Thursday, December 27, 2012

macana bapak....

hari isnin baru tiba-tiba handpone berbunyi dan bila aku angkat, suara si kecik si jinjang yang talipon.....

si jinjang : assalamualaikum bapak.
                  bapak kerja ke? boleh tanya sikit
bapak :      kerja. boleh tanya. apadia?
si jinjang : macamana bapak melamar mak?
bapak      : apadia? rahsia la. pi tanya mak la
si jinjang : mak kata rahsia jugak
bapak      : ada apa lagi?
si jinjang : itu ajer. bye....

entah apahal macamana budak darjah dua boleh tanya soalan macam tu. abang dan kakak dia pun tak pernah tanya.

pengaruh TV ka internet ka apa......

bila dia dah besar dan tanya lagi, apa pulak aku nak jawap nanti....

Wednesday, December 26, 2012

bekam

lanjutan dari bateri habis, aku memang betul-betul penat.
 
dah tak tau macamana nak buat, teringat booth bekam kat giant minggu lepas. munkin ini ada jawapannya.
selepas urut untuk check apa masalah, nampaknya aku kena overhaul.
lima puluh point untuk sessi pertama setelah empat puluh lima tahun.
 
 
ini baru start tapi yang satu kat ujung dah naik banyak.
dah hampir maksimum.

macamana rupanya? gambar tak sempat ambil tapi ianya macam air cincau warna hitam.

harap-harap Allah makmulkan doa aku untuk sentiasa sihat dan dapat beribadat dengan selesa dan sempurna

Tuesday, December 25, 2012

dah limabelas tahun

 
 
tarikh duapuluh lima desember setiap tahun akan sentiasa aku ingat.
ia adalah hari dimana bapa ku telah pergi mengadap pencipta untuk selama-lamanya. sudah limabelas tahun rupanya hari ini.
pada hari itu aku berkerja walaupun cuti sebab ummi dan anak-anak balik ke ganu. 

bersama adiknya yang juga telah meninggalkan kami di hari raya yang terakhir.

 
 
semoga allah mengampunkan segala dosa-sanya.
hanya doa yang dapat aku pohon selalu....al fatihah

Monday, December 24, 2012

gathering xjenan


empat tahun lalu puak-puak xjen 5 generasi telah  berjaya membuat perjumpaan setelah sekian lama tak pernah berjumpa di KGPA petaling jaya. menerusi FB semuanya jadi kenyataan dengan sokongan beberapa individu kental tanpa ada bantuan organisasi mana-mana.

video oleh junior aku mat jais dibawah ni lagi membawa aku mengingat event ini setiap 25th december.....

http://www.facebook.com/v/216037007043"> src="http://www.facebook.com/v/216037007043" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="1">

Friday, December 21, 2012

bodo


sama ada salah sorang bodo atau dua-dua bodo....

dah tau perangkap, nak masuk jugak

Thursday, December 20, 2012

habis bateri

minggu ni macam marathon rasanya.

baru saja aku charge balik cuti kat ganu terus rasa macam  lemah giler.

selasa dari klang ke batu pahat. petang terus ke JB. bermalam sana.
pagi meeting, petang balik batu pahat. tidor kat evergreen yang dah hampir dua minggu aku tinggalkan.
jumaat ada meeting di melaka, jadi aku ambik keputusan untuk blah dari batu pahat ke ayer kroh.
bermalam di hotel ni terkenang bila aku mula ke melaka, tak ada orang layan ( atau tolong ) duduk di sini dua malam.

dengan rm 150 aku rasa teruk benar hotel ni. internet tarak ( kata melaka canggih ), tv 1 suku saja yang terang.

nasib..nasib...

mesjid punggur

tadi atas sebab hendak menengok kekemasan kerja tiling bakal subcon aku terpaksa aku ke mesjid ni yang berada antara batu pahat dan pontian.

mesjid baru, cantil dan kemas.

tapi entah kenapa aku sangat sayu dan sebak bila mengangkat takbir untuk solat zuhur bersama dengan makmum. dah lama perasaan macam ini tak muncul .

subhanallah...subhanallah

Tuesday, December 18, 2012

balik ganu

 
balik ganu baru sempat singgah mesjid yang baru di renovate di cendering.
ada homestay jugak situ untuk orang singgah dan rehat. sewa berapa tak diletak pulak


jeti ke pulau kapas ditutup rupanya bulan desember ni. melepas lagi
 

suasana pagi di muara sg marang
mesjid rhu rendang

jln B Batu


sebelum cuti aku ke JB lagi.

kerja la apa lagi. sampai-sampai saja hujan. jalan yang aku nak lebarkan tu penuh air sampai kereta kena pusing balik.

satu lagi kerja mencabar menunggu nampaknya
ada satu surau dekat jalan tu.

walaupun nampak macam geng veteran saja tapi tersusun nampaknya

Monday, December 10, 2012

balik ganu

setelah setahun sejak balik haji aku belum lagi balik ganu.

setahun orang kata lama. tapi aku ....entahlah.

asyik sebok kerja..kerja...yang tak pernah selesai.

hari ni balik ganu....

nasik dagang, keropok lekor la.

