Friday, March 29, 2019

Otai construction

66. Otai construction.

Gambar kenangan masa last sebelum berhenti dengan Percon di project keretapi kuantan kerteh.

Aku beruntung dapat berkenalan dan berkerja dengan senior atau otai construction semasa berkerja dengan Ireka, Percon dan Bumihiway.

Kalau dapat clique dengan diaorang, mudah untuk mendapat info dan pertolongan dalam membuat kerja. Tapi Kalau silap handle, susah hidup.
Pernah aku joint satu site dan otai ni bawak aku round site dan test macam2 pasal kerja. Tapi last sekali bila aku sebut, saya dulu pernah kerja dengan Ireka, tiba2 dia terus ok dan kami jadi kamceng sampai sekarang.

Wednesday, March 27, 2019

Kau saja jaga site ni.

65. Kau saja jaga site ni.

Selepas pindah dari Melaka, aku duduk di HQ dan kadang2 turun site bila ada keperluan. Tapi untuk site BP, aku akan pergi tiap2 minggu.

Malangnya bos besar (BB) pun tiba2 berminat untuk pergi selalu ke site sebab on the way dia ke JB. Lagi pulak dia peminat tegar masakan asam pedas BP. Dan ada satu kedai yang sedap giler.

Selalunya aku sampai dulu, baru dia sampai. Jadi semuanya dapat dibetulkan dan terkawal bila dia sampai. Tapi sejak aku pergi haji, dia dah mula direct dengan project manager dan sudah ada beberapa perkara yang dia tak puashati.

Minggu malang tu bermula bila aku ada hal dan sampai lewat dua jam dari dia. Dan hari tu amarah dia sudah maksimum. Dia pun talipon dan suruh aku bersama dua orang lagi tunggu di meeting room.
Masuk saja ke dalam bilik, belum duduk terus dia kata dan tunjuk kat aku, aku rasa kau saja datang jaga site ni. Monday minggu depan kau datang terus sini. Buang saja tiga orang tu.
Kami pun tergamam dan tak kata apa2 lagi.

Minggu depannya mulalah balik aku jadi weekend husband setelah lapan bulan di HQ untuk monitor site tu dan kerja2 lain berkaitan syarikat. Nasib baik mesjid KLK dah siap.

BB ni Kalau tak datang site pun susah. Datang selalu pun susah.

Hanya tuhan yang tahu

64. Hanya tuhan yang tahu.

Kita bila sesak akan teringatkan pencipta kita.

Tadi masa bincang masalah yang kami hadapi sekarang di site, tiba2 bos kata, kalau lima bulan lepas cheong kata ok, dah resolve problems kita ni. Aku terus spontan jawap, masalahnya baru sekarang tuhan nak hal ni settle. Nak buat camna.
Ada sorang sampuk bagitau, hang tau dah salah sorang board director baru2 ni tanya masa meeting,  korang ni solat ka? Macam2 problem kita ni.

Aku juga teringatkan dulu masa sessi lets the bubbles burst dengan bos AT aku pernah bagi soalan kat dia, haji ingat Kalau tuhan tak tolong masa final inspection paip minyak dulu, kita boleh dapat CPC ke? Paip tu dah start bocor sebelum test tapi saya pun tak tau macamana meter tu bertahan ok sampai pass.
Consultant wan tu sampai sekarang menyesal pi approved test tu tapi dia pun tak boleh buat apa.

Sebab tu kadang2 aku tanya team situ, hangpa masa dok doa lepas solat tu ada ka minta tuhan tolong bagi jalan macamana nak settle problems kita kat site ni? Depa selalu diam ja. Doa Dalam hati kut.

Tuhan selalu menolong hamba2nya dengan cara2 dia yang tersendiri.

Tuesday, March 26, 2019

Alumni India

62. Alumni India.

Ahad malam lepas sempat joint teh tarik dengan sahabat2 alumni India BHM.

Seorang di Delhi dan Jalandhar, dua lagi di Berhampur, notorious state of Orissa dan aku di Chennai, Tamil Nadu. Mereka bertiga di sana dalam masa yang hampir sama manakala Aku di fasa hujung tercampak ke Selatan benua.

