Wednesday, July 31, 2019

Alhamdulliah

31.7.2019

Alhamdulliah Ada Dua Berita yang mengembirakan Hari ni.
Satu, ilham akhirnya diterima ke Alma mata ummi di uia. Setelah gagal mendapat tempat Selepas SPM dulu, kini cita2nya tercapai. Semoga terus berjaya.

Kedua ummi telah diumumkan menjadi acting PK Form 6. Setelah berbagai tribulasi Dan mehnah, akhirnya dia mendapat tempat sewajarnya. Semoga terus berjaya walaupun banyak halangan akan mendatang.

Saturday, July 27, 2019

Ke janda baik

Hari ni 28.7.2019 jadi supir ummi ke maahad tahfiz hidayah janda baik.

Ummi Ada special kelas Bahasa Arab untuk bakal student SPM tahun ni.

Monday, July 15, 2019

118. Kongsi

118. Kongsi.
Nampaknya lepas ni compulsory kena Ada proper kongsi untuk workers. Kongsi cincai macam dulu akan jadi sejarah.
Tapi sekarang pun dah ramai workers tuntut rumah sewa.
Jadi Masa tender tu pandai2lah jack up preliminary item.
12.7.2019
Tasek permaisuri

117. Batu Pahat

117. Outstation.
        Batu Pahat.
Aku Ingat bila assignment Melaka Dah over Dan balik ke HQ Kelana Jaya , permanent outstation dah berakhir. Tapi aku silap baca permainan ini rupanya. Mulanya aku outstation sekejap-sekejap saja. Ada tiga lokasi yang aku selalu pergi melawat site. Dari Kuala kangsar ke JB Dan Batu Pahat. Setelah mesjid Kota lama Kiri siap, destinasi seterusnya hanya area selatan.
Beberapa bulan setelah aku Balik dari haji, keadaan kejap2 tiba2 jadi permanent bila tiga orang kuat aku di BP di sotong. Hari itu aku terlambat sampai site Dan Maharaja telah mengamuk Dan dia mengambik peluang yang telah lama di tunggunya. Aku rasa kau saja yang boleh settelkan Dan aku nak kau permanent sini Mula minggu depan, katanya. Percubaan untuk ubah keputusannya juga gagal.
Minggu depannya aku kembali menjadi weekend husband. Aku tinggal di rumah staff di Banang Jaya bersama tiga orang lagi. Kesunyian datang kembali. Nasib baik Ada internet. Malam-malam yang panjang di habiskan mengsurfing saja.
Kadang2 Ada pelawat tetap Pak aji Malik datang untuk meeting. Ada yang transit BP bila nak ke JB. Ada Dua orang korum tetap, keduanya alumni India BH selalu datang. JR Dan RI selalu datang brainstorm bila mereka stress. Kami selalu pekena sup gearbox BP yang power.
BP juga adalah port asam pedas yang terbaik berbanding tempat lain.
Masa berlalu, banyak tribulasi yang berlaku tapi semuanya siap Dan project pun diserahkan.
Aku mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat untuk selamanya setelah perbezaan pendapat menjadi semakin besar Dan Tak munkin dapat di kecilkan.
Biar kuda lain pulak yang berlari Dan meminum air beracun.
Aku kemudiannya menjadi seorang freelancer saja.
12.7.2019
Ampang

116. Lompat

116. Lompat.
Bulan Jun hingga October ramai orang lompat ke tempat kerja lain.
Zaman generasi sekarang dah jadi macam Americans, lompat bila Ada peluang. Zaman loyalty macam Jepun sudah berlalu berbanding dulu.
Hanya individu yang Ada objective tertentu akan tunggu lama di Satu syarikat atau tunggu sampai project siap. Motivasi zaman sekarang bergantung kepada individu.
Graduate yang Baru kerja akan mengalami karier yang mendatar sepanjang Dua tahun pertama. First salary increment munkin sedikit saja persennya. Silap2 bonus pun Tak Dak.
Tahun ketiga kalau syarikat Tak buat apa2, dia akan update resume Dan test market. Kalau sangkut Dan Tak di counter offer tentu dia lompat.
Aku dulu bernasib baik Masa awal2 di Ireka bila bos Mr Lim TS gasak management untuk buat drastic salary adjustment bila dia discover yang junior Baru masuk starting gaji dah lebih dari kami yang dah tiga tahun kerja.
Tepuk dada, Tanya selera.
10.7.2019
Andalas.

115. Ayer Keroh

115. Outstation
        Ayer Keroh.
Setelah aku buat keputusan tidak mahu menyambung lagi di Sarajevo, Satu Hari aku mendapat email untuk destinasi seterusnya iaitu Ayer Keroh, Melaka. Kali ini aku akan terlibat dalam operasi maintenance jalan berbanding sebelum 2 ini membuat jalan Dan jambatan. Walaupun grup ini di bawah Satu bumbung tapi rivalry lain macam sikit. Ada persaingan yang kadang2 jadi Tak sihat. Munkin tektik pecah perintah juga digunakan.
Bila nama aku Naik, rupanya sudah kecoh di Malaya Dan nasib aku baik sebab berada jauh dari orang. Dari cerita2 nya aku dengar kemudiannya ramai yang bangkang atas sebab latarbelakang aku dari group sebelumnya.
Bila report duty, hanya beberapa kerat saja yang macam welcome. Bab logistics langsung Tak Ada yang assist Dan akhirnya aku landing di rumah geng lama. Kereta pula diberi yang akhirnya mati ditengah highway.
Walaupun starting Tak menarik tapi endingnya aku sangat puashati bila banyak masalah terkawal Dan dapat membaiki rangking dengan JKR. Team majority semuanya sangat bagus walaupun Ada seorang Dua yang selalu mempertikaikan apa yang aku buat.
Group besar, banyak pulak politics. Untuk checkmate Dan kawal team dari terus powerful, aku dikeluarkan lagi untuk Satu lagi assignment yang aku kategori sebagai harakiri.
10.7.2019
Rawang Perdana.

