AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Nasi kawah lagi.
Selepas dapat result SPM, aku ke tingkatan enam di sekolah menengah Pulau Nyiur, Jitra. Sementara menunggu tawaran lain, aku merepotkan diri di situ dengan beberapa orang lain. Aku, Dee, Tok Moh, Azlan Z dan Man Hamid terpaksa mencari rumah sewa untuk memulakan pengajian di sekolah baru sebab asrama tidak di sediakan. Duduk sendiri lagi tapi kali tiada undang-undang macam Jenan. Seronok rupanya. Dan kali ni kami terpaksa mengharungi bulan puasa sendiri. Sukar juga tapi bila petang sempat juga Mat Dee buat kueh dan bagi kat jiran untuk dapat lain. Kueh apa yang buat? Hahaha…rahsia tapi tektik berkesan. Kami ada di sekolah tu sampai selepas raya dan mula keluar sebab masing-masing sudah mula mendapat tawaran untuk belajar semula. Zaman itu tingkatan enam belum attractive lagi.
Aku dan Tok Moh kena ke sekolah lagi untuk makan nasi kawah semula bila memasuki program Matrik UKM di Jenan. Hanya kami berdua sahaja otai atau stayers jenan dulu yang masuk matrik. Aku meminta untuk balik ke rumah cendikia lagi. Kali ini dengan beberapa kawan baru. Mail Sahak orang Pantai Johor adalah dari Kolej Islam Klang, Suhaili dari Sains Johor dan Shaari dari Sungai Petani. Manakala Che Ismail adalah dari batch sebelumnya.Dia belum lagi dapat ke UKM sebab belum cukup syarat. Selain dari Che Ismail ada beberapa lagi dari batch sebelum tu termasuk Wan Azam senior setahun jenan aku. Tanpa kami sedari rupanya aku dan Tok Moh akan mengikut jejak langkah Wan azam dan tradisi-tradi sebelum itu untuk repeat tapi malangnya kali ini bukan di Jenan lagi tapi di sebuah sekolah SBP di Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah bila Matrik UKM Jenan ditutup dan diganti dengan matrik UUM.
Tamat kisah aku di Jenan sepanjang enam tahun. Apa yang dapat aku katakan ia adalah persinggahan di sebuah sekolah berasrama penuh memberikan aku asas survival dalam berbagai cara dan pembentukan peribadi terutama mental yang tahan lasak dalam mengharungi kehidupan seterusnya terutama dalam kerjaya aku sekarang ini di bidang pembinaan.
27.4.2019
Ampang