31. Orissa
Aku akhirnya sampai juga ke Orissa. Salah satu negeri yang agak ketinggalan dan notorious jugak. Aku sampai dengan flight dari Delhi ke airport Bubaneswar dengan Project manager aku, Arun Kumar. Kami ada missi untuk jual crusher plant dan menutup site office ( gambar bawah ) setelah percubaan mendapat balik project ni gagal.
Di Orissa, India, Bumihiway telah berjaya mendapat satu project road widening yang menjadi sebahagian dari highway network dari utara ke selatan India.
Tapi untuk mendapat project ini, Bumihiway terpaksa joint venture dengan company local, DDBL builders. Dengar cerita jv parner ni direkomen oleh pegawai NHAI juga. Tapi partner ni tidak membuat sebarang kerja sehingga mendapat notis termination. Masa pegawai membawa surat tu mereka biar saja seolah2 hendak pekena company Malaya.
Company telah melawan notis berhenti di mahkamah dan dipendekkan cerita akhirnya dapat bawa kes ke arbitration. Proses arbitration ini sangat sukar dan berbelit2. Akhirnya company berada dalam keadaan yang baik untuk menang. Semasa inilah tokey DDBL datang jumpa aku untuk nego hendak kembali participate dengan arbitration. Tapi kami sudah menyampah sangat dengan perangai dan tidak melayan apa2. Kes ni diberitakan menang setelah lebih sepuluh tahun.
Aku dan Arun dapat juga tutup office ini dan jual semua asset kemudiannya.