Banyak cerita lama yang menarik tapi paling best ada bila tersilap hantar bos besar ke stesyen keretapi dan dari empat jam dari negeri Punjab ke Delhi.

Tu la percaya lagi mamat india.

P/s: Noor Azharuddin Bin Saad - boleh tambah kut cerita di Berhampur

Engine Mania Teras Jernang

63. Engine Mania Teras Jernang.

Balik sikit ke zaman belajar sebab semalam gader2 dengan dua orang ahli Engine Mania Teras Jernang di Ampang.

Dulu puak2 engineering ada club bawah tanah nama EngineMania. Kira terMania2lah budak2 lain dengan puak enginiar. Hahaha

Kami adalah batch ketiga fakulti kejuruteraan. Masa tu masih tiada bangunan khas untuk kuliah dan masih nomad menumpang fakulti2 lain seperti Geologi, PPK dan sains hayat.

Teras Jernang pula adalah satu kampung di pinggir UKM. Terletak di jalan ke Bangi Lama sebelum pusat atom. Masa itu kawasan itu masih hutan dan ada sebuah gerai kecik tepi simpang jalan. Ada sebuat batching plan konkrit sebelum jalan ke rumah sewa kami. Ada tiga rumah khas untuk sewa dan semuanya di bolot oleh puak2 kami.
Batching plant yang nampak dari highway plus ke seremban tu masih ada lagi. Sekarang dekat2 situ ada development baru, Southville.

Sunday, March 24, 2019

Macam buruh keretapi Burma

61. Macam buruh keretapi Burma.

Company yang aku baru start di Kelana Jaya adalah in-house construction team yang banyak buat project khas bos besar selain dari project tender sendiri. Tapi masa aku tu project yang tender sendiri selalu kena sailang sebelum dapat submit. Panjang ceritanya.

Jadi sebab tak ada project luar, kena lah buat project yang ada dalam group. Ni yang orang kata konsep Sogososha.
Project dalaman ni kena buat below market price atas alasan nak tolong group. Tapi sapa yang nak tolong kami. Group lain achieve KPI, kami melopong. Bonus pun miss. Kesian team aku. Dapat token atas belas ihsan saja.

Aku finally rasa project dalaman ni macam Nippon buat keretapi dari Malaya ke Burma saja. Di kerah kerja macam buruh paksa Nippon. Kalau kuat, terus dibiar kerja sampai lembik. Kalau dah lembik, diberi semangkuk nasi untuk hidup dan terus kerja. Kalau dah tak berguna, di campak biar mati dalam hutan.

Thursday, March 21, 2019

Selamat tinggal Melaka

60. Selamat tinggal Melaka.

Setelah berada di Melaka selama setahun lapan bulan iaitu lagi empat bulan contract dua tahun akan tamat, bos nombor dua talipon bercerita tentang menyambung contact.
Setelah berbincang sedikit sebanyak, dia memberitahu akan memulakan paper untuk extension.
Tapi dua hari kemudiannya dia talipon lagi dan bagitau ada pertukaran plan. Munkin plan asalnya telah di sailang dan aku telah menjadi kuda yang akan di tolak untuk kepentingan pihak tertentu.
Aku kena balik ke Kelana Jaya untuk assignment baru. Kemudiannya baru aku sedar   syarikat dalam proses hendak memulakan project baru di Batu Pahat dan sudah tiada lagi orang construction untuk mengetuainya. Kuda lain sudah tiada untuk berlari lagi.

Tapi aku terima sebab dapat balik untuk berada di Klang dan memudahkan untuk aku pergi menunaikan haji kemudiannya.

Surveyor

59. Surveyor.

Tak sangka pulak geng surveyor ada hari juruukur sedunia.

Sepanjang aku buat project, memang survey adalah komponen penting.
Berinteraksi dengan puak2 survey ini memerlukan skill PR yang sangat tinggi terutama masa aku site engineer.
Mereka adalah species yang agak special. Lagi2 yang dah veterans. Untuk kerja2 earthworks selalunya geng surveyor otai. Lagi letih nak minta peg dari diaorang. Kalau supervisor yang kaki langgar dan tak jaga peg, teroklah depa belasah. Aku selalu kena jadi orang tengah dan mesti faham apa yang diaorang peg atau marking. Salah faham huru hara jadinya.

