Dari kuliah ustaz SAR
SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT)
PENGENALAN SURAH
Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus dua puluh ayat dan merupakan surah yang kelima mengikut urutan surah dalam al-Quran.
SEBAB DINAMAKAN DENGAN AL-MAAIDAH
Surah ini dinamakan dengan al-Maaidah kerana ia mengandungi kisah turunya hidangan (المائدة) dari langit sejurus diminta oleh penyokong Nabi Musa as. Kisah ini menunjukkan kebenaran nubuwwah nabi ‘Isa as. Akhirnya kisah ini menjadi tarikh keramat yang menjadi sebagai hari perayaan kepada pengikut nabi Musa as. Surah ini juga dinamakan dengan nama al-‘Uqud (العقود ) dan al-Munqizah (المنقذة).
TARIKH TURUN
Surah al-Maaidah diturunkan selepas hijrah selepas Baginda saw pulang dari perjanjian Hudaibiyyah di Mekkah. Sabit dalam sohih bukhari dan Muslim satu riwayat yang bersumberkan daripada ‘Umar ra bahawa firman Allah swt:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
diturunkan pada petang hari ‘Arafah, hari jumaat pada haji wida’.
Diriwayatkan dari Nabi saw bahawa Baginda saw telah membaca surah al-Maidah pada harji wida’ dan Baginda bersabda: Wahai manusia… sesungguhnya surah al-Maaidah adalah surah yang terakhir diturunkan maka umat islam menghalalkan apa yang dihalalkan olehnya dan mengharamkan apa yang diharamkan olehnya.
Imam Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Imam Baihaqi meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar beliau berkata: Surah terakhir yang diturunkan adalah surah al-Maaidah dan surah al-Fath. Manakala Imam Ahmad, Annasaie, al-Hakim (Beliau mensahihkan hadis ini) dan al-Baihaqi telah meriwayatkan daripada ‘Aishah beliau berkata: al-Maaidah adalah surah terakhir yang diturunkan, apa-apa hukum halal yang kamu temui dalamnya maka kamu halalkan dan hukum haram yang kamu temui dalamnya maka kamu haramkan.
PERKAITAN DENGAN SURAH ANNISA’
Sudut persamaan surah al-Maaidah dengan sirah Annisa’ adalah masing-masing mengandungi hokum berkaitan perjanjian, ikatan akad dan penrbincangan berkaitan ahlul kitab, kalangan musyrikin dan munafiq. Dalam Annisa’ ada perbincangan tentang akad perkahwinan, janji keamanan, akad sumpah, perjanjian, wasiat, hokum perdagangan, hokum perwakilan dan hokum sewa menyewa. Manakala topik permulaan surah al-Maaidah adalah berkaitan perintah menunaikan janji. Annisa’ membuat persediaan pengharaman arak manakala al-Maaidah memuktamadkan hokum pengharaman arak. Kedua-dua surah ini mengandungi perbincangan berkaitan ahlul kitab, musyrikin dan kalangan munafiq yang menyentuh dasar akidah mereka, sikap mereka terhadap risalah yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.
INTIPATI SURAH AL-MAAIDAH
Surah al-Maaidah mengandungi hokum syari’at dan tiga kisah. Hukum yang dimaksudkan adalah; hukum-hukum ‘akad, hokum berkahwin dengan ahlul kitab, wasiat, binatang qurban dan binatang hasil perburuan, binatang buruan di tanah haram dan hukumya, toharah melaui wudhu’, mandi wajib dan tayammum, pengharaman arak, judi dan balasan kepada orang murtas, had pencuri, had penyamun dan denda sumpah, syariat jahiliyyah berupa pengharaman bahirah, saaibah, wasilah dan haam, hokum tidak beramal dengan ajaran Allah dan turut disentuh dalam surah al-Maaidah ialah perbincangan dan diskusi dengan pihak nasara, yahudi , musyrikin dan munafiqiin.
Para ulama’ merumuskan isi kandungan surah al-Maaidah seperti berikut: Mengndungi lapan belas hokum yang tidak terdapat dalam surah lain, iaitu:
1)
وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ
Maksudnya: dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas,(Al-Maaidah: 3)
2)
وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ
Maksudnya: dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. (Al-Maaidah: 3)
3)
وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ
Maksudnya: dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. ),(Al-Maaidah: 4)
4)
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ
Maksudnya: Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu… (Al-Maaidah: 5)
5)
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ
Maksudnya: dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu … (Al-Maaidah: 5).
Tiga kisah yang terdapat dalam surah al-Maaidah mengandungi banyak panduan dan pengajaran untuk kebaikkan manusia. Tiga kisah yang dimaksudkan ialah: 1) Kisah Bani Israil bersama Nabi Musa as ketika mereka berkata kepadanya: فَاذْهَبْ أَنْتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ maksudnya: oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu. (Al-Maaidah:24). 2) Kisah dua anak Adam. Peristiwa Qobil yang telah membunuh Habil dan ini adalah jenayah pertama di muka dunia. 3) Kisah al-Maaidah (Hidangan) yang merupakan mu’jizat Nabi ‘Isa as yang berlaku di hadapan sahabat-sahabatnya iaitu kalangan Hawariyyun.
KELEBIHAN SURAH
Imam Ahmad telah mengeluarkan satu riwayat dari ‘Abdullah bin ‘Umar bin al-‘Ash ra, beliau telah berkata: Telah diturunkan surah al-Maaidah ketika Baginda saw berada di atas kenderaanya. Unta berkenaan tidak mampu menanggungnya maka Baginda saw turun dari atas unta tersebut.