AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Jenan di mana-mana – 12
Friday, March 4, 2011
Setelah balik dari Bosnia, assignment seterusnya adalah di Ayer Kroh, Melaka. Di Melaka ada beberapa ex jenan yang dapat di kesan melalui FB.
Akak Noorin Fariza batch 83 sebelum ni dah jumpa masa balik raya di Perlis. Dr Kahar senior 70an juga di Melaka tapi langsung tak sempat jumpa. Cuma sempat bermessage saja. Lagipun sebab dah lama outstation, bila ada peluang cuti atau weekend aku cepat-cepat cabut balik Klang.
Ada seorang junior 86, Linda sempat berselisih di Maidin Mall. Tapi sebab dah tak kenai, tak sempat borak apa-apa.
Selain dari yang bermastautin di Melaka, ada juga yang datang dengan hal tertentu dan kami dapat jumpa. Mula-mula captain kapal, KTL yang bawa aku maka lunch makanan Nippon di sebuah hotel tengah Bandar.
Seorang lagi brader batch aku Suhairi yang datang untuk kerja-kerja IT di Pejabat Tanah di Ayer Kroh. Dua kali sempat jumpa dia. Pada kali kedua kami pergi lunch pekena nasi arab di Bukit Beruang. Kali ini aku sempat keloi akak Noorin untuk joint sekali. Dua-dua blur sebab tak pernah kenal mengenal semasa di Jenan walaupun batch dekat-dekat. Akak yang belanja masa.
Aku di Melaka tak lama, hanya setahun lapan bulan. Kemudiannya balik ke PJ untuk assignment terakhir dengan syarikat itu.
3.5.2019
Tasek permai