114. Bosnia Herzegovina

114. Outstation.
        Bosnia Herzegovina.
Setelah sepuluh bulan di PJ, Satu Hari aku dipanggil mengadap tuan Deputy Dan bila sampai dia terus kata, Tuan Besar nak kau ke Bosnia secepat munkin.
Nak buat apa? Sana Kan Ada HB? Aku Cuba taichi.
Dia nak kau tolong dia, Ada Hal yang aku Tak boleh bagitau. Hanya nama hang saja yang di sebut. Package macam orang yang pergi.
Tempoh? Berapa lama? Aku Tanya.
Dia jawap, aku pun Tak Tau.
Terus aku bagi katadua yang selalunya syarikat gagal nak menunaikan. Kalau Tak Tau berapa lama, Saya cuma boleh pergi enam bulan dengan syarat Surat dah Ada esuk. Kalau Surat Tak Ada, deal off. Aku confident Surat tu akan gagal sebagaimana sebelum2 ni. Dia terus panggil bos HR, kau settelkan Hal ni esuk juga, kalau fail, habis kau.
Aku senyum sambil kata, sejak bila depa effective buat kerja Dan aku terus blah lepas tu.
Rupanya tuhan Ada cerita lain Dan Surat tu Ada. Seminggu kemudiannya aku atas flight ke Sarajevo via Bangkok, Vienna.
Di Sana aku duduk di rumah sewa di Satu taman di lorong namanya Fuad Muhija. Mula2 dengan brader kamali Dan kemudiannya Choong. Kami di tingkat atas, tuan rumah di tingkat bawah. Depan rumah Ada American couple yang sudah sepuluh tahun berada di Balkan menjalankan kerja2 missionary.
Assignment pula adalah menyiasat kenapa pembinaan shopping complex burst budget Dan banyak variation. Kena nego dengan mafia nama Esco. Seorang tokey construction yang licik Dan handal. Rupanya dia dah kautim Dan ugut semua team Dan akhirnya ikut telunjuknya.
Proses nego gagal Dan kes ke mahkamah juga akhirnya. Tiada sebab untuk aku terus Ada di Sana.
Aku kemudiannya balik sebagaimana perjanjian asal. Banyak kenangan Dan soul searching di bumi Balkan ini. Walaupun di ajak sambung kontrak lagi tapi aku rasa cukuplah setakad itu saja.
9.7.2019
Ampang

113. Balik ke lubuk

113. Outstation.
        Balik ke lubuk.
Aku akhirnya balik ke lubuk lama dengan package yang Baru Dan station di Petaling Jaya. Selain pergi sekali sekala ke GK, aku kembali ke benua India sebulan sekali berjumpa macai2 lama.
Aku Masa ni berulang dari Klang Dan PJ Dan kehidupan kembali menjadi normal macam orang lain.
Assignment di Malaya adalah menutup semua project lama sampai final akaun. Project baru hanya tiga jambatan di sebelah selatan.
Di India jugak assignment yang hampir sama iaitu menutup semua project. Patrala dam arbitration telah selesai Dan syarikat telah di bayar beberapa crore. Begitu juga Jalandhar Dan Vijayawada yang sudah selesai final akaun Dan tiada arbitration. India ni famous dengan arbitration. Mereka kurang nak selesaikan through negotiation. Sikit2 Cari lawyer.
Project Orissa masih arbitration Dan Ada peluang baik untuk menang. Masa ni jugak partner kami Dulu, DDBL builders datang hendak berbaik-baik dengan aku. Tiap Kali aku turun, dia nak jumpa. Dulu kerek sangat.
Assignment seterusnya adalah menutup dan memindahkan office Chennai. Office Baru Kali ini adalah di Vijayawada di Mana kami masih Ada kontrak maintenance dengan STPL highway. Project baru sudah Tak Ada sebab semua orang dah give up Dan takut nak hadap project baru dengan India lagi. Trauma dulu pun belum habis.
Sedang aku enjoy dengan tugas Baru, tiba2 tiada angin2 apa, aku dipanggil untuk assignment Baru.
9.7.2019
Tasek permai

112. Port Dickson

112. Outstation.
        Port Dickson.
Project di Port Dickson adalah yang paling teruk dalam karier aku.
Sebagaimana cerita sebelum ini, aku membuat keputusan untuk keluar setelah GK siap. Tiada siapa yang boleh halang, Lagi2 next assignment adalah project interchange di Port Klang yang hanya Lima belas minute dari rumah aku. Tokey besar dah Tak boleh kautim lagi Dan dia hantar deputy dia yang aku masih Ada sentimental Dan soft spot untuk nego. Kami bergasak berjam-jam di sebuah kedai mamak di KJ dalam peristiwa yang aku panggil ' let's the bubbles Burst'. Akhirnya aku terpaksa setuju dengan syarat yang dia Ada first right defusal kalau aku nak blah dari company Baru. Gentleman aggrement pun termeterai.
Hari aku report duty, aku dah terkena dengan company Baru. Tokey baru aku tu kata sorrylah, project port klang tu dah Ada orang, kau pergi tolong project port Dickson. Senang saja dia buat keputusan.
Aku pun pergi walaupun bengang Gila sebab objective asal dah terpeleot. Di PD aku tinggal di rumah staff dekat office. Sakit teruk project tu bila aku buat analysis. Walaupun buat sendiri hands on tapi semua lost control. Kat site macam Tak Ada orang yang taking care, biar materials dump Sana sini, machine idling. Cost melambung-lambung. Aku Cuba reorganize team tapi Ada halangan bila Dua orang supervisor adalah culai tokey. Sepatutnya mereka yang lebih concerned pasal project, tapi sebaliknya.
Selepas itu Ada beberapa peristiwa lagi menyebabkan aku bertambah bengang hingga terjadi kes Dua orang tu pergi bercuti di Indonesia dengan tokey Dan lain kerabat tanpa isi borang atau memberitahu site team Dan aku.
Itu adalah paku terakhir yang aku Tak boleh terima Dan membuat keputusan untuk keluar terus.