Sebenarnya kerja diaorang ni sangat susah dan berisiko. Mula-mula kena kira. Silap kira, habis orang lain. Kalau ada salah apa2 jadi, orang salahkan survey dulu.

Tapi sepanjang pemerhatian aku dalam sepuluh tahun terakhir ni, kerja mereka makin sukar walaupun teknologi survey dah meningkat. Ini kerana expectations untuk errors adalah sifar.

Gud luck dan terimakasih banyak2.

Project manager

59. Project manager.

Project manager adalah orang yang di beri tanggungjawap untuk menguruskan sesebuah project.
Dia akan mengikut arahan dan perancangan serta budget dari HQ.

Kalau project ada masalah dari segi apa pun, project manager adalah orang pertama terkena tempias. Samada di tarik balik ke HQ atau di tamatkan terus. Client dan consultant juga mempunyai kuasa untuk menolak project manager yang mereka tidak suka. Samada alasan benar atau kukuh bukan persoalannya.

Perselisihan antara project manager dan tokey dan orang bawahan juga kadang2 menjadi antara sebab dia di keluarkan dari site.

Buku ini memberi tips untuk project manager berjaya mengurus.
Tapi ada juga keadaan yang project manager yang baik boleh gagal juga.

Wednesday, March 20, 2019

Memang kami tipu

57. Memang kami tipu

Semalam sempat lunch asam pedas dengan kawan lama yang jaga piling di SAE highway.

Sambil bercerita tentang project yang dia involved sekarang di Klang. Dia bengang  dengan bos situ yang kerek sangat.
Aku bagitau dia yang mamat tu dulu dari jv partner kami dulu yang selalu menyusahkan aku nak buat jambatan area jalan kebun dan kota kemuning sekarang. Rupanya masih tak berubah dia.

Aku nak cerita kawan aku ini jugak pernah pekena seorang clerk of works yang juga kerek . COW ni selalu report kat RE yang kami selalu tipu spun pile piling. Dia kata piling tak habis dah report set.
Satu hari dia mark satu pile point dan canang satu site yang pile tu tak betul. Sudah jadi big issue dan cabar kami buat test. Kami pun buat test dan results menunjukan tiada penipuan. COW tu resign selepas peristiwa tu.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah memang pile tu tak cukup length dan kami terminate awal. Bila heboh, malam sebelum test, piler datang dan pile secukupnya malam tu juga.
Jadi bila test results dah tentu ok.

Perkara yang tak terpikir pun boleh buat juga.

Panggilan haji

56. Panggilan haji.

Perkara terbaik berlaku semasa aku di Melaka adalah panggilan haji yang semakin hampir.

Tujuh tahun sebelumnya ummi berhempas pulas mengajak aku pergi daftar. Belum nak daftar pun aku sudahbagi bermacam2 alasan. Aku selalu ulang kata2, nak pergi kursus pun belum tentu ada masa. Macamlah masa tu aku yang punya dan aku tukang aturnya. Akhir cerita aku setuju nak daftar setelah di veto oleh emak aku atas komplen ummi.

Setelah bos tiada halangan untuk aku balik ke Klang,  akhirnya aku hanya miss satu saja kursus saja. Itupun sebab ada meeting dengan JKR di Kuala Terengganu.

Tuesday, March 19, 2019

Kamu tak akan dapat lima bintang

55. Kamu tak akan dapat lima bintang.

Itulah kata2 terakhir bos aku semasa hari dia nak meninggalkan syarikat.

Sebagaimana yang di cerita sebelum ini, Jkr telah memberi dua bintang saja untuk kerja penyeliaan jalan kami. Dengan keadaan pada masa itu bos tidak yakin team kami boleh buat lebih dari itu dan dia mengambil keputusan untuk berhenti.

Kata2 itu memberi cabaran baru untuk team kami. Kedatangan bos baru yang lebih garang dan no-nonsense dan dengan plan serta komitment baru dari regional dan manager2 NS , johor dan melaka kami telah berjaya mendapat lima bintang untuk tahun berikutnya. Panjang cabarannya untuk aku kalau hendak di cerita. Semua orang skeptical yang kami boleh buat. Ada yang perleceh beberapa initiative yang kami buat masa itu. Orang yang kuat komen pula bukanlah orang luar tapi adalah orang dalam yang terlibat secara langsung sebelum itu.

