Wednesday, February 15, 2017

Ibrah surah al fatihah

copy dari telegram ustaz Ibrah Paradigm:

BUKTI AL-FATIHAH SEBAGAI "RUMUSAN" AL-QURAN, MAKA JANGAN SEKALI-KALI BERKATA "SAYA SUDAH KUASAI SURAH AL-FATIHAH"

Terima kasih Syekh Abdul Rahman Hassan Habannakah yang telah menyusun surah-surah dan ayat-ayat yang mendidik Rasulullah dan para Sahabah mengenai الصراط المستقيم   dari Makkah ke Madinah.
Sila belek ayat berikut dan munasabah dengan ayat sebelumnya atau konteks ayat itu dinyatakan Allah untuk membantu TADABBUR anda pada ayat keenam surah al-Fatihah ini :
- Al-A’raaf ayat 16 iaitu pengakuan Iblis sendiri pada pengetahuannya mengenai jalan yang lurus ini
- Yaasin ayat 4 iaitu hubungan jalan yang lurus dengan Rasulullah
- Yaasin ayat 61 iaitu jalan yang lurus hanya dengan menyembah Allah dan bukannya Syaitan
- Maryam ayat 36 iaitu ucapan Isa bin Maryam semasa masih bayi yang menyusu dengan bondanya
- Yunus ayat 25 iaitu mereka yang hanya dipilih Allah akan berada di atas jalan ini
- Hud ayat 56 iaitu ucapan paling berani Nabi Hud dirakamkan oleh al-Quran
- Al-Hijr ayat 41 iaitu jaminan Allah bahawa yang berusaha berada di jalan yang lurus akan dipelihara dari serangan Syaitan
- Al-An’am ayat 49 iaitu lawan kepada mereka pekak dan buta berjalan pula dalam kegelapan malam
- Al-An’am ayat 83 hingga 87 iaitu senarai panjang para anbiya yang berada di jalan yang lurus
- Al-An’am ayat 126 sebagai lawan kepada mereka yang sesak dada susah bernafas mendaki tempat yang tinggi
- Al-An’am ayat 153 sebagai rumusan apakah itu jalan yang lurus dalam surah al-An’am
- Al-An’am ayat 161 sebagai perintah Allah kepada Rasulullah untuk mengumumkan apakah itu jalan yang lurus dan hubungan ucapan ini dengan doa iftitah yang diungkapkan Nabi Ibrahim dalam surah ini selepas dakwah penuh bijaksana baginda
- Al-Saffat ayat 118 sebagai punca kemenangan Musa dan Harun ke atas Firaun
- Al-Syura ayat 52 iaitu peranan Rasul memimpin manusia menemui apa yang ruh mereka cari
- Al-Zukhruf ayat 43 iaitu perintah Allah agar baginda terus yakin dengan jalan ini dan jangan sekali-kali ragu
- Al-Zukhruf ayat 62 dan 64 iaitu perintah Allah agar baginda meneladani Isa bin Maryam
- Al-Nahl ayat 76 iaitu lawan kepada seseorang bisu pekak dan menjadi beban kepada tuannya
- Al-Nahl ayat 121 iaitu Nabi Ibrahim sebagai pemimpin jalan yang lurus
- Al-Mukminun ayat 74 iaitu penegasan perintah Allah kepada baginda
- Al-Baqarah ayat 142 iaitu selepas ujian peralihan arah kiblat
- Al-Baqarah ayat 213 iaitu mereka yang diselamatkan Allah dari persengketaan Ahlul Kitab
- Ali Imran ayat 51 iaitu penegasan jalan ini hanyalah dengan mengabdikan diri kepada Allah
- Ali Imran ayat 101 iaitu seperti mereka yang berpegang teguh dengan tali Allah lalu tidak jatuh sama sekali
- Al-Nisa ayat 68 iaitulah pilihan yang sepatutnya dibuat oleh Munafiqun Madinah
- Al-Nisa ayat 175 iaitulah mereka yang diberikan rahmat oleh Allah
- Al-Nur ayat 46 iaitu berpegang teguh dengan al-Quran yang diturunkan
- Al-Fath ayat 2 iaitu kepentingan kemenangan Islam untuk lebih ramai meraih jalan yang lurus
- Al-Maidah ayat 16 yang ditujukan kepada Ahlul Kitab
#ibrahsurahalfatihah

Tuesday, February 7, 2017

8.2.2017

Testing.
Ari tu tak boleh upload photos

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...