Thursday, July 11, 2019

111. Gong Kedak

111. Outstation.
        Gong Kedak.
Setelah balik dari India, aku mengadap dengan bos besar untuk confirmkan assignment Baru tapi dia terus cakap, sorry Lan aku tukar plan. Kau pergi tolong rescue GK. Kiv dulu plan sebelum ni.
Aku pun Tak cakap banyak Dan terus kata, Saya cuti dulu. Next week Saya pergi. Saya nak Stom dulu. Project tu sebenarnya lagi tiga bulan nak habis contract Tapi balance of work masih banyak lagi Dan kompleks problem nya.
Aku ke Sana seminggu kemudiannya Dan Kali tinggal di Padang Luas, Kerteh dengan seorang lagi alumni India, mokhtar. Rumah tu jauh sikit dari jalan besar Dan sangat sunyi. Kali ni aku Balik Dua minggu sekali dengan menaiki bas Kerteh - klang. Ini Adalah route Baru berbanding dengan sebelum ini.
Project ini sangat meletihkan. Asalnya hampir total sub tapi akhirnya almost semua buat sendiri.
Gong Kedak adalah kawasan sempadan Ganu Dan kelantan. Terletak antara Jerteh Dan pasir putih. Ada sebuah pengkalan udara. Aku selalu breakfast di pasir putih yang lebih murah dari Jerteh. Perbezaannya kadang2 lebih dari seringgit. Entak kenapa Ada perbezaan antara Ganu Dan kelantan. Dulu aku pernah Tanya Satu kedai makan di Jerteh yang dia pun beli barang2 keperluan di kota bharu yang lebih murah. Ada unsur2 Monopoly mafia rasanya.
Masa nak menyiapkan project ini, syarikat membuat exercise vss yang menyebabkan ramai terkeluar sebelum project siap.
Dengan team yang tinggal kami siapkan juga.
Aku rasa masa sudah sampai untuk aku meninggalkan syarikat setelah project ini selesai.
7.7.2019
Bukit tinggi, Klang

110. India

110. Outstation.
        India.
Dengan Tak disangka destinasi seterusnya adalah India. Tempat yang last dalam list. Cerita sailang sudah di tulis sebelum ini. Selepas Dua minggu training dengan financial team HQ, aku sampai di airport New Delhi. Di Sana bos sedang menunggu. Rupanya bos arwah THAB ni menunggu aku datang mengganti dia bukan seperti plan asal, assist dia. Dia akan balik terus setelah aku sampai ke Chennai nanti. Masa tu aku pergi dengan tiga lagi orang finance.
Project di India penuh dengan drama Dan tribulasi. Patrala dam dah siap tapi dalam arbitration kes. Jalandhar road widening dalam fasa terakhir nak siap. Project Orissa, JV dengan local kontraktor kena terminate. Tengah proses untuk arbitration. Project highway STPL Baru siap Dan maintenance work Baru nak Mula.
Beberapa Hari kemudian naik flight ke Hyderabad. Di sini berjumpa dengan client STPL. Highway ini gabungan kontraktor Malaya diketui oleh IJM. Kemudiannya nak kereta ke Vijayawada di untuk berjumpa staff Sana.
Dari Sana kami bertolak ke Chennai aka Madras.
Di Chennai aku tinggal di Alwapet apartment tingkat tiga. Ada maid yang datang daily basis. Biryani yang di masak sedap betui tapi Hari ahad saja. Ada driver yang datang Dan ambik balik office. Hari ahad aku akan suruh dia bawa jalan 2, pergi pantai, beli buah Dan pergi lepak di restaurant Pelita dari Malaya yang Ada cawangan di Sana. Boleh la jumpa orang cakap melayu Dan rasa nasi lemak taste India.
Aku tinggal seorang diri saja Dan bekerja dengan staff local. Ada Satu brader dari Ghana yang di bawah dari project sebelum ini. Ghana ni kemudiannya nak menikah dengan awek Tamil. Aku kena jadi penjamin Dan kena interview dengan abang awek tu.
Cerita pasal staff Sana boleh sakit kepala. sangat berbeza dengan orang Malaya Kita. Macam2 trick depa. Kalau konar tu, betul2 baringlah. Tapi itu tempat diaorang. Untuk survival, skills konar sangat penting di sana. Yang penting Kita jangan bagi muka.
Masalah di India site jauh sangat Dan kena Naik flight. Cuma sekali aku buat surprise pergi Vijayawada Naik train. Dalam train tu terjumpa mamak seremban yang datang beli cabai di Vijayawada. Rupanya project manager aku di Vijayawada balik kampung tinggalkan macai2 ja buat kerja. Teruk aku belasah di lepas tu.
Aku buat keputusan untuk balik bila Hal pertukaran kontrak Tak settled. Bila kontrak Tak settled Visa cuma tahan 90 Hari saja. Bila campak Surat Baru semua terhegeh2 settled kan tapi aku dah bengang. Tokey turun pujuk pun aku dah Tak mau. Cuma dia bagi janji yang menarik supaya aku terus dengan syarikat. Enam bulan kemudiannya aku Balik dengan plan akan based di HQ Dan datang India sebulan sekali.
Will it happened?
6.7.2019
Ampang