Hubungan dengan datuk pengarah juga pulih. Team berkerja dengan baik . Dan tibalah masa untuk aku keluar dari Melaka.

Makan di Chennai

54. Makan di Chennai.

Memilih tempat makan di India tidak semudah di Malaya. Makanan atau minuman di tepi jalan atau warung di sana tidak digalakkan. Kalau nak minum kena air yang di masak. Kalau makan kena cari di kedai yang proper atau di hotel. Mencari yang halal di utara susah juga.

Kalau di Chennai selain yang di masak oleh tukang masak, aku selalu ke cawangan Restaurant Pelita yang beberapa tahun sebelum itu dibuka.
Aku selalu ke situ pada hari ahad. Sambil merasa makanan ala Malaya, selalu dapat borak dengan orang kedai yang boleh cakap melayu. Ada juga orang India Malaya yang hairan apa melayu macam aku buat situ. Dia yang datang sekejap pun dah tak tahan. Mereka Kebanyakkan nya datang untuk mendapatkan rawatan hospital yang murah.

Di situ juga aku jumpa junior UKM yang masa tu kerja dengan company Azrb yang juga buat project jalan. Kami selalu gader2 untuk menghilangkan kebosanan.

Di Hydrabad pula ada restaurant Little Penang yang di punyai oleh beberapa staff company IJM. Semua jenis masakan Penang ada di situ
Beberapa tahun kemudiannya, restaurant itu di jual kepada syarikat di bawah kementerian pelancongan.

Monday, March 18, 2019

Embankment failure

53. Embankment failure.

Embankment failure adalah antara perkara yang kontraktor tak sanggup menghadapinya. Walaupun  bukan salah kontraktor tapi untuk menunggu keputusan dan melalukan kerja2 repair adalah sangat menyusahkan. Keadaan jenis tanah serta aliran air bawah tanah susah untuk diagak dan kesesuaian dengan design pulak satu cabaran. Lagi2 bila designer tidak mempunyai data ujian tanah yang tepat. Faham2 sajalah macamana soil investigation di Malaya ni di buat.

Kesalahan kontraktor adalah mereka hendak cepat mengejar progress. Kalau boleh hari2 hendak tambak tanah. Kalau tanah bangsa marine clay, kemungkinan besar failure boleh berlaku bila tambakan jadi aggressive.

Aku berhadapan dengan embankment failure ni di tiga project semasa aku masih site engineer dan bila jadi construction manager.

Masa aku di Kesas, consultant hanya bagi tambak selang sehari. Itupun failed jugak bila sampai area yang ada super elevation sebelah. Sudah stage empat pun failed juga.
Semasa di Kerteh, kami mengejar masa. Tambak siang dan malam. Akhirnya platform failed jugak. Dashyatnya movement tanah bila failed bila kami tengok paip settlement marker macam di potong dengan laser.

Masa si Gebeng, subcon Fenki nak cepat siap sebab mereka ada banyak lori tanah dan tak mahu idling. Walaupun aku sudah predict untuk buat alternate filling tapi bos tak bagi. Failed sepanjang 800 meter. Sudah repair insurance tak mau bayar sebab design salah.

Berhati-hatilah buat jalan di kawasan marine clay terutama coastal area, klang , banting, kuala Selangor, kuantan, kerteh dan juga di penang.

Raya haji di Taiping

52. Raya haji di Taiping.

Masa kerja di zaman bujang balik kampung hanya pada raya puasa. Cuti panjang raya cina dan cuti lain lepak di rumah sewa atau keluar jalan2 saja.
Pada raya haji 1993, kami geng rumah Gunung Rapat pergi raya ke Taiping rumah mak angkat seorang staff di office. Mak cik tu husband dia bekas seorang pegawai polis. Kami Pergi sehari sebelum raya dan bermalam di sana. Nama taman pun aku dah lupa tapi surau area tu masih bangunan kayu.

Taiping baru2 ni dinamakan antara tiga tempat yang paling menarik di dunia. Dulu kawasan bijih timah di mana orang2 besar melayu menjadi pengusaha pertama sebelum British masuk campur dan akhirnya aktiviti perlombongan bertukar tangan kepada bangsa lain.