Sunday, December 9, 2012

projek kebun


sambungan projek kebun depan rumah.

dah di buang rumput baru ada gaya.

ada pokok mata kucing dan serai.

solat hajat


malam jumaat baru ni aku sempat ikut solat hajat dan doa selamat  di kpg melayu air manis, kulai.

selesai majlis ada makan biryani dan durian....

celaka


ini berita beberapa hari lalu.

tadi aku baca berita yang berkaitan berita tu ada yang tak kena.

celaka..!!! celaka...!!!

serangan jantung

tadi aku sempat melawat sahabat yang sama-sama menjadi hujjaj tahun lepas.
dia kena serangan jantung dengan tiga saluran tersumbat.
satu saluran seratus peratus, kedua sembilan puluh peratus dan ketiga enam puluh peratus.
serangan ini dikira serangan maut kalau lambat dan faktor umur lebih lima puluh tahun.
alhamdullilah umur dia masih panjang dan tuhan masih mahu dia di mukabumi ini.

pengajaran yang dibagitau kat aku adalah jaga makan dan jaga stress.
faktor genetik tak membantu aku.

jaga stress alhamdullilah aku dah ada kaedahnya. tapi jaga makan aku masih gagal. tadi masa timbang berat badan masih 107 kg.

a long way to go but i only have limited time.

moga solat malam dapat membantu aku. inshallah

nasi bumbu JB


minggu lepas masa ke JB, aku sempat ke restoren atas untuk pekena nasi bumbu.
nasi dalam buluh dan masak ayam.

bolehlah rasanya tapi agak mahal

Saturday, December 8, 2012

samsung glax note


aku tiba-tiba gilakan samdung note 2 macam kat atas tu.
sebab susah sangat aku nak update blog ni dengan BB.

tapi nak cari yang murah ja. kena la cari DG kot.

tapi blackberry akan terus ada sampai hancur..........

Friday, December 7, 2012

durian sg suloh, batupahat



alhamdullilah musim durian kali ni aku sempat di jemput makan durian di kpg mentua pak sheh di sg suloh untuk merasa duria kampung sini.

berbaloi memang best......

Monday, November 26, 2012

kacang pool peserai



setelah empat bulan, aku sampai juga sini.
merasa kacang pool yang ramai dok rekomen.

berbaloi datang

solat jumaat



minggu lepas aku sempat ubah destinasi solat jumaat dari batu pahat ke sempadan senggarang.

masjid ni masih di daerah minyak beku di jalan utama tanjung labuh ke pontian.

jalan2 sarapan


tiga minggu lepas dengan beberapa kawan, sempat juga pergi sarapan masa hari ahad.
kali ini ke petaling jaya pekena lontong.

tapi yang mengembirakan adalah selepas itu aku sempat singgah rumah sepupu yang dah lama tak pergi di sg way.

masih bujang lagi abang aku yang sorang ni....

destinasi baru


nampaknya kawasan ini akan menjadi destinasi baru kerja aku nanti.

akhirnya aku masuk juga kerja di projek hujung tanah malaya .

sesudah round hampir satu malaya, adakah ini destinasi terakhir aku sebelum bai-bai?

Friday, November 23, 2012

projek roselle

ini projek roselle baru aku.
mem yang beli dan tanah....hahaha.
aku tumpang aje




bila dah berbunga


tapi lepas abis berbuah dah mati pulak pokok ni.

nasib baik sempat ambik biji untuk biakan yang baru.

boleh jadik ker?

sebelum tu aku dah try buat jus. best betul la

Wednesday, November 21, 2012

x geben di senggarang



semasa cuti maal hijrah baru2 ni bila tersadai kat BP, sempat jugak arrange untuk dengan dua orang x projek geben by pass dulu.
si farizal dah kerja kat tanjung bin sekarang dan azmel pulak dah jadi warga ulu tiram. anak pun dah dua.

harap2 dapat buat gathering kat johor nanti

Tuesday, November 20, 2012

teringat vrelo


bila tengok brader putra di post gambar ni, aku teringat pulak tempat ni.

dah hampir empat tahun aku balik.

tahniah bro...akhirnya kau sahut cabaran ke sana walaupun tak lone renjer macam kami.

sapa nak weiii


nampaknya ramai jadi sasau lepas muktamar baru2 ni.

lagi tulung kempen sapa nak jadi PM.

orang yang dah kalah dan nak kalah lagi memang camni kot perangai depa...

kakakakaaaa



semoga tidak di tipu lagi


semoga mereka berjaya dan tidak ditipu puak2 kafir dan pemimpin mereka sendiri.
perangkap ada macam2........

Sunday, November 18, 2012

korban 1433

alhamdullilah tahun ni sempat melakukan korban di surau d. najihin, andalas.
terasa sangat penat bila dah selesai menyembelih dan melapah. tiga empat hari jugakla sakit badan.

semuanya berjalan lancar. dah takda lagi orang songlap kepala lembu masa jemaah lain tengah sebok.

semoga tahun depan berkesempatan lagi. inshallah

Wednesday, November 14, 2012

salam hijrah 1434

salam maal hijrah 1434.

walaupun ada kat FB dan tweeter yang kesah pasal doa awal dan akhir tahun tapi aku tak kisah. jangan meraban yang karut2 dah la.

yang penting doa mesti setiap masa.

minta ampun mesti setiap detik.

Sunday, October 28, 2012

eskobar


beberapa minggu lepas aku terima email berserta gambar ni.

yang tengah tu musuh ketat kitaorang dulu kat bosanski.

nampaknya si mafia ni dah masuk politik dan entah apa yang di perjuangkannya.

ada jugak la orang pangkah dia.....

sakit


depa ni sakit ka apa......

apa nak jadi dengan malaya ni

terlampau


ganaih geng sekolah la ni.

kesian


kesian geng - geng yang beli emas ni.

aku dulu pernah dipujuk untuk beli jugak tapi nasib baik la tak joint...

tibai si devil's


akhirnya spurs berjaya tibai man U aka devil kali pertama sejak 1989.......

stim asam boi


dua minggu lepas sempai cuba stim asam boi ni kat res ceria maju. batu pahat

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...