Monday, February 26, 2018

Permulaan kisah

Aku masih mushkil sampai sekarang kenapa aku dipilih untuk ke India. Padahal ianya adalah jawatan yang sepatutnya bukan aku dari segi pengalaman sebagai projek manager dan senioriti dalam group.

Walaupun akhirnya aku terima sebagai takdir tuhan tapi aku masih percaya ianya juga perancangan pihak tertentu dalam syarikat berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada.
Dari satu segi aku rasa ianya sebagai pengajaran atas kelecuparan mulut aku dan ujian bila aku sudah bersedia  mendaftarkan untuk pergi menunaikan haji.
Cerita pasal haji ini sangat terkesan kepada aku yang menyebabkan aku menangis berhari-hari sebelum wukuf. Sudah lama Ummi mengajak aku mendaftar dengan tabung haji tapi aku selalu mengelak dengan alasan sebok. Ayat keramat yang selalu aku kata kat Ummi adalah, nak pergi kursus haji pun tak tau bila, ini pula nak pergi haji.
Ujian datang beberapa tika kemudiannya bila projek dah siap dan seorang Qs ( quantity surveyor ) provok aku dengan soalan, bos, tak nak pegi India ka lepas handover projek ni?
Aku dengan pantas jawap tanpa mengingat apa akibatnya, wooiii SY, ini Rizlan la. Kalau pegi India dengan BH ni mintak maaf la. Package terok, semua terok. Hang tau apa dah jadi kat orang-orang yang dah ke sana sekarang ni, hancur !!!!
Aku bercakap seolah-olah akulah yang menentukan rezeki seseorang.
Kata orang putih, you had cross the line.
Kemudian setelah sebulan di HQ petaling jaya untuk , aku pun ke sana walaupun tiap-tiap hari aku minta doa supaya ianya dibatalkan.
Setelah tiga bulan di sana pada suatu hari baru aku teringat keceluparan mulut aku semasa di Gebeng dulu. Terus aku memohon ampun atas kata-kata aku dulu dan ajaibnya selepas itu semuanya dipermudahkan oleh Allah.

Sunday, February 25, 2018

Bermulanya sebuah perjalanan

Hari ini kelas ketiga hadis bukhari setelah dua sebelem ini adalah berkenaan biograpi imam.
Hari ini permulaan membicarakan hal kenapa imam memulakan dengan basmalah terus kepada subjek.
Nota yang digunakan oleh ustaz SAR adalah dari terjemaham dan ulasan gurunya maulana.
Bahas pasal basmalah dah 10 mukasurat! Belum lagi tujuh ribu hadis. Ustaz kata dia mengikut selama empat belas tahun untuk khatam semuanya.
Nota ini pun hanya muatkan tujuh hadis berserta syarah dan munkin mengambil masa tiga bulan.

Monday, February 19, 2018

Koleksi baru

Alhamdullilah dapat juga buku Yang Di promosi oleh grup WA surau Al hidayah.

Moga menjadi semangat Aku untuk Cuba ikut sunnah rasullullah

Percubaan kedua

Alhamdullilah setelah bulan ke empat ikut talaqqi al quran di SAH dengan USAR, kali ini di mulakan pengajian hadis imam bukhari.
Untuk dua siri yang awal ini adalah berkenaan dengan sejarah ringkas hidup sang imam.
Dulu aku dan geng enginemania telah mula ikut kuliah hadis di kuala kangsar dengan maulana F tapi dek halangan yang pelbagai dah dua tahun kami terhenti. Dan aku tidak ikut mana2 kuliah hadis selepas itu.

Ini adalah percubaan aku yang kedua untuk mengenal hadis dan berharap Allah tolong untuk terus istiqamah sampai khatam.

Friday, February 16, 2018

Balik ganu kiter

Cuti raya cina kali ni balik ganu.

Malam ni keluar dinner ikan bakar di kpg Rhu Dua.

Final nego

Alhamdullilah hari ni final nego dengan tukang rumah.
Beberapa perkara telah dapat di selesaikan.
Harga upah untuk rumah adalah rm 26 per square feet tidak termasuk beberapa perkara berikut :-

1. Sewerage tank
2. Electrik
3. Paip air
4. Cat
5. Finishing seperti tiles

Barang2 pula akan di ambil dikedai hardware jalan batangan.
Mesin2 pula akan dicari oleh Rosdi.