Sebelum balik Ipoh sempat lepak2 di tasik Taiping yang terkenal. Cadangan ke Fraser Hill pun tak jadi.

Kerja dah siap, repair sajalah

51. Kerja dah siap, repair sajalah.

Kadang2 kita susah nak predict bos besar.

Masa di project GK, sejak hari pertama aku sampai bos besar bising pasang filling atas TS.  Susah gila nak filling tanah situ. Satu TS filling ambik masa satu bulan. Next visit dia baru siap satu. Masih bising marah2.
Tiga bulan kemudiannya siap semuanya. Dia dah tak komplen2 lagi.
Bulan kemudiannya hujan dan rosak pulak filling tu dengan turfing sekali.
Bila aku report ( sebab takut kena marah ), dia kata apa nak risau. Dah siap semuanya. Kau repair ja lah.

Sunday, March 17, 2019

Warkah dari Bosnia

49. Warkah dari Bosnia.

Saudara Rizlan,

Kali pertama saya bertugas di Bosnia adalah dari 28hb Disember 2008 hingga ke Disember 2016. Dari situ Abdul Malek mengambil alih sehinggalah ke bulan Julai 2017. Saya kembali menjadi Pengarah MBID pada 19hb Oktober 2017. Kontrak kerja saya dengan Selia Group kali ini akan tamat pada 30hb Jun 2019.
Edin Devedzic masih bertugas di Malaysia. Pekerja lama yang masik kekal adalah Kasim Alic. Staf di Bosnia yang lain semuanya muka muka baru.
Pada 11hb Jun 2018 bangunan apartmen baru ‘Vila Mak’ mula di bina. Ianya 8 tingkat serta 1 aras basemen. Terdapat 60 unit apartment, 16 tempat letak kereta basemen, serta 8 unit setor untuk di jual. Kontraktor ‘Dzena doo’ yang membina Vila Dalia meletakkan harga yang tinggi maka kami memilih kontraktor ‘Meister doo’ untuk membina Vila Mak.
Kemajuan kerja bangunan Vila Mak pada 28hb Febuari 2019 adalah 43.32% dibandingkan dengan 56.68% tempoh masa yang telah berlalu. Tempoh kontrak adalah 12 bulan dan buat masa ini dijangkakan kontraktor akan lewat sekitar 3 bulan dari kontrak asal.
MBI Development doo telah menubuhkan anak syarikat ‘Green Stone doo’ yang dimiliki 100%. ‘Green Stone doo’ berjaya mendapat ‘franchise’ pakaian jenama ‘Regatta Great Outdoor’ dari United Kingdom. ‘Green Stone doo’ kemudiannya dapat menyewa ruang kedai seluas 161 m2 di aras basemen SCC Mall. Pada 12hb Oktober 2018 kedai ‘Regatta Great Outdoor’ pertama di Bosnia telah dibuka. Kedai ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Pada 15hb Oktober 2018 ‘Green Stone doo’ memulakan operasi kedai kedua ‘Regatta Great Outdoor’ di Riverina Mall. Ini merupakan kedai pertama di sini dan kedai ini hanya beroperasi pada waktu bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat.
‘Green Stone doo’ sedang menyediakan 2 buah kedai lagi di Riverina Mall. Ianya adalah ‘café’ dan ‘mini market’. Insyallah ‘mini market’ akan beroperasi mulai 25hb Mac 2019. ‘Café’ akan dibuka lewat sedikit kerana terdapat syarat syarat tambahan yang perlu di penuhi.
Secara keseluruhan terdapat 50 ruang kedai di Riverina Mall. Setakat ini kami membuka 3 kedai.
Insyallah pada 20hb April 2019 ini kami akan mengadakan ‘rumah terbuka’ sempena pelancaran Vila Mak. Majlis ini diadakan di dalam Riverina Mall.
Dilampirkan bersama email ini adalah 32 keping gambar. 8 gambar pertama no 001 hingga 008 di ambil di kedai Regatta SCC Mall pada 23hb Febuari 2019. Koleksi pakaian Fall-Winter baru digantikan dengan koleksi pakaian Spring-Summer.
4 gambar kedua no 009 hingga 012 adalah gambar gambar ‘mini market’ di Riverina Mall pada 8hb Mac 2019. 4 gambar ketiga no 013 hingga 016 adalah gambar gambar ‘café’ di Riverina Mall pada 8hb Mac 2019.
16 gambar terakhir no 013 hingga 032 adalah gambar gambar Vila Mak.

