AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Jenan di mana-mana – 26
Senior jenan.
Betapa kecilnya dunia ini.
Dalam dok berborak dengan safety manager , Rosman yang baru sampai site aku, tiba-tiba dia bercerita pasal student di sekolah dia dulu yang sembelih kambing . Macam aku pernah dengaq cerita tu.
Terus aku tanya, sekolah jenan ke kes tu?
Terus dia terkejut, macamana tau?
Aku bagitau cerita tu fames sangat sampai ke Perlis dan aku hampir-hampir tak di bagi pergi sana.
Rupanya dia jenan80 masa aku form 1. Tapi tak selisih sebab dia lari. Terlebih hero kut. Tapi dia still sukses dalam bidang safety. Cerita tentang dia kerja di Papua New Guinea lagi menarik.
Sebagai kenangan dia bagi photo tukang sembelih kambing. Nama tukang sembelih pun femes juga. Aku kenai sangat sebab dia kawan FB aku.
Masa di projek tu ada lagi senior 81 dan 79. Ir Nasa81 adalah head of technical di syarikat main partner kami di Ampang. Masa jumpa dia aku terus saja kenal. Tapi dia pun tak cam senior dia, si safety manager tu. Dia kemudiannya jadi Project Director aku tapi tak lama. Sekarang dah kerja di tempat lain.
Ir Halim79 pula di Syarikat konsesi. Oleh kerana aku sudah kenal dia masa zaman Percon, tak susah nak ingat. Kisah aku mula kenal dia pun dah di tulis sebelum ini. Tapi tiga orang senior aku ni masih blur antara satu sama lain bila di temukan. Halim pun pindah kemudiannya dan tinggal aku saja di projek tu.
7.5.2019
Rawang.
Posting terakhir.