Wednesday, April 29, 2009

expo kementerian pengajian tinggi 2009 sarajevo
















semalam kami di jemput untuk memberi sokongan kepada expo MOHEX yang di adakan di zetra stadium sarajevo. walaupun kompeni swasta, pihak kedutaan merasakan perlu kami datang dan memberi sokongan. expo ini adalah untuk mendedahkan masyarakat bosnia dengan universiti-universiti di malaysia. selama ini mereka hanya tahu tentang UIA sahaja.
walaubagaimana pun bila rumah siap,pahat mesti berbunyi. aku pun tak paham dengan sikap organizer dari malaysia. dengar cerita beberapa cadangan pihak-pihak yang arif pasal bosnia pun mereka tak nak dengar dan ikut. bila diamati munkin betul sebab tak ramai orang bosnia yang datang masa majlis pembukaan walaupun kerusi yang disediakan penuh.tapi sasaran yang hendak macam tak tercapai. nasib balik pihak kedutaan campur tangan masa saat akhir kerana tak nak malukan malaysia untuk promosi dan sebagainya.
semuanya 8 universiti kerajaan dan 7 universiti swasta yang ambil bahagian dalam acara di atas termasuk UKM tempat aku belajar dulu. semua kaunter-kaunter kosong kecuali UIA yang ramai peminat.
aku dan rakan serumah balik bila kopi pun tak sampai-sampai. pergi makan tengahari di old town,barshasha.terbang budget 10km
moral ceritanya bukan senang nak buat projek atau bisnes di luar negara.silap-silap haribulan rugi besar pulak. macam kes yang tengah kami uruskan di sini. terlalu percaya pada mereka pun boleh jadi lain akhirnya.

Tuesday, April 28, 2009

sampai bila

sekarang ini sudah melebihi dua bulan aku berada di bosnia herzergovina untuk satu tugasan yang pada mulanya aku rasa tidak akan melebihi empat bulan. tapi sekarang aku merasakan bahawa kontrak asal enam bulan untuk menyelesaikan tugas ini pun belum tentu dapat di bereskan sepenuhnya.

aku mula terfikir yang rupanya sudah lebih sembilan tahun aku begini meninggalkan keluarga untuk berkerja. majoritinya adalah di malaysia bermula di kerteh, kemudian gebeng dan akhirnya gong kedak terengganu. ini ada kali yang kedua aku di luar malaysia.yang pertama kali aku ke india setelah projek jalan di gebeng siap. apa yang nak aku ceritakan adalah keadaan manusia yang sangat berbeza di kedua negara india dan bosnia.
di india, orang di sana di bahagikan kepada beberapa kelas yang mereka namakan kasta. ada yang sangat kaya dan ramai yang tersangat miskin. yang kaya melayan si miskin sehina-hinanya.banyak mereka yang merempat, tingal di tepi jalan, di pantai dan di bawah jambatan.keadaan persekitaran sangat berbau, berdebu, kotor dan sebagainya.keadaan masih tidak berubah bila aku kembali lagi ke sana pada tahun lepas untuk lawatan yang singkat. tak dapat aku bayangkan bila sukan komenwel diadakan di sana tahun depan.
di bosnia pula, walaupun perang telah habis tapi memori mereka terhadap perang masih belum pudar. adakah kerana kesan di bawah pemerintahan komunis dan kemudian perang etnik menyebabkan mereka jadi begini. bagaimana pun kesedaran tentang islam telah bertambah baik
walaupu belum sepenuhnya. harap keadaan akan bertambah baik di masa akan datang. di sinilah satu-satunya negara di eropah yang dapat melaungkan azan dengan terbuka. munkin atas sebab inilah kesatuan eropah dan amerika syarikat masih mengawal pemerintahan dan meletakan begitu banyak orang-orang dikedutaan dan di organisasi bukan kerajaan.

Monday, April 27, 2009

wahabi?kaum muda?ahli sunnah waljamah?

minggu lepas aku menerima email dari seorang kawan yang sekarang berkerja di bahrain yang kandunganya berkenaan wabisme. kemudiannya email dari kawan yang sama mengenai seorang ulama dahulu yang dikenali sebagai ibnu taimiah. aku di sini bukan nak menceritakan pasal wahabi atau ibnu taimiah yang sangat konterversi di dunia islam tapi mengingatkan tentang beberapa perkara yang sedikit sebanyak berkait dengan mereka secara langsung atau tidak lansung.
sebagai seorang yang berasal dari perlis, maka subjek ini akan sentiasa berlegar-legar di kepala aku sampai bila-bila. sejak dari kecil aku menerima pelajaran fekah yang tidak bersandarkan kepada mana-mana mazhab lebih-lebih lagi bila aku belajar secara tradisional dengan imam mesjid paya. tidak payahlah aku cerita dengan terperinci apa yang aku belajar dengan imam itu di sini. cuma keadaan menjadi semakin celaru dalam benakku bila aku mula belajar di sekolah berasrama di jenan,kedah di mana secara keseluruhan amalan fekah adalah berdasarkan kepada mazhab syafie. jadi perkara-perkara seperti qunut subuh, doa beramai-ramai selepas solat dan beberapa lagi menjadi perkara baru di dalam hidupku. semakin lama secara tidak sedar aku tidak lagi kekok dengan amalan-amalan baru itu.tetapi aku masih tiada jawapan untuk perkara-perkara di atas. semua orang yang aku tanya atau rujuk akan memberitahu yang kita mesti pegang satu mazhab antara empat mazhab yang diiktiraf oleh ulama-ulama islam. kalau tidak, maka susahlah amalan-amalan kita. sehingga aku meningkat dewasa dan belajar ke universiti,masih tidak ku temui jawapan yang memuaskan hati aku. dalam masa ini juga, aku mengetahui yang suatu masa dahulu ada pertelingkahan antara kaum tua dan muda. ataupun dalam istilah sekarang pertembungan antara tradisional dan moden. dan mereka tidah pernah menjumpai satu titik pertemuan.cuma dari masa ke semasa,ianya menjadi sejuk entah kenapa sebabnya. muncul juga seorang tokoh yang sangat berwibawa di indonesia daripada madrasah muhamadiah iaitu haji abdul malik karim amrullah atau sangat terkenal sebagai Hamka. walaupun beliau dari kalangan kaum muda tetapi sangat dihormati oleh semua orang dari mazhab-mazhab lain kerana ilmu dan juga sifatnya yang sangat terpuji.
berbalik kepada cerita wahabi tadi, aku masih tertanya-tanya adakah sebenarnya yang menyebabkan pertembungan antara mazhab,bukan mazhab ,ahli sunnah,kaum tua,muda dan sebagainya? kerana agama islam yang sebenarnya atau kerana kuasa atau kerana ketaksuban pengikut atau kerana puak-puak orientalis yang sentiasa mengadu domba umat-umat islam?
aku masih belum dapat mencurahkan pendapat aku untuk perkara ini buat masa ini. munkin di lain kali

Sunday, April 26, 2009

akhirnya.......

akhirnya setelah beberapa lama berfikir, aku dalam keadaan yang sangat membosankan di rumah sewa di jalan fuad muhica, ildza,bosnia berjaya juga memulakan satu perkara yang baru dalam hidup aku iaitu membuat sebuah blog. blog ini tiada sebarang tajuk yang khusus tapi ianya akan lebih mencatatkan apa-apa yang aku temui dalam kembara hidup aku ini......

semoga aku terus tabah dan sentiasa berkederat untuk terus menulis catatan-catatan yang boleh memberi ingatan kepada aku dan juga manafaat kepada orang lain.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...