109. monitor dan control

109. Monitor Dan Control.
Monitor Dan Control adalah penting dalam menentukan perjalanan project. Bila project dah lost control, macam2 boleh jadi macam kereta stering rosak.
Dalam mengontrol salah Satu Cara traditional machivelian adalah pecah perintah. Kontrak project dipecahkan kepada trade atau bahagikan kepada beberapa gang sub-kontrak.
Kegagalan project terkini kami adalah dengan memberi semua kontrak besar kepada seorang saja. Hanya yang kecil di sub kepada orang lain. Bila dia Tak perform, habis semua sangkut . Bila semakin teruk Baru ganti. Itupun masih konsep sama, kontrak kepada seorang saja. Konsep ni dulu Satu Masa works, tapi bukan zaman sekarang.
Bila plan A dah fail, Masa plan B Baru nak pecah kontrak. It's work tapi recovery sangat slow Dan meletihkan.
Better late than never.
6.7.2019
Warung Che Dah, Jln Taman putra

108. Gebeng

108. Outstation
        Gebeng.
Setelah project Kerteh siap, aku Tak boleh tunggu lagi Dan sambung dengan syarikat sebab project dah Tak Ada. Lagipun dah Tak tertahan nak balik Klang. Satu lagi Masa itu aku dah lama jadi project enginiar. Perasaan nak bertukar post sudah timbul.
Aku akhirnya dapat peluang bila bos lama ajak joint project interchange di Sri Damansara sebagai project manager. Walaupun project tu dah zone Eot tapi bila dengar lokasi di Keeping, aku pun setuju. Setelah project itu siap, dilemma outstation datang balik. Syarikat dah Tak Ada project di lembah Klang.
Setelah gagal nego untuk joint project yang paling dekat di temerloh, aku tercampak ke Gebeng, kuantan. Sekali lagi terpaksa meredah jalan karak ke kuantan. Masih guna jalan lama sebab LPT masih dalam pembinaan. Cuma yang beza Kali ni, aku dah bawa Mitsubishi Storm. Tak Ada lah sakit pinggang lagi. Kemudiannya aku bernasib baik dapat cilok Dan scan sticker project LPT untuk lalu ikut highway Baru yang belum siap. Dapatlah save time sikit pergi Dan balik ke Klang.
Di Gebeng, kami duduk di rumah sewa Aspa cottege yang macam dusun tapi sunyi Dan kadangkala seram bila weekend Tak balik tinggai sorang2.
Aku Ada di Gebeng Sampai project siap Tapi next assignment Dan outstation sangat mengejutkan.
5.7.2019
Tasek permai, Ampang

107. meeting

107. Meeting.
Aku adalah seorang yang percaya kepada meeting. Untuk mengawal Dan melancarkan project, meeting sangat perlu. Samada official atau unofficial, sangat perlu untuk Kita berhadapan atau face to face dengan clients, consultant atau subcontractor Dan juga staff sendiri. Bila tengok Muka tu banyak boleh settled walaupun Ada jugak kes yang baling pen atau hentak2 meja.
Zaman sekarang ramai ingat problem boleh settled dalam WhatsApp group ja.
Semalam aku terkena dengan client aku pasai meeting. Schedule pukul 5.15pm. bagai nak Gila kami belah dari site office nak kejar time tu. Pukul 4.55pm dapat message meeting kensel Dan postpone keesukkan Hari. Hampeh betui.
Dahla sejak tiga tahun ni meeting tadak minutes. Time tukar-tukar. Tunggu berjam-jam toksah Kira la.
Kayuh ja lah, project dah dekat nak siap.
5.7.19
Ampang

105. Kerteh

105. Outstation.
        Kerteh.
Setelah project AKLEH section one di kpg Baru hampir siap, aku mendapat Surat transfer ke Kerteh pada akhir tahun 1999. Akhirnya terpaksa keluar dari lembah Klang. Masa ni anak ketiga Baru lahir Dan ummi Baru Lulu's lesen kereta.
Aku kemudiannya bertolak ke Kerteh dengan Suzuki Jimmny. Perjalanan masih ikut jalan lama karak - kuantan Dan melalui pantai terus ke kemamang , dungun Dan akhirnya Kerteh. Pekan minyak yang masih kekurangan walaupun sudah Ada airport kecik.
Aku terus ke site office yang terletak hampir dengan sungai Kerteh. Office tu Tak berapa jauh dari jalan besar ke Kuala Terengganu. Di situ sudah Ada bos lama SM Dan geng Kesas, Bakri. Selain itu beberapa enginiar orang Terengganu Dan staff2 Percon dari project lain.
Kami disediakan rumah teres Dua tingkat. Aku duduk di tingkat bawah sorang manakala Bo's SM, CKK Dan SI ditingkat atas. Aku kemudiannya disertai dengan SH Dan surveyor Malik Dan mat nor.
Masalah kemudiannya adalah bila nak balik Klang. Cuti cuma Hari jumaat. Aku selalu nya balik Klang tiga minggu atau sebulan sekali. Hari2 Tak balik, aku kerja Dan boleh di offset bila nak cuti nanti. Sekali sekala aku me marang, balik rumah mak mertua .
Aku Balik klang selalu nya dengan bas. Tak larat rasanya nak drive dengan Suzuki Jimmny tu. Boleh patah pinggang nanti. Kadang2 tumpang Malik yang tiap2 minggu balik. Malik Dan geng veteran lain semua balik rumah tiap2 minggu. Tak mampu aku ikut depa.
Masalah bila dari klang ke Kerteh, bas sampai dalam pukul Dua pagi. Aku selalu turun di site office Dan Tidur Sana sampai pagi. Selalu aku terserempak dengan Babi utan bila berjalan ke site office.
Semasa inilah aku ada pengalaman sedih dengan salah seorang anak kembar aku yang pada suatu hari bertanya, kenapa bapak dah lama tak datang rumah kita?......
Arrghhhh.....
4.7.2019
Ampang.

