AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Jenan di mana-mana – 22
Ex-Jenan di Andalas.
Aku mula berada di Klang selepas berkahwin pada tahun 1995. Mula-mula sewa di Taman Bertik. Lepas tak setuju dengan saudara tuan rumah yang suka hati datang masuk rumah, aku pindah ke Kampung Jawa dan sewa rumah tokey Nasi Lemak Lido. Tiga tahun kemudian baru pindah ke rumah di Andalas. Oleh sebab lepas tiga bulan pindah, aku terus start outstation , aku tak sempat kenal orang-orang situ.
Satu hari masa cuti, aku pergi breakfast di kedai makan MPK di Seri Serawak dengan pakai t-shirt Alumni Jenan, tiba-tiba masa nak duduk makan datang seorang dan salam sambil bagitau saya pun Jenan juga. Dia bagitau saya ex jenan 73. Rumah dia terletak di kawasan orang yang terawal menetap di Andalas. Setelah lama berborak baru tau dia seorang cikgu . Rupanya Cikgu Jaafar ni orang kuat MP kotaraja.
Jenan yang seorang lagi adalah senior batch 79. Sekarang Datuk Subri. Anak dia pernah sekelas dengan anak aku di Sekolah Rendah Andalas. Kami tahu pun bila pergi majlis berbuka puasa Jenan di UTM Semarak. Nasib baik anak-anak kenal dan baru tau bapak masing-masing ex-Jenan. Tapi datuk dah berpindah ke Putrajaya sekarang.
Seorang lagi Hanim batch86 yang duduk tidak jauh dari rumah aku. Yang ni pun tahu dia duduk situ melalui FB. Tapi dia kemudiannya sambung belajar. Busy sangat dia ni Dan susah nak jumpa. Sekarang dah Ada balik sini.
Yang lain Dok area Klang ada dua orang. Yang pertama azreen . Duduk area Palmgroove. Satu lagi adalah pasangan Jenan Chained dan Enot. Diaorang dok di Bukit Kuda. Pasangan ni kami jumpa masa breakfast di Restoren Bismillah depan stesyen komuter.
Munkin Ada lagi Jenan di kawasan sini tapi belum Ada rezeki nak jumpa.
6.5.19
Andalas