Sekian.
Wassalam.

Selamat bersara dato

48. Selamat bersara dato.

Semalam baca berita dato KP Jkr Dr Roslan sudah sampai masa bersara.

Aku pernah bersama dia yang waktu itu pengarah Jkr NS melawat jambatan besi sementara di Lukut yang kami turut terlibat membinanya.

Exco kerja pada masa itu juga datang  melawat sekali.

Saturday, March 16, 2019

Memancing

45. Memancing.

Salah satu kegemaran team project highway Ipoh bila ada masa adalah pergi memancing.

Port yang selalu pergi adalah di Segari. Selalunya kami bertolak dari Ipoh pada sabtu petang dan sampai di sana hampir senja dan bermalam. Tengahari esuknya baru balik.

Mulanya tak ramai yang ikut. Tapi lama2 makin meriah pulak. Satu hari kami singgah di satu warung untuk makan sebelum bertolak ke tempat memancing. Pak cik kedai tu tanya, nak mancing mana? Kami pun cerita kat dia dan dia kata, oooo ...itu lubuk antu.

Lain macam pulak nama tempat tu. Tapi kami proceed saja macam biasa. Alhamdullilah sepanjang aku pergi memancing tu tak ada apa2 yang berlaku.

Habis project tu aku dah tak memancing ke mana2 lagi sampai sekarang.

Practical training

44. Practical training.

Salah satu komponen penting semasa pengajian adalah kewajipan menjalankan practical training dengan firma consultant atau syarikat pembinaan.

Aku dan rakan sekuliah suntara telah disenaraikan untuk training di consultant GEA yang beribu pejabat di Subang Jaya. Tuan firma tu adalah Tuan Ir shaikh dan bekas ketua jabatan kami Ir Dr Ramli pun berada di situ. Consultant ini lebih kepada bidang geotechnical. Selain membuat rekabentuk geotechnical lain, mereka juga merekabentuk dan menyelia projek tambakan di Sime Uep ( sekarang subang Jaya) menggunakan kaedah control filling. Kaedah ini adalah untuk mempercepatkan proses penambakan tanah.

Training kami dibahagikan kepada office dan site. Di office aku ditugaskan untuk menolong Ir Jasni dalam rekabentuk geotechnical untuk project Serendah Golf.
Manakala di site pula kami bersama2 site engineer dan technician lain dalam menyelia kerja2 tanah. Dua orang engineer situ kemudiannya menjadi ARE di project pertama yang aku kerja di Plus highway, Ipoh.

Setelah enam bulan, aku balik ke kampus untuk  menghabiskan pengajian di tahun empat.

Friday, March 15, 2019

Jaipur

43. Jaipur.

Semasa di India, aku sempat ke Jaipur. Kota yang serba merah. Hampir semua bangunan zaman Mughal di buat dari bata merah.

Aku ke sana untuk hadir meeting board Highway Swarna Tollways ( STPL ) yang ahli2nya ada kontraktor malaysia seperti Cidb, Ijm, WCt,Mtd dan Bhm. Dapatlah berkenalan dengan orang2 besar company2 tu.

Buat mesjid

42. Buat mesjid.

Selain dari buat jalan,  jambatan dan bangunan, alhamdullilah aku dapat peluang buat mesjid.
Mesjid ni kami buat at cost sahaja dengan upah labour dan beli barang. Hanya itu saja yang charge kepada pihak mesjid. Management fees dan gaji staff serta kos2 lain adalah Foc. Tiada untung di ambil.
Hampir setiap minggu aku akan ke kota lama kiri, Kuala kangsar untuk monitor progress project ni.
Alhamdullilah project ini siap mengikut budget yang ditetapkan dan berfungsi dengan baik.

Semoga menjadi amal jariah di alam sana nanti.