104. outstation

104. Outstation.

Outstation adalah istilah moden yang diguna bila Kita keluar dari tempat asal/tempat tinggal. Kadang2 sehari pun orang kata outstation juga.
utstation banyak diguna untuk orang keluar bekerja. Tapi untuk Hal lain aku Kira outstation juga. Outstation sangat asing untuk orang melayu dulu2 walaupun Kat kampung aku selalu tengok Siam datang ke Perlis bila musim menanam padi. Jugak bila orang2 dari jawa atau Sumatra datang ke tanah melayu untuk kerja. Kemudiannya orang cina Dan India datang dari benua mereka untuk kerja.
Kalau nak Kira outstation, aku dari tingkatan Satu dah outstation ke Kedah untuk belajar. Kemudiannya ke KL jugak untuk belajar.
Masa bujang pun Kira outstation juga sebab kerja jauh dari kampung. Mula2 di Ipoh Dan kemudiannya sg buloh. 

Bila kahwin aku menetap di Klang. Dah tukar stesyen. Kerja masih balik Hari ke Lembah Beringin , Kesas highway Dan AKLEH.
Selepas AKLEH ni barulah aku
 Mula outstation. Dulu tengok bos Dan supervisor aku saja. Tapi akhirnya aku pun kena jugak.
2.7.2019
Ampang

103. weekend husband

103. Weekend husband.
Construction industry tidak boleh lari dari berjauhan dengan keluarga terutama dari kontraktor side. Yang masih dapat bersama keluarga sepanjang kerjaya di Kira sangat bernasib baik.
Bila Kita ikut project dengan company yang sama, outstation tidak dapat di elakkan. Ada yang tukar company bila kena outstation. Ada jugak yang tukar terus kerjaya sebab Tak sanggup nak outstation.
Yang Kira baik sikit semasa aku outstation dengan kontraktor ni, tempat tinggal Ada kecuali Masa di Melaka. Company akan sewa rumah. Walaupun share dengan orang lain tapi Kira dah ok. Cuma Aku belum sempat rasa duduk di project kem. Rasanya ini zaman sebelum 80an. Tapi untuk sektor lain, jarang company bagi rumah sewa. Banyak yang kena usaha sendiri. Kalau Tak sanggup, Cari la kerja lain.
Selama hampir empat belas tahun aku outstation, banyaklah cerita2 menarik yang dapat di kongsi.
Kata orang tua2, sayang bini, tinggal-tingalkan.
1.7.2019
Ampang

102. kesian lori hantu

102. Kesian lori hantu.
Lori hantu adalah istilah untuk Lori yang Tak bergerak atas jalanraya Dan ianya tiada roadtax.
Kontraktor earthworks memang banyak Lori macam ni. Dulu Masa aku kerja di Ireka, mereka Ada berpuluh biji Lori ni. Mulanya untuk buat kerja di lombong bijih. Kemudiannya digunakan dalam project untuk transport tanah dari Bukit yang dipotong ke tempat filling. Bila scrapper Mula muncul, Lori hantu Makin berkurang.
Dua tahun lepas lori hantu jadi topik hot di malaya bila ada satu dreba bodoh bawa lori hantu ni tepi jalan yang dan sebabkan kematian budak sekolah dan mencederakan beberapa orang lain. Lori ini untuk kawasan projek saja.
Solution over reaction oleh gomen macam dalam paper ni akan buat pemilik lori haru-biru. Al maklumlah dah berpuluh tahun tak ada apa2 isu.
Comfirm cost contract naik lagi lepas ni.
29.6.2019
Ampang.

101. Engineer vs HR

101. Enginiar vs HR
Beberapa Hari lepas aku dapat screen shot yang membanding kerja enginiar Dan HR.
Adakah benar statement ni?
Nampak macam betul tapi aku pun Tak pasti. Sebab kategori enginiar adalah berbeza dari segi gred perjawatan. Tapi kalau pasal kerja atau workload atau stress memang Ada benarnya.
Kerja di project atau design office memang teruk sebab Ada deadline nak kejar.
Perbandingan ni sebenarnya kurang tepat sebab masing2 Ada tugas2 tersendiri.
Patutla dalam Berita semalam hanya 20% saja student di sekolah sekarang yang ambik aliran sains. Dari persen tu entah berapa orang berani ambik course engineering. Dari yang graduate tu berapa orang pula yang sanggup kerja di tapak project. Dari yang sanggup tu pula, entah berapa orang yang survived sampai jadi project manager. Semakin gelap rupanya Masa depan construction industry ni.
Tepuk dada Tanya selera.
25.6.2019
Ampang

100. training people

100. Training people.
Training staff adalah perkara yang bukan semua syarikat percaya. Ada sebahagian kecil yang percaya ianya adalah Masa depan syarikat. Tetapi banyak yang percaya ianya adalah membuang Masa.
Sistem traditional percaya kepada half training. Bos akan simpan Satu Dua buah takut orang bawah melawan nanti.
Staff pula melihat samada syarikat train atau tidak, mereka akan pergi juga bila sampai masanya.
Bagaimana pulak dengan bos atau ketua? Sama dengan syarikat atau mereka Ada pendirian sendiri?
Aku masih percaya dengan konsep train staff samada Kita atau dia suka atau samada Kita takut dia berhenti atau terus berkerja dengan Kita.
Masa aku mula2 kerja dulu, memang tiada siapa akan tunjuk Dan ajar. Kita akan ditolak terus ke lapangan Dan pandai2lah hendak survived. Kaedah ini pun bagus juga.
Tapi mengabungkan keduanya adalah yang terbaik.
20.6.2019.
Jalan Taman Putra.

