Monday, July 15, 2019

117. Batu Pahat

117. Outstation.
        Batu Pahat.
Aku Ingat bila assignment Melaka Dah over Dan balik ke HQ Kelana Jaya , permanent outstation dah berakhir. Tapi aku silap baca permainan ini rupanya. Mulanya aku outstation sekejap-sekejap saja. Ada tiga lokasi yang aku selalu pergi melawat site. Dari Kuala kangsar ke JB Dan Batu Pahat. Setelah mesjid Kota lama Kiri siap, destinasi seterusnya hanya area selatan.
Beberapa bulan setelah aku Balik dari haji, keadaan kejap2 tiba2 jadi permanent bila tiga orang kuat aku di BP di sotong. Hari itu aku terlambat sampai site Dan Maharaja telah mengamuk Dan dia mengambik peluang yang telah lama di tunggunya. Aku rasa kau saja yang boleh settelkan Dan aku nak kau permanent sini Mula minggu depan, katanya. Percubaan untuk ubah keputusannya juga gagal.
Minggu depannya aku kembali menjadi weekend husband. Aku tinggal di rumah staff di Banang Jaya bersama tiga orang lagi. Kesunyian datang kembali. Nasib baik Ada internet. Malam-malam yang panjang di habiskan mengsurfing saja.
Kadang2 Ada pelawat tetap Pak aji Malik datang untuk meeting. Ada yang transit BP bila nak ke JB. Ada Dua orang korum tetap, keduanya alumni India BH selalu datang. JR Dan RI selalu datang brainstorm bila mereka stress. Kami selalu pekena sup gearbox BP yang power.
BP juga adalah port asam pedas yang terbaik berbanding tempat lain.
Masa berlalu, banyak tribulasi yang berlaku tapi semuanya siap Dan project pun diserahkan.
Aku mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat untuk selamanya setelah perbezaan pendapat menjadi semakin besar Dan Tak munkin dapat di kecilkan.
Biar kuda lain pulak yang berlari Dan meminum air beracun.
Aku kemudiannya menjadi seorang freelancer saja.
12.7.2019
Ampang

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...