AKU DAN SMSAH JENAN 80 - 84.
Jenan di mana-mana – 9
Laman Facebook adalah medium baru yang lebih canggih berbanding dengan Yahoogroup. Aku di perkenalkan dengan FB ini masa aku tinggal seorang diri kesunyian di Tamil Nadhu, India oleh kawan UKM aku brader Suntara.
Tapi masa tu belum ramai Geng Jenan yang joint. Bila aku balik dan siapkan projek di Gong Kedak, kemudiannya balik HQ di Plaza Hamodal, keadaan sudah berubah.
Melalui FB yang sudah mula popular, ramai ex-Jenan muncul di alam maya. Dulu di alam maya juga generasi yang dekat antara satu sama lain telah dapat di connect melalui laman Smsah.com. Kematiannya telah memutuskan hubungan geng-geng alam maya Jenan terutama beberapa generasi 80an. Kini FB menjadi platform terbaru dan geng yang sama muncul. FB datang dalam bentuk baru yang membolehkan kita post gambar. Habislah gambar-gambar lama Jenan di scan dan di share di FB. Posting-posting gambar selalu mendapat banyak komen yang mengingatkan cerita lama di Jenan. Ramai yang sudah Tak cam antara Satu sama lain. Mula Dan body dah lain. Hanya name Dan gelaran saja yang ingat. Ada jugak yang ingat gelaran saja. Nama betui langsung dah Tak ingat. Sampai bila nak bercerita di alam maya sahaja. Semua orang sudah tak sabar hendak berjumpa .
Atas inisiatif brader83, Pak Syed Ghazi beberapa orang di kumpulkan untuk menjalankan projek gader-gader di alam nyata pula. Semua discussion adalah di FB saja. Antara team terawal selain dari syed dan aku, kak Marini, abang abbas, Jamek dan junior seperti Mat Jais, Siti Noro, Lunar, kak suraiya Dan beberapa junior, kami telah memulakan projek x-jen 5 generasi . Atas cadangan akak suraiya tempat yang di pilih adalah di KGPA petaling Jaya. Akhirnya perjumpaan di alam nyata yang telah berjaya menarik ramai ex-jenan telah Berjaya di adakan pada 25.12.2008. Aku tak bercadang hendak menulis dengan details apa yang berlaku masa perjumpaan itu kerana ramai di sini sudah tahu. Tapi pada aku ia adalah revolusi kepada gader2 kemudiannya.
Bulan januari berikutnya aku pergi outstation lagi di Sarajevo untuk assignment selama enam bulan dan laman FB menjadi tempat aku terus connect dengan sahabat-sahabat Jenan. Tapi Ada beberapa geng awal seperti bro Abbas wahidudin telah hilang terus Dari FB.
1.5.2019
Klang.