99. saya nak nama

99. Saya nak nama.
Salah Satu teknik kuno bila berlaku sesuatu kesilapan atau kemalangan di syarikat atau di tapak adalah dengan mengkambing hitamkan seorang. Mengapa kambing? Munkin kambing adalah binatang yang selalu di korbankan bila Ada peristiwa.
Saya nak nama atau 'I want name' adalah kata-kata keramat yang selalu digunakan oleh bos bila menyiasat kes. Maka terkerjar-kejar lah pegawai2 penyiasat mencari nama yang sesuai. Nama yang sesuai Tak semestinya orang yang bersalah. Ianya sesuai di korbankan untuk sesuatu peristiwa.
Aku tiada langsung pengalaman terkorban atau mengorbankan orang. Tapi pernah melihat Dan merasa akibat bila tiga orang kuat aku di project di korbankan sebab bos nampak peluang untuk kurangkan staff atas nama diaorang buat silap Dan menghantar aku ke site balik.
Aku pun Tak paham dengan teknik ni. Apa salahnya bagitau terus terang. Tapi munkin dia 'chic' jugak walaupun berkuasa
20.6.2019.
Tasek permai

98. untung

98. Untung.
Inilah realiti bussiness. Untung adalah hak syarikat. Kita yang makan gaji hanya berkerja untuk sesuatu tugas yang telah di arahkan. Semuanya berdasarkan sistem kapitalis.
Ada syarikat yang dipunyai oleh tokey. Dia yang mengawal semuanya. Dan Ada syarikat yang di perbadanankan atau didagangkan di Bursa saham.
Walaubagaimana pun Ada syarikat yang Cuba untuk reward staff dengan cara2 mereka sendiri. Ada yang memberi bonus bila tiba musim Raya. Ada yang tunggu report untung rugi. Ada yang Tak buat apa2 Dan Tak kisah staff keluar masuk syarikat.
Kalau nak duit lebih kena Ada syarikat sendiri lah.
18.6.2019
Ampang

97. Janji

97. Janji.
Berjaga-jaga bila tokey atau orang besar syarikat berjanji. Taburan janji Ada berbagai-bagai Cara Dan selalunya mengikut keadaan. Contohnya bila Ada masalah, datang janji itu ini. Tapi bila masalah Kita sudah selesaikan, mereka buat-buat lupa. Lagi teruk bila diaorang kata bila Saya janji? Atau ya ka Saya Ada janji. Janji-janji jugak boleh menyebabkan Kita di sailang oleh sebahagian orang yang Tak suka Kita.
Aku pernah terkena bila second tokey janji kata kalau team ni siap project Gebeng ni dulu dari project X, korang akan ke project baru Kuala Pilah. Apalagi semua pun pulun Dan kami siap dulu Dan dapat CPC dulu. Tak sempat aku tuntut janji, team aku di pecahkan. Ada enginiar kena transfer Dan Ada yang depa pekena sampai dia berhenti. Aku pulak tercampak ke India. Tapi dalam kes ini aku Tak salahkan bos yang janji sebab dia pun kena sailang dengan team yang baik dengan bos nombor Satu. Rupanya team tu dah buat ground work untuk hancurkan team aku supaya team Satu lagi dapat ke project baru.
Kali kedua bila aku bagi Surat berhenti Dan Tak mahu lagi continue di India, bos janji Tak pa balik Malaya, dok di HQ Dan monitor dari sana, sebulan sekali datang la ke India. Tapi bila balik dia kata, sorry Lan, aku tukar plan. Tak payah dok HQ. Ada urgent kes, pi rescue project GK. At least dia kata sorry la Kali ni.
Satu tokey ni lagi teruk. Aku interview dengan bos syarikat ni sebab sudah Tak tahan outstation Dan nak Cari kerja di Klang. Dia kata Ada project di Port Klang. Lepas Dua bulan awak joint. So sebab dah dekat rumah gaji ni Saya bagi lebih kurang yang sekarang sajalah. Aku pun terima. Tapi bila aku report Dua bulan kemudiannya, dia kata sorry , project port Klang sudah Ada orang, kau pergi Port Dickson. Hah.... outstation lagi. Aku terpaksa pergi. Nak gostan pun Tak boleh. Dua bulan kemudiannya aku berhenti Dan joint company yang sebelum ni.
17.6.2019
Ampang

96. selesai masalah ala malaysia

96. Selesai masalah ala-malaysia.
Kami baru-baru ni menghadapi masalah dengan sebuah rumah di area construction yang claim rumahnya retak disebabkan pembinaan highway.
Bila disiasat rumah ini dulu tidak membenarkan kami masuk untuk dibuat 'dilapidation survey'. Dilapidation survey adalah survey details keadaan rumah sebelum construction dimulakan. Dua tahun kemudiannya owner rumah Mula buat komplain yang rumahnya retak disebabkan construction. Bila minta sertakan bukti dia marah Dan tiada bukti disediakan. Dia kemudiannya menggunakan saluran politics untuk terus menuntut. Puak politics pulak minta kami tolong selesaikan. Mereka kemudiannya mencari klient kami untuk kami membaiki kerana takut diviralkan. Kata mereka kes Ni kecil Dan toksah besar2kan. Minta selesaikan senyap2.
Kami masih berkeras untuk ikut saluran atau undang2 yang Ada. Walaupun ke mahkamah pun Tak apa. Dua2 pihak Tak mahu mengalah.
Sebenarnya dua2 Ada Hak. Tapi bila Satu pihak rasa dia sudah silap, mereka gunakan saluran politics Dan emosi. Dah akhirnya mengambil kesempatan.
Apa guna ada undang2 kalau penyelesaian ala-malaysia juga yang dicari?
14.6.2019
Ampang

95. kita tal selalu dapat semua

95. Kita tak selalu dapat semua.

Selain dari drawbridge KT, ada dua project lain yang aku rasa kecewa tak dapat terlibat.
Yang pertama project airport KLIA. Project itu Ireka dapat setelah Highway Ipoh siap. Project tersebut adalah package earthworks yang banyak membuat ground treatment untuk foundation lapangan terbang. Ground treatment adalah kegemaran aku sejak zaman university lagi. Walaubagaimana pun ianya tertebus bila aku terlibat kemudian dengan project highway Kesas dan keretapi Kerteh bersama Percon.
Semasa dengan Ireka juga aku miss project jambatan MRR2 di Ampang yang menggunakan konsep 'sorobahu' dari Indonesia. Ianya satu2nya konsep yang dibuat di Malaya dan stop begitu saja walaupun is sesuai untuk construction jambatan di kawasan sebok di bandar. Tapi kemudiannya aku terlibat juga dengan jambatan interchange Sg Buloh /LDP dekat dengan MRR kepong yang famous itu.
Walaupun aku tak ke KLIA, aku dapat membuat kompleks cement dengan trackwork dan ke District cooling centre, KLCC. Merasa juga buat project dekat area KLCC.
Selain itu sempat juga terlibat dengan airport Tudm dan membuat shelter untuk pesawat Sukhoi.
Begitulah adat , kadang2 dapat, kadang2 miss.
Semuanya rezeki.
13.6.19
Andalas

