Beam tak boleh launching.
Perkara paling ngeri bila buat jambatan adalah bila beam yang kita cast tak muat dengan span yang kita nak launching.
Semasa jumpa Pak Syed tahun lepas, Kami teringat cerita abutment wall di interchange 1, balok kena hack sebab precast beam tak muat nak launching. Wall abutment tu termasuk ke depan dan ngam2 saja. Lagi masalah bila semua beam span tu dah cast.
Tentulah aku cari surveyor situ. Entah macamana si serbey RA ( nama di rahsiakan ) bagi Alignment tu dulu. Joint survey dengan consultant pun dah buat.
Untuk repair, wall tu terpaksa kena hack sebab dah tak ada cara lain. Untuk coverline, Hacking terpaksa dibuat pada Hari sabtu Dan ahad sebab tak nak HQ Dan orang-orang lain tahu.
Dalam masa yang sama penin kepala nak mengejast dengan QS Nik untuk Cari backhoe Yang Ada hacker.
Selepas Semua settle, ada problem pulak nak
buat paper BTB sebab budget dah burst. kena pulak taici dengan QS HQ sebab nak mengelak kena querry budget. Terpaksalah konar buat report.
Sebenarnya aku baru beberapa Hari lepas dok bagi reminder dengan site engineer Projek SUKE ni suruh check Dan check. Jangan ulang hal yang aku experience beberapa tahun dulu.
kadang2 Kita terpaksa buat apa perlu kat project site untuk selesai masalah dan siapkan project walaupun kadang2 bertentang dengan SOP Dan budget etc.