32. Bilakah ianya akan berakhir?
Catatan ini di tulis pada 17 hb April 2009 semasa berada di Ilidza, Bosnia, Herzegovina.
nota aku hari ini berkenaan perbualan aku dengan staff aku seorang projek arkitek kami, amela kulagic yang baru dua minggu menyertai syarikat setelah tamat belajar dari sebuah universiti di sarajevo.
kisah dia kemudiannya mengingatkan aku tentang keadaan yang sedang aku alami sekarang dengan anak-anak aku terutama anak perempuan aku yang bongsu yang aku sentiasa tinggalkan sejak dia dilahirkan. samada kebetulan atau memang sahaja tuhan nak aku tahu macamana perasaan anak-anak bila bapa mereka terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki. lima tahun dahulu semasa sedang menyiapkan projek di gebeng,kuantan, aku juga ada seorang jurutera lelaki yang juga baru keluar dari universiti dan juga sentiasa di tinggalkan oleh bapa yang juga seorang kakitangan kedutaan. dan lebih mencabar juga emak dia juga sering ambil cuti tanpa gaji sebagai seorang guru untuk mengikut bapa dia ke luar negeri. nampaknya dah dah lengkap aku mendapat maklumat bagaimana kedua-dua perasaan anak lelaki atau perempuan yang sering ditinggalkan oleh bapa mereka untuk mencari nafkah.
setelah dua hari berfikir,aku rasa baik aku tuliskan sesuatu di sini untuk aku sendiri dan sesiapa sahaja yang berminat nak membaca.
berbalik kepada kisah awal-awal tadi, bapa si arkitek ini telah tinggalkan dia sejak dia berumur tiga tahun untuk berkerja di negara padang pasir, kuwait. emaknya juga berkerja pada masa itu di sarajevo dan dia sering ditinggalkan dengan seprang lagi adik dia yang masih kecil.kadang-kadang terpaksa mengendong dan membawa adik dia pergi ke kedai atau mana-mana berdekatan. keadaan ini berlarutan sehingga dia bersekolah dan akhirnya ke universiti. tapi sebelum itu perang telah melanda dan mereka tiga beranak terpaksa mengharungi tanpa bapa di sisi dan akhirnya ke kemah pelarian di zagreb,croatia.
setelah perang berakhir,bapa dia masih di kuwait dan hanya balik terus baru-baru ini sahaja. sepanjang itu, bukan setakad si bapa tidak langsung melihat anak-anak membesar di depan mata tapi juga terlepas segala yang dilalui oleh anak-anak seperti majlis graduan dan sebagainya. adakah ini juga akan berlaku pada aku dan anak-anakku? si jurutera yang aku cerita awal-awal tadi sampai sekarang belum dapat memaafkan bapanya yang tidak hadir di majlis konvokesyen dia sebagai jurutera. tak dapat aku bayangkan majlis yang penting itu tanpa salah seorang antara ibu atau bapa. nasib baik bila dia berkahwin dua tahun lepas ibu dan bapanya ada bersama. itu cerita anak yang berjaya dalam pelajaran dan akhirnya menjadi graduan,tapi macamana bila anak menjadi sebaliknya? adakah anak akan menyalahkan bapa atau adakah bapa akan menyesal seumur hidup?
sebenarnya tiada jawapan yang pasti untuk soalan-soalan di atas. semuanya terjadi dengan kehendak tuhan atas sebab-sebab yang DIA juga yang tahu. adakah ianya sebagai ujian untuk semua ahli di dalam keluarga tersebut? adakah hikmahnya di kemudian hari? hanya masa yang akan memberi jawapan.
soalan-soalan ini aku belum mendapat jawapan yang pasti dan bagaimana nak jelaskan kepada anak-anakku dari semasa ke semasa.