94. sistem taji

94. Sistem taji.
Aku Tak dapat nafikan yang Cara traditional atau old skool sistem taji atau marah2 sangat berkesan untuk kejar progress yang delay Dan siapkan project. Walaupun sistem marah2 Staff Dan subcon ni kadang2 nampak keterlaluan Dan ramai menyampah tapi is dapat menggerakan semua orang untuk kerja. Kalau Bo's terutama nya baik Dan lemah lembut, aku Tak nampak orang akan terkerjar-kejar nak siapkan project.
Semasa aku kena rescue project di Besut dulu, sebulan aku terpaksa taji staff2 di site. Jumpa saja terus Cari pasal Dan marah2 sampai Ada yang bengang Dan berhenti.
Bulan kedua bila keadaan dah okey, barulah marah2 menjadi kurang. Project itu akhirnya siap Dan handover.
Sistem project management biasa selalunya Tak boleh guna bila keadaan project menjadi huru-hara. Tapi Ada jugak project hancur bila tokey dari awal hingga akhir marah saja kerjanya Dan semua yang staff buat semua Tak kena.
Berpada-padalah.
13.6.19
Ampang.

93. soalan bodoh

93. Soalan bodoh.

Salam Aidilfitri 2019.
Teringat pesanan Bo's pertama Ir Yap B.C dulu Masa aku fresh enginiar di project Highway PLUS dulu. Katanya, better ask stupid question now when you still fresh. Bila dah kerja lama Tanya soalan bodoh, lagi nampak bodoh.
Ada betul juga kata-katanya dulu.

92. kesian civil engineer

92. Kesian civil engineer.
Nampaknya semua betul tapi apa yang Bo's ingat tu lagi betul.

91. Bussiness card

91. Business card.
Zaman aku Mula kerja dulu bila Ada bussiness card boleh la belagak gila. Maklumlah BC engineer. Sepatutnya digunakan untuk geng yang terlibat dengan kerja terutama client Dan authority tapi kadang2 abuse bagi Kat awek untuk memancing.
Tiap2 company Ada design Dan peraturan BC masing2.
Ini contoh beberapa BC yang sempat simpan Dan scan sebagai kenang-kenangan bila dah retire nanti.

90. meeting di bulan puasa

90. Meeting di bulan puasa.
Client atau bos Ada citarasa masing2 pasal meeting di bulan puasa. Ada yang Tak suka meeting langsung. Ada yang suka pagi saja. Tapi ramai yang suka. Tengok keadaan kot.
Minggu lepas, first week puasa, aku Ada Dua meeting. Keduanya pagi.
Minggu ni dari semalam sampai jumaat Ada meeting. Tapi Hari ni Dan semalam special sikit meeting petang. Client ni lain macam sikit. Tahun lepas aku kena lagi teruk. Meeting ramai2. Sampai turn aku dah 6.30 pm. Gedebuk gedebak pukul 7.10 baru habis. Nak berbuka Mana ni? Pergi mesjid terdekat dah penuh, orang dah mengadap hidangan.
Last2 pusing balik ke Klang. Nasib baik Ada kurma Dan air dalam kereta.
14.5.2019
Excella BC, Ampang

89. construction di bulan puasa ( 2 )

89. Construction di bulan puasa ( 2 ).
Ada orang minta bahas juga Hal ni sebab dia Tak nampak logik.
Kalau Tanya ustaz, dia munkin kata ini Tak mustahil sebab rahmat bulan Ramadan.
Tapi pada aku selain dari pemerhatian Dan data, Ada faktor keupayaan manusia membuat sesuatu yang di luar jangkaan jika dia mahu.
Semuanya berpunca dari kemahuan dia hendak balik awal Dan bertarawik di bulan puasa ni. Orang-orang construction yang berpuasa pun dah ajaib. Inikan pula bersolat tarawikh di waktu malam.
Masa aku Mula kerja di Ireka dulu, seorang supervisor cina tegur, betulka lu puasa? Langsung Tak makan? Air pun Tak minum? Macamana lu boleh kerja macam ni? Last sekali dia salahkan tuhan Tak kesian sebab suruh puasa tapi air pun Tak bagi minum.
Bila Kita hendak balik awal, Kita akan push kaw-kaw subcontractor, workers, supplier untuk siapkan kerja. Kerja yang selalu drag sampai pukul 7pm, boleh siap dalam 5pm.
Bila dah Ada 'carrot' yang Kita nak, perkara tak mustahil pun boleh buat.
Kontraktor selalu buat miracle bila perlu terutama last minute nak siapkan project Dan Tak nak kena LAD. Dan miracle ni berlaku bukan dalam bulan puasa saja.

88. construction di bulan puasa

88. Construction di Bulan puasa.
Tiga Hari lepas semasa menunggu giliran masuk meeting, project Manager client Tanya, Hj, apa beza Bulan puasa di site. Aku kata tadak beza kerja macam biasa cuma Ada yang puasa Tak makan, Ada yang makan.
Semua orang menuduh Bulan puasa menurunkan productivity kerja tanpa data yang kukuh. Teori Tak makan kerja slow, aku pernah buktikan Tak betul.
Masa aku buat highway tahun 1996, Bo's minta aku buat analysis filling tanah Dan pasir kami semasa di Bulan puasa. Dia terkejut bila data tunjukkan kuantiti filling Masa Bulan lebih dari bulan-bulan lain walaupun Masa 4.30pm kami dah stop kerja. Beza sikit saja start awal 7.30am Dan break lunch setengah jam saja.
Project kemudiannya di Kerteh, kami buat checking yang sama. Results sama jugak.
Semasa aku buat project kem di Batu Pahat tahun 2011, aku buat analysis kuantiti konkrit bulanan Dan mendapati Hal yang sama.
Kemudiannya baru-baru ni untuk kuantiti borepile Dan concreting pun results menunjukkan lebih dari bulan-bulan lain.
Sungguh menarik untuk dibahaskan.

