AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Jenan di mana-mana – 14
Pada bulan January 2012 dengan tak disangka aku menerima kunjungan seorang kawan lama jenan batch 84.
Dia Masa tu sedang bekerja di Kelantan datang ke rumah abang dia di Sri Andalas. Abang dia ( the original ARMA ) pulak salah seorang kenalan aku dan ummi di sini.
Setahun sebelum itu dia sangat terperanjat bila kami berjumpa semasa kenduri kahwin salah seorang anak abangnya. Aku memang sengaja tak bagitau yang adiknya aku kenal dan kami pernah bersekolah bersama-sama dulu. Jiran aku pula adalah sedara kepada isteri dia. Dia sebelum itu sudah beberapa kali datang rumah sedara dia tapi kami tak pernah bertembung. Dia pun tak banyak berubah sekarang ni.
Dua tahun lebih kami bersama-sama di dorm Satria sebelum aku ke rumah baru Cendikia. Masa tingkatan empat dan lima, dia di kelas 5 sains 2. Kemudiannya kami terus lost contact. Dia dulu suka contiang nama femes dia ‘ARMA was here’ di mana-mana dinding Jenan.
Kemudiannya anak dia, Zainal dan Pak Ain pula menjadi student ummi kat Kisas / KIK.
Sungguh keciknya dunia ini.
Terimakasih ARMA kerana sudi datang umah dengan tiga dari dua belas anaknya.
Dia adalah salah seorang yang paling ramai anak dalam batch kami.
4.5.2019.
Hulu Langat.