AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
4.0 TINGKATAN SATU – KELAS TIGA D
Aku di tempatkan di tingkatan satu D. Kelas ini akan kekal sehingga tingkatan tiga. Masa itu pembahagian kelas adalah mengikut huruf di depan nama. Nama-nama yang bermula dari huruf S hingga Z berada dari kelas ini. Semuanya ada empat kelas, A,B,C dan D. Jumpah keseruhan ada seratus lebih dan kelas kami ada dua puluh orang. Tapi ada seorang yang balik ke Perlis bila kami masuk tingkatan dua. Entah apa sebabnya aku pun tak tahu.
Cikgu kelas adalah Ustazah Saniah manakala ketua kelas adalah arwah Ridzuan Zainol aka Pak Wan. Dia dan Zainal Jaafar selalu berlawan siapa yang dapat nombor satu dalam kelas. Aku biasa-biasa saja dalam pelajaran.
Subjek yang aku paling suka adalah lukisan. Ada dua orang lagi yang pandai lukis dalam kelas ini. Seorang nama Suhizan dan seorang lagi Zulkifli Haris. Kedua-duanya orang Perlis. Kami adalah geng kelab lukisan bersama Cikgu Wahab. Duan orang lagi yang pandai melukis adalah Anuar Rizal dan Rejab. Pak Jab ni gila melukis penyanyi A. Ramlee. Last-last rambut dia pun jadi macam A.Ramlee. Zul pulak gila lukis gambar Conan The Barbarian. Dia perasan muscle dia macam Conan. Lama-lama kami panggil dia Zul Conan. Suhizan dan Zul termasuk Suhairi terus sekelas dengan aku bila kami ke tingkatan empat dan lima. Tapi masa Sijil Rendah Pelajaran aku memilih untuk ambil subjek agama islam berbanding dengan lukisan. Cikgu Wahab pernah panggil aku dan tak puashati dengan keputusan aku . Nak buat macamana, aku memilih subjek yang aku rasa senang dapat A dalam peperiksaan.
Kawan-kawan lain yang di kelas ini adalah Suardi, Zainol Rasyid, Sanil, Zakaria, arwah Ridzal Ramli, Mat Ishak, Banturuk, Sahabudin, Zulkifli Hussain, Saharuddin Che Mat, Zainuddin Salleh, Saifudin dan Syed Bazril. Ramai geng Kedah Dan Sabah selain Dari Perlis dalam kelas ni
Pelajar perempuan yang jadi penolong ketua kelas adalah Yusma, orang Penang yang kemudiannya menjadi pensyarah dan bos adik ipar aku di Politeknik di Kulim. Yang menarik hanya seorang sahaja budak perempuan yang bertudung masa mula-mula kami masuk tingkatan satu. Bukan saja di kelas aku tapi di seluruh tingkatan satu. Agaknya bapak dia Tok Guru pondok di Kedah sebab zaman tu memang kurang atau jarang jumpa perempuan bertudung tak macam sekarang. Namanya Siti Salwa Ismail. Dia juga kemudiannya sekelas dengan aku lagi bila kami ke tingkatan empat dan lima. Kawan-kawan perempuan yang lain di kelas ini adalah Suriyati, Siti Azani, Syarifah Mauwizan, Zuraini, Zuhana, dan Tengku Farah.
Antara cikgu yang mengajar kami adalah, Ustazah Saniah ( Agama Islam ), Cikgu Tajuddin ( sains paduan ), cikgu Fakiruddin ( matematik ), cikgu Wahab ( lukisan ), arwah cikgu Azmi ( sejarah ) dan cikgu Ahmad Man ( perdagangan ).
Manakala untuk bahasa inggeris murid-murid di gredkan dan aku di group yang kelima dipanggil Set 5. Kami dikira yang paling tidak pandai bahasa orang putih, maklumlah dulu sekolah kampong. Cikgu kami adalah Madam Mary Anne Masilamani. Banyak peristiwa lucu masa di Set 5 ni. Semasa di tingkatan empat dan lima, cikgu inggeris kami adalah Puan Syarifah Rodziah. Peel grup kami masih sama sampai habis tingkatan lima. Kalau sekarang ni bercerita dengan puak2 ni gelak sampai keluar airmata.
Aku terus Tak pandai English sampai masuk University. Tapi dek kerana kursus engineering, buku rujukan, pensyarah Dan ramai non-malay , aku terpaksa kayuh juga si English ni. Lepas kerja lagi teruk. Semuanya English sampai aku jadi pandai. Sekarang ni nak buat Surat Bahasa melayu pulak terkial kena Cari sample.
24.4.2019
Aeonbig , jln Taman putra sambil pekena laksa