Thursday, July 11, 2019

88. construction di bulan puasa

88. Construction di Bulan puasa.
Tiga Hari lepas semasa menunggu giliran masuk meeting, project Manager client Tanya, Hj, apa beza Bulan puasa di site. Aku kata tadak beza kerja macam biasa cuma Ada yang puasa Tak makan, Ada yang makan.
Semua orang menuduh Bulan puasa menurunkan productivity kerja tanpa data yang kukuh. Teori Tak makan kerja slow, aku pernah buktikan Tak betul.
Masa aku buat highway tahun 1996, Bo's minta aku buat analysis filling tanah Dan pasir kami semasa di Bulan puasa. Dia terkejut bila data tunjukkan kuantiti filling Masa Bulan lebih dari bulan-bulan lain walaupun Masa 4.30pm kami dah stop kerja. Beza sikit saja start awal 7.30am Dan break lunch setengah jam saja.
Project kemudiannya di Kerteh, kami buat checking yang sama. Results sama jugak.
Semasa aku buat project kem di Batu Pahat tahun 2011, aku buat analysis kuantiti konkrit bulanan Dan mendapati Hal yang sama.
Kemudiannya baru-baru ni untuk kuantiti borepile Dan concreting pun results menunjukkan lebih dari bulan-bulan lain.
Sungguh menarik untuk dibahaskan.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...