AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Jenan di mana-mana - 5
Satu hari semasa meeting antara semua projek manager dengan bos, aku terpandang satu nama yang familiar dalam list. Dia cakap banyak dengan slang Kodiang yang pekat. Dia tak la famous sangat di Jenan tapi sebab dia budak Satria terus nama tu ring the bell. Nama dia Azhar Kasa. Habis meeting masa kami pergi lunch, terus aku tanya dia, hang Jenan ka? Untungnya dia tak ingat aku. Bila geng manager lain senyum-senyum pasal dia tak ingat kat aku, terus dia coverline, biasala senior mana ingat junior. Junior la yang kena ingat kat senior. Hahaha…bagus punya ayat.
Dia masa tu baru joint dan jaga projek UIA di kuantan. Aku kemudiannya ke projek Jalan Gebeng yang terletak di Kuantan juga. Di situ dia kemudiannya introduce aku kepada dua lagi senior Jenan yang ada di JKR Pahang. Seorang nama Ir Sahimi ( Dato? ) dan seorang lagi Ir Hj Rahim Goon, pengarah jalan yang juga involved dengan projek Gebeng aku. Aku selalu jumpa Hj Rahim selepas projek siap bila aku ada urusan di JKR HQ kemudiannya.
Aku lost contact sekejap dengan Azhar selepas aku ke India. Tiba-tiba aku dengar dia ada di Chennai. Dan berkerja dengan AZRB. Kami kadang-kadang pergi pekena teh tarik di Restoren Pelita. Oleh sebab masa tu dah ada handphone nombor, tak susah la nak cari dia kemudiannya.
Haji Rahim batch 76 pula kali terakhir aku jumpa masa dia dah berada di LLM dan kemudiannya aku dengar dia sudah bersara. Tiba-tiba masa dinner alumni baru-baru dia pun ada dan sempat berborak sikit. Sekarang bersara sepenuhnya dan tinggal di Sg Petani .
29.4.2019
Klang.