19. Zaman selepas UKM
Café The SPOON.
Arwah Halid dalam kenangan
Café The SPOON.
Arwah Halid dalam kenangan
Selepas gader-gader di Restoren Haslam, perjumpaan kecil-kecilan antara member Enginemania terus berlaku. Oleh sebab record dan photo bertaburan, tak dapatlah di senaraikan di sini sehinggalah kami mendapat port baru di Café milik Hj Ammar iaitu The Spoon yang terletak di Kota Kemuning.
Di sinilah beberapa sahabat yang hilang dari radar dapat di temui. Yang paling sensasi adalah brader Wan Hanapiah aka Mat Pie. Aku langsung tak dengar dan jumpa dia sejak keluar dari UKM. Rupanya mat klate ni sudah menjadi orang Johor. Dia telah dapat di kesan dan datang ke Kota Kemuning dari Segamat, Johor.
Begitu juga dengan Halid yang datang ke The Spoon pada hari cuti merdeka 31.8.2014 dengan YB Taufek dari Melaka. Aku pun tak pernah jumpa dia sejak tahun 1992 tapi dua tahun kemudiannya dia meninggal dunia akibat accident di lebuhraya pada usia 48 tahun. Zul jaafar juga Ada Dan Tak pernah jumpa walaupun dia tinggal di Shah Alam.
Korum biasa yang selalu muncul seperti Man J, Abi, Memey, Shiha, mokhtar, Aspa dan Ghazali tidak ketinggalan datang gader-gader di The Spoon.
Korum biasa yang selalu muncul seperti Man J, Abi, Memey, Shiha, mokhtar, Aspa dan Ghazali tidak ketinggalan datang gader-gader di The Spoon.
Tapi setelah beberapa tahun beroperasi, Tokey Hj Ammmar telah memindahkan operasi The Spoon dekat dengan rumah dia di Wangsa Maju.
26.6.2019
Tasek permai, Ampang
Tasek permai, Ampang