87. paip air pecah

87. Pipe air pecah.
Hari ni dah Hari ke Lima air Tak Ada di Andalas, Klang.
Latest finding pipe pecah disebabkan settlement tanah di laluan pipe.
Yang menjadi persoalan adalah kenapa RE wall di Bina above pipe tanpa boxing untuk maintenance?
Kalau tengok gambar, ground treatment area RE wall pun macam Tak Ada.
Masa aku buat Kesas highway di Jalan Klang - Banting yang soil condition adalah marine clay ( almost semua tanah area Klang adalah Jenis Marine clay ), RE wall base adalah pile embankment. Manakala paip air pula kena di buat box culvert untuk memudahkan maintenance Dan rescue bila paip rosak.
Untuk design WCE ni Tak Tau lah macamana pulak.

86. koboi town cilakaluripet

86. Koboi town cilakaluripet
Gambar aku Dan Mr M ini diambil masa kami berdua ke India meeting di Hydrabad.
Kami kemudiannya balik ke Malaya dengan kereta untuk naik kapalterbang di Chennai.
Tapi sebelum tu kami singgah di office Vijayawada dan ke tempat yang mr M nak pi sembahyang.
Selepas selesai kami bertolak ke chennai dan singgah di sebuah pekan koboi yang nama ada unsur-unsur melayu.

Cilakaluripet nama pekan tu.
Di situ juga kami pekena air kelapa original di tepi jalan.
Tukang teman kami masa tu brader Mohapatra yang menjadi projek manager untuk maintainance di lebuhraya package Vijayawada.

85. pembakaran terbuka

85. Pembakaran terbuka.
Setelah lebih Dua puluh tahun kerja, aku kena jugak naik mahkamah di Batu Pahat kes pembakaran terbuka.
Kes ni gara2 perkerja membakar sisa2 kayu dan formwork bangunan yang dah siap tengah Hari buta. Heat pembakaran tu dikesan oleh DOE melalui satellite. Susah aku nak percaya yang satellite tu Power sangat mulanya.
Pegawai2 DOE tu sangat cekap bila jumpa aku buat2 trik minta izin nak masuk site sebab dapat report kami bakar kayu. Padahal mereka dah masuk sebelum tu Dan ambik gambar2 sebagai bukti. Supervisor aku confident saja kata depa dah hapuskan bukti. Depa pun ular Masa DOE tu masuk site sebelumnya.
Percubaan nak settled luar pun gagal juga.
Semasa di mahkamah nasib baik aku mengaku bersalah kalau Tak lagi teruk kena denda. Masa tu baru aku tengok gambar2 bukti termasuk gambar satellite.
Berhati2lah. Jangan ingat Kita handal, authority pun banyak trik juga.

84. Apartment Alwarpet, Chennai

84. Apartment Alwarpet, Chennai.
selepas beberapa hari di hotel, aku pindah ke Apartment Alwarpet yang di sediakan oleh pihak syarikat.
Apartment di sini berlainan dari Malaysia. Munkin sebab sudah lama atau memang begitu pembinaannya di sini. Apartment ini ada lima tingkat dengat lift yang sedikit traditional bila pintunya macam grill. Lift ini akan berhenti di bilik aku sahaja, tidak berkongsi dengan orang lain.Tiap-tiap rumah adalah terpisah antara satu sama lain serta tiada koridor atau tempat permainan atau ruang legar. aku rasa ini adalah kerana tanah yang terhad di Bandar Chennai ini.
Lagi menarik, aku tak pernah nampak jiran-jiran yang lain terutama anak-anak kecil dan perempuan.
Apartment ini ada dua bilik dengan bilik air masing-masing di dalamnya. ruang rehat dan ruang dapur serta sedikit anjung. Ada perabut dan TV satelit dan juga connection internet. Dapur juga lengkap kalau nak memasak. Syarikat juga menyediakan seorang maid untuk masak, kemas rumah dan cuci pakaian. Masakan beriyani gam ayam atau kambing dan idli adalah yang paling sedap dan menjadi kegemaran aku tiap2 minggu.
Setiap hari ahad aku akan keluar samada ke pantai mencari ikan atau beli buah-buahan atau lepak di restoren Pelita.

83. mengurus bos

83. Mengurus boss.

Cerita pasal bos2 sampai bila2 Tak abis.

Ni article tahun 2013 Masa aku di Melaka. Walaupun Tak sampai Dua tahun di situ macam2 Jenis Bos jumpa.
Sebenarnya semua Kita adalah Bos.  Ada Bos besar Dan Ada Bos kecik. Kalau Kita bukan Bos di tempat kerja, Kita jadi Bos di rumah.
Mengurus Bos bukan senang. Bos yang mengurus Kita lagi susah. Kita Ada perangai Dan kelakuan masing2. Begitu juga Bos. Mereka Ada perangai Dan style tersendiri. Jadi untuk mengurus Bos, Kita kena urus perangai Dan style mereka. Banyak sangat kalau nak hurai. Tentu semua Kita Ada citarasa masing2.
Tapi aku teringat cerita seorang kawan minggu lepas. 

Belum jadi Bos lagi Dan Masa interview dia Tanya kawan tu, kalau anak awak sakit, awak pilih kerja atau anak?

Hahaha.....Bos macam ni pun Ada tau

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...