Sunday, March 17, 2019

Warkah dari Bosnia

49. Warkah dari Bosnia.

Saudara Rizlan,

Kali pertama saya bertugas di Bosnia adalah dari 28hb Disember 2008 hingga ke Disember 2016. Dari situ Abdul Malek mengambil alih sehinggalah ke bulan Julai 2017. Saya kembali menjadi Pengarah MBID pada 19hb Oktober 2017. Kontrak kerja saya dengan Selia Group kali ini akan tamat pada 30hb Jun 2019.
Edin Devedzic masih bertugas di Malaysia. Pekerja lama yang masik kekal adalah Kasim Alic. Staf di Bosnia yang lain semuanya muka muka baru.
Pada 11hb Jun 2018 bangunan apartmen baru ‘Vila Mak’ mula di bina. Ianya 8 tingkat serta 1 aras basemen. Terdapat 60 unit apartment, 16 tempat letak kereta basemen, serta 8 unit setor untuk di jual. Kontraktor ‘Dzena doo’ yang membina Vila Dalia meletakkan harga yang tinggi maka kami memilih kontraktor ‘Meister doo’ untuk membina Vila Mak.
Kemajuan kerja bangunan Vila Mak pada 28hb Febuari 2019 adalah 43.32% dibandingkan dengan 56.68% tempoh masa yang telah berlalu. Tempoh kontrak adalah 12 bulan dan buat masa ini dijangkakan kontraktor akan lewat sekitar 3 bulan dari kontrak asal.
MBI Development doo telah menubuhkan anak syarikat ‘Green Stone doo’ yang dimiliki 100%. ‘Green Stone doo’ berjaya mendapat ‘franchise’ pakaian jenama ‘Regatta Great Outdoor’ dari United Kingdom. ‘Green Stone doo’ kemudiannya dapat menyewa ruang kedai seluas 161 m2 di aras basemen SCC Mall. Pada 12hb Oktober 2018 kedai ‘Regatta Great Outdoor’ pertama di Bosnia telah dibuka. Kedai ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Pada 15hb Oktober 2018 ‘Green Stone doo’ memulakan operasi kedai kedua ‘Regatta Great Outdoor’ di Riverina Mall. Ini merupakan kedai pertama di sini dan kedai ini hanya beroperasi pada waktu bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat.
‘Green Stone doo’ sedang menyediakan 2 buah kedai lagi di Riverina Mall. Ianya adalah ‘café’ dan ‘mini market’. Insyallah ‘mini market’ akan beroperasi mulai 25hb Mac 2019. ‘Café’ akan dibuka lewat sedikit kerana terdapat syarat syarat tambahan yang perlu di penuhi.
Secara keseluruhan terdapat 50 ruang kedai di Riverina Mall. Setakat ini kami membuka 3 kedai.
Insyallah pada 20hb April 2019 ini kami akan mengadakan ‘rumah terbuka’ sempena pelancaran Vila Mak. Majlis ini diadakan di dalam Riverina Mall.
Dilampirkan bersama email ini adalah 32 keping gambar. 8 gambar pertama no 001 hingga 008 di ambil di kedai Regatta SCC Mall pada 23hb Febuari 2019. Koleksi pakaian Fall-Winter baru digantikan dengan koleksi pakaian Spring-Summer.
4 gambar kedua no 009 hingga 012 adalah gambar gambar ‘mini market’ di Riverina Mall pada 8hb Mac 2019. 4 gambar ketiga no 013 hingga 016 adalah gambar gambar ‘café’ di Riverina Mall pada 8hb Mac 2019.
16 gambar terakhir no 013 hingga 032 adalah gambar gambar Vila Mak.

Sekian.
Wassalam.

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...