Thursday, March 29, 2018

Jumpa kawan lama

Semalam pergi ke get together program dengan client hiway, terjumpa beberapa orang geng lama consultant yang juga terlibat dengan projek yang sama.

Friday, March 23, 2018

Dah bermula

Setelah bermacam tribulasi akhirnya  pelan untuk bina rumah cum homestay di bukit kor dah lulus.
Pembinaan pun bermula.
Tadi bawa enginiar shukri melawat tapak dan pergi teh tarik di kelulut selepas tu.

Semoga semuanya berjalan lancar

Thursday, March 22, 2018

Mesjid rhu rendang

Alhamdullilah sampai Ganu sebelum jumaat

Wednesday, March 21, 2018

Kelantan tahun 2000

Semasa menyelongkar rak buku tiba-tiba terjumpa sebuah buku klasik yang aku beli pada 15 disember 2000. Sudah 18 tahun rupanya.
Buku ni aku beli semasa melawat kelantan di bulan ramadzan dan kami menginap di hotel ansar kota bharu.
Masa ni si kecik pun belum ada lagi

Tuesday, March 13, 2018

Surah ke duApuloh

Alhamdullilah talaqqi tafsir dah sampai surah 20.
Kelas ini bermula 10.9.17 tiap2 minggu hingga sekarang.
Target asal empat bulan akan habis semua tapi sebenarnya tak semudah itu walaupun pengajian ini tidak pergi detail cuma memahami kandungan surah dan pembahagian ayat2 mengikut kategori2 tertentu.

Sunday, March 11, 2018

Buku ottoman

Hari ni teringat kisah Balkan.

Aku tercari-cari buku pasal ottoman Yang Aku beli pada 15.7.2009 semasa transit Di airport Istanbul untuk ke sarajevo selepas balik dari Malaysia menghadiri arbitration kes project Gong Kedak.

Rupanya ini adalah Kali terakhir Aku ke Bosnia sampai sekarang.

Aku kemudiannya balik setelah project Di Sana menjadi kes mahkamah.

Tuesday, March 6, 2018

apartment Alwarpet

selepas beberapa hari di hotel, aku pindah ke Apartment Alwarpet yang di sediakan oleh pihak syarikat.
Apartment di sini berlainan dari Malaysia. Munkin sebab sudah lama atau menang begitu pembinaannya di sini. Apartment ini ada lima tingkat dengat lift yang sedikit traditional bila pintunya macam grill. Lift ini akan berhenti di bilik aku sahaja, tidak berkongsi dengan orang lain.Tiap-tiap rumah adalah teripisah antara satu sama lain serta tiada koridor atau tempat permainan atau ruang legar. aku rasa ini adalah kerana tanah yang terhad di Bandar Chennai ini.
Lagi menarik, aku tak pernah nampak jiran-jiran yang lain terutama  anak-anak kecil dan perempuan.

Apartment ini ada dua bilik dengan bilik air masing-masing di dalamnya. ruang rehat dan ruang dapur serta sedikit anjung. Ada perabut dan TV satelit dan juga connection internet. Dapur juga lengkap kalau nak memasak. Aku di sediakan seorang maid untuk masak, kemas rumah dan cuci pakaian.

Saturday, March 3, 2018

New Delhi - Hydrabad - Vijayawada

Aku bertolak ke India dengan beberapa orang dari jabatan kewangan termasuk bos yang nak berhenti, arwah tuan hari anwar.
Rupanya Tuan Haji anwar sudah plan nak berhenti bila aku comfirm ke sana dan pemergian ini adalah untuk memperkenalkan aku kepada staf-staf di sana.

Kami sampai di new delhi setelah lebih enam jam perjalanan dari Klia. Setelah berjumpa Ravi yang pada masa itu adalah pengurus besar, kami check-in di hotel. Esuknya berjumpa dengan quantiti surveyor yang in-charge arbitration projek Patriala Dam dan Arun Kumar untuk projek melebar jalan di Jalandhar.

Hari kedua kami ambil flight ke Hydrabad untuk berjumpa dengan client projek expressway Vijayawada. Kemudiannya dengan kereta kami bertolak ke Vijayawada dari Hydrabad. Dalam perjalanan kami singgah untuk solat jamak zohor dan asar. Menjelang malam kami sampai ke Vijayawada dan berjumpa pasukan yang menjaga bahagian highway kami. 

Hari berikutnya kami bertolak ke Chennai dari Vijayawada. Tapi singgah sekejap di Tol Plaza kem yang dikendalikan oleh partner konsesi, IJMI.

Sampai di head quarters di Chennai, aku menginap di Hotel sebelum pindah ke Apartment Alwarpet sementara Tuan Haji Anwar mengemaskan barang-barangnya.

Bermulalah perjalanan aku yang asalnya sebagai projek manager tapi kemudiannya menjadi Chief Operating Officer untuk India Operation. 

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...