Wednesday, February 14, 2018

Belasungkawa

Bila bangun pagi tadi tengok WA grup, dapat berita dari grup jenan84 yang sahabat kami, sh mahadzir telah meninggal dunia di hospital kangar.
Kami dulu sama di tingkatan 1D -3D dan duduk sekali di asrama satria.
Dia sahabat kelas D selepas pak wan, rizal pergi meninggalkan kami.
Akhirnya setelah beberapa tahun bertarung dengan kencing manis, dia koma beberapa minggu dulu.

Semoga damai di sana sahabatku.

EngineMania

Wednesday, February 7, 2018

Journey to India

Selepas aku siapkan catatan Bosnia dan bagi kepada beberapa kawan, seorang alumni BH india bertanya tentang catatan aku di India.
Cerita di India ni nampak macam sukar nak buat rupanya walaupun dari segi masa aku telah menghabis lebih banyak masa berbanding dengan Bosnia. Aku tinggal di sana secara tetap selama enam bulan dan berulang pergi balik hampair dua tahun juga.

Che Jo, saya sahut cabaran untuk kisah-kisah di India pula.

Koboi town cilakaluripet

Tiba-tiba muncul gambar aku dgn Mr M di FB semalam.
Gambar ini diambil masa kami berdua ke India meeting di Hydrabad. Kami kemudiannya balik dengan kereta untuk naik kapalterbang di Chennai.
Tapi sebelum tu kami singgah di office Vijayawada dan ke tempat yang mr M nak pi sembahyang.

Selepas selesai kami bertolak ke chennai dan singgah di sebuah pekan koboi yang nama ada unsur-unsur melayu.
Di situ juga kami pekena air kelapa original di tepi jalan.

Tukang teman kami masa tu brader Mohapatra yang menjadi projek manager untuk maintainance di lebuhraya package Vijayawada.

Monday, February 5, 2018

Penamat

Akhirnya pada 3.2.2018 aku menamatkan catatan bosnia untuk bergerak ke fasa seterusnya, munkin hingga dapat dibukukan.

Rupanya february ini dah sembilan tahun aku menjejakkan kaki ke bosnia.

Friday, February 2, 2018

Pipit pulang ke sarang

Sejak semakin hampir dengan program awda kik/kisas, ummi semakin ceria dan banyak bercerita tentang ex2 studentnya. Sementelaah bila banyak throwback yang memetik namanya.
Semoga dia banyak kenangan manis hari ni.
Sebenar antara aku dan sekolah kik ni dah macam ada kaitan sejak aku bersekolah di jenan lagi. Dulu nama kik ni kami dengar sebab depa jadi rival masa debat piala PM. Lagi2 bila jenan yang underdog dapat mengalahkan depa di final.
Kaitan bertambah erat bila aku terpilih untuk mengikuti nadwah kepimpinan islam sekolah2 berasrama penuh pada tahun 1983 masa aku di tingkatan empat. Semua Sbp beraliran sekular kecuali kik.
Kemudian bila aku ke matrik dan ukm, ada lagi berjumpa dengan kawan2 lepasan kik.
Pada 1995 aku pergi ke kpg jawa berjumpa dengan cikgu kik yang akhirnya menjadi suri rumahku. Bermulalah kaitan aku dengan sekolah tersohor ini sampai sekarang. Macam2 yang ummi lalui sepanjang dua puluh tahun lebih ini.

Sebenarnya kaitan ummi dengan kolej ini bila abang yusuf belajar di sini di tahun 70an.
Kemudiannya adik ummi, zemah dan adik aku pulak ke sana. Sorang untuk Spm dan sorang lagi Stpm.
Kemudiannya tahun lepas, anak kami ke tingkatan enam mengikut jejak langkah mak sunya.
Cuma kami terkilan bila abang kembar tak dapat masuk walaupun dapat full A disebabkan oleh status sekolah dulu yang dari swasta.

Nampaknya sampai pencen kot ummi akan di situ kalau umur panjang.

Apa2 pun tersangat banyak kenangan pahit manis dengan pipitnya sampai aku pun penin kepala.

Selamat berawda ummi

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...