Tuesday, July 9, 2019

13. Tahun empat di Bandar Baru Bangi

13. Tahun Empat Di Bandar Baru Bangi

Setelah habis praktikal, kami menyambung ke tahun empat. Kami pindah rumah lagi. Munkin rumah di Teras Jernang sudah tak sesuai lagi. Geng WARA pun pindah juga. Kes Mat Skoq kena serang dengan orang kampong pasal dia ambil durian di kawasan kubur menyebabkan kami pun sudah tidak menyelesakan.
Dengan pindah ke BBB maka lengkaplah semua tempat kami tinggal sepanjang belajar di UKM. Disebabkan korum kali ni ramai, kami berpecah kepada dua rumah. Rumah yang aku duduki ini di sertai oleh Shiha, Rahman, Mat Yie dan Mat Duan. Manakala Shukri, Aspa, Abi, Zurin dan Rozmey di rumah yang satu lagi.Tahun ini semua orang sebok membuat tesis final year dan mengejar hendak graduate. Banyak cabaran duduk di BBB fasa empat ini. Ia perumahan flat yang paling hujung sekali pada masa itu. Aku sudah jarang-jarang keluar macam dulu. Semua orang sebok dengan kerja-kerja tahun empat.
Aku juga sudah ada tempat sarapan baru yang murah dan boleh tahan sampai tengahari. Kedai roti Abang Daud menjadi pilihan. Bila nak skip makan tengahari, baru tibai roti telur. Kalau tak roti kosong, air pun kosong. Semasa di BBB ini aku pernah kena tangkap dengan polis traffic di roundbout Bangi sebab lessen L dah expired. Pagi tu memang malang, masa aku mengejar kelas awal pukul lapan pagi, kena tahan polis. Tanpa cakap banyak aku terima saja saman dia. Aku kemudiannya di hadapkan ke Mahkamah Kajang untuk di bicara. Rupanya ramai lagi student UKM yang kena pagi tu. Setelah mengaku bersalah dan minta hakim kurangkan denda sebab tak ada duit, dan bayar denda, aku di lepaskan. Disebabkan kes itu, kemudiannya barulah aku ambil lesen moto penuh.
Tahun empat habis tapi aku masih belum dapat menamatkan pelajaran sebab tak cukup unit gagal subjek English dan kimia tahun satu dulu.
1.6.2019
27 Ramadan
Ampang

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...