Tuesday, January 28, 2014

Sapina

Dua hari lepas aku dapat berita akan di sapina oleh lawyer untuk kes lama di gong kadak.
Apa nak buat walaupun projek siap tapi akibat bengapnya konsultan, pihak kontraktor yang kena.

Patutla rasa lemah nak pi meeting tu

Sunday, January 26, 2014

Nasi arab lagi

Semalam sempat pekena nasi arab kat sek 7 shah alam.

Best jugak la

Saturday, January 25, 2014

Krisis

Semalam heboh pasal kegoyangan rumahtangga ahli politik popular.
Beberapa minggu lepas kat paper ada analisis krisis rumahtangga di saudi.

Nampaknya hepotisis krisis pertengahan umur 35 - 45 macam ada basis zaman moden ni.

Apa jalan keluar?

Friday, January 24, 2014

Terok

Masa dok beli barang tadi nasib baik aku tak hilang sabar.

Bila tiba giliran aku tiba2 sorang nyoya tua potong trip terus letak barang dia atas tempat timbang sambil buat lawak bodo.

Alhamdullilah aku tak sembur dia tadi.

Wednesday, January 22, 2014

Goncang kelapa busuk

Today I heard another old malay saying from masterji as above topic.
Very true many boses reluctant to shake rotten coconut tree since it will fall on their head.
Sometimes include me as we always pity those who affected either own staff or subcontractor.
But through years of my experience this rotten coconut will make your life difficult when it fall down.

Choice again to boses to be good guy or bad guy.

Saturday, January 18, 2014

Solat jumaat

Semalam sebelum solat jumaat aku ada tegur supervisor premix , korang jangan tuang solat hari ni. Paling teruk masa orang duk khutbah jangan pulak dok tarik premix ni.
Terdetik nak tegur bila tengok tiba2 supply hari jumaat ni banyak dari biasa dan jangan tuhan bagi jadi apa2 kat site aku. Masa tu juga teringat satu kisah di zaman nabi DAud yang hari sabtu tidak dibenarkan ke laut tiba2 ikan ada banyak.
Tak lama belum sempat malam, dapat mesage dari pak sheh.
'Haji jangan marah yer' dan di bagi dua gambar kat bawah ni.
Tembok tu pecah kena langgar dengan geng premix.
Entah kebetulan, kelalaian atau bala tak tau lah aku tapi aku percaya ini adalah peringatan tuhan.

Wednesday, January 15, 2014

Kongkong

Kecoh minggu ni pasai kangkong.

Ni ada banyak kat site aku.
Indo dan bangla hari2 ambik buat sayoq

Tuesday, January 14, 2014

Di uji lagi

Hari ahad lepas selepas makan kenduri di mantin singgah sini untuk jamak johor dan asar.
Mesjid cantik luar dan dalam. Kawasan parking luas.

Bila keluar aku diuji dengan perkara yang aku tak suka.
Harap2 lepas la kali ni

Saturday, January 11, 2014

Tahniah bos SJ

Tadi on the way dari johor sempat singgah kenduri kawen anak x boh percon SJ di bayu lake homes kat mantin.
Berputar2 aku cari. Rupanya silap entrance.
Sejak belah dari percon kerteh december 2000, kali ni baru jumpa dia.
Alhamdullilah masih sihat dan majlis berjalan lancar.

Heppi birthday

Heppy birthday ummi.
Kali sempat konar beli kek kat kpg jawa untuk suprisekan ummi.
Tapi bunga lupa la pulak kali ni

Tak untung

Depa kata tak untung banyak.
Orang kata depa ambik untung banyak.

Thursday, January 9, 2014

Jangan makan ikan

Ikan semakin mahal.

Kata Mr X , jangan makan ikan, makan ayam pulak.
Nanti ayam naik harga, makan kambing pulak.

Thursday, January 2, 2014

Cuti

Semalam dan hari ini aku cuti.
Macam2 hal buat.
Jadi supir antar anak sekolah, check bas dah ambil ke belum dan hantar kembar pegi training motor dan test hari ni
Inilah nasib bapak yang selalu outstation. Sedar2 anak dah besar dan dah dapat lesen motor.
Si kecik santubong pindah sekolah dekat umah. Petang semalam talipon nangis2 telepas bas.

How to catch up with the losing time when you miss your child growing up?

I miss big portion of their lives.

Wednesday, January 1, 2014

Ucapan dari india

Tak sangka rupanya masih ada puak india yang ingat aku nak wish heppy new year.
Si ravi reddy wish kat FB dan mohapatra hantar WA beserta gambar new year.
Thank you brother.
Both of you are monster but we later become frend.

Tahun baru 2014

Malam tahun baru kali ni di batupahat dengan pak aji malek.
Sama2 kantoi tak dapat balik kl.

Apa boleh buat, pekena nasi arab maut la jawapnya

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...