Quran) adalah riwayat dari Allah.”

Begitulah sikap para salaf kita yang sangat bimbang dan takut di dalam perkara penafsiran Al Quran.

Perkara yang perlu dihindari di dalam penafsiran Al Quran, ialah :

1. Tidak menafsirkan Al Quran tanpa dasar dari ilmu, iaitu dengan pendapat sendiri.
2. Tidak menafsirkan Al Quran dengan periwayatan hadith yang dhaif atau hadith yang bertaraf maudhu’ (palsu).
3. Berhati-hati dan berusaha untik menghidari dari perkhabaran-perkhabaran israiliyyat.
4. Menghindarkan diri dari tafsir-tafsir dari golongan sufi.

Wallahu a’lam.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...