97. Janji.
Berjaga-jaga bila tokey atau orang besar syarikat berjanji. Taburan janji Ada berbagai-bagai Cara Dan selalunya mengikut keadaan. Contohnya bila Ada masalah, datang janji itu ini. Tapi bila masalah Kita sudah selesaikan, mereka buat-buat lupa. Lagi teruk bila diaorang kata bila Saya janji? Atau ya ka Saya Ada janji. Janji-janji jugak boleh menyebabkan Kita di sailang oleh sebahagian orang yang Tak suka Kita.
Aku pernah terkena bila second tokey janji kata kalau team ni siap project Gebeng ni dulu dari project X, korang akan ke project baru Kuala Pilah. Apalagi semua pun pulun Dan kami siap dulu Dan dapat CPC dulu. Tak sempat aku tuntut janji, team aku di pecahkan. Ada enginiar kena transfer Dan Ada yang depa pekena sampai dia berhenti. Aku pulak tercampak ke India. Tapi dalam kes ini aku Tak salahkan bos yang janji sebab dia pun kena sailang dengan team yang baik dengan bos nombor Satu. Rupanya team tu dah buat ground work untuk hancurkan team aku supaya team Satu lagi dapat ke project baru.
Kali kedua bila aku bagi Surat berhenti Dan Tak mahu lagi continue di India, bos janji Tak pa balik Malaya, dok di HQ Dan monitor dari sana, sebulan sekali datang la ke India. Tapi bila balik dia kata, sorry Lan, aku tukar plan. Tak payah dok HQ. Ada urgent kes, pi rescue project GK. At least dia kata sorry la Kali ni.
Satu tokey ni lagi teruk. Aku interview dengan bos syarikat ni sebab sudah Tak tahan outstation Dan nak Cari kerja di Klang. Dia kata Ada project di Port Klang. Lepas Dua bulan awak joint. So sebab dah dekat rumah gaji ni Saya bagi lebih kurang yang sekarang sajalah. Aku pun terima. Tapi bila aku report Dua bulan kemudiannya, dia kata sorry , project port Klang sudah Ada orang, kau pergi Port Dickson. Hah.... outstation lagi. Aku terpaksa pergi. Nak gostan pun Tak boleh. Dua bulan kemudiannya aku berhenti Dan joint company yang sebelum ni.
17.6.2019
Ampang
Ampang