Biryani Hydrabad

41. Biryani Hydrabad.

Dalam construction, makan adalah perkara yang paling aku enjoy. Dari tak pandai makan sampai boleh order macam2 dan selalu diberi kepercayaan menguruskan bab makan dengan bos dan client. Akibatnya berat dah melebihi seratus kilo. Keadaan jadi terok bila dah jadi project manager.

Semasa di India aku dapat rasa the best biryani di India iaitu di Restaurant Paradise Biryani di bandar Hyderabad. Memang power dan teringat-ingat sampai sekarang.

Selain dari biryani Hydrabad, kambing bakar Bosnia pun sedap sampai meleleh air liur walaupun hanya di letakkan garam.

Sekarang semua tu dah tinggal kenangan saja.

Thursday, March 14, 2019

Jkr yang suruh bos

39. JKR yang suruh bos

Semasa meeting dengan KKR dan JKRBFSF dengan bos FY, kami ditunjukkan gambar seorang supervisor yang sedang mengukur  level undulating jalan dengan ranting kayu. Walaupun tak di sebut konsesi mana tapi berdasarkan baju tu dah tau itu team Selia. Malu giler kami dua dengan client dan geng konsesi lain.

Habis meeting terus kami cari regional manager NS, pak aji Ajak. Dia pun tension bila kena belasah. Lepas tu dia bagitau, orang Jkr yang suruh bos. Manatau gambar tu nak di publickan masa meeting.

Sebenarnya kita kena becaful bila authority suruh buat benda2 pelik ni. Takut backfire macam kami kena. Akan ada orang yang akan interpretate macam lain.

Kesian pak aji manager aku.

Kesian paip bomba.

40. Kesian paip bomba.

Paip ni aku jumpa masa otw balik raya ke Terengganu.
Kami singgah lunch di kedai area Kerteh.

Hal macam ni memang selalu berlaku apatah lagi bila tiada consultant atau client yang memberi confirmation position yang sebenar.
Lagi teruk bila final inspection tiada siap yang check. Dalam kes ni tentu bomba pun tak datang tengok.

Kontraktor belasah sajalah.

Bilakah ianya akan berakhir?

32. Bilakah ianya akan berakhir?

Catatan ini di tulis pada 17 hb April 2009 semasa berada di Ilidza, Bosnia, Herzegovina.

nota aku hari ini berkenaan perbualan aku dengan staff aku seorang projek arkitek kami, amela kulagic yang baru dua minggu menyertai syarikat setelah tamat belajar dari sebuah universiti di sarajevo.
kisah dia kemudiannya mengingatkan aku tentang keadaan yang sedang aku alami sekarang dengan anak-anak aku terutama anak perempuan aku yang bongsu yang aku sentiasa tinggalkan sejak dia dilahirkan. samada kebetulan atau memang sahaja tuhan nak aku tahu macamana perasaan anak-anak bila bapa mereka terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki. lima tahun dahulu semasa sedang menyiapkan projek di gebeng,kuantan, aku juga ada seorang jurutera lelaki yang juga baru keluar dari universiti dan juga sentiasa di tinggalkan oleh bapa yang juga seorang kakitangan kedutaan. dan lebih mencabar juga emak dia juga sering ambil cuti tanpa gaji sebagai seorang guru untuk mengikut bapa dia ke luar negeri. nampaknya dah dah lengkap aku mendapat maklumat bagaimana kedua-dua perasaan anak lelaki atau perempuan yang sering ditinggalkan oleh bapa mereka untuk mencari nafkah.

setelah dua hari berfikir,aku rasa baik aku tuliskan sesuatu di sini untuk aku sendiri dan sesiapa sahaja yang berminat nak membaca.

berbalik kepada kisah awal-awal tadi, bapa si arkitek ini telah tinggalkan dia sejak dia berumur tiga tahun untuk berkerja di negara padang pasir, kuwait. emaknya juga berkerja pada masa itu di sarajevo dan dia sering ditinggalkan dengan seprang lagi adik dia yang masih kecil.kadang-kadang terpaksa mengendong dan membawa adik dia pergi ke kedai atau mana-mana berdekatan. keadaan ini berlarutan sehingga dia bersekolah dan akhirnya ke universiti. tapi sebelum itu perang telah melanda dan mereka tiga beranak terpaksa mengharungi tanpa bapa di sisi dan akhirnya ke kemah pelarian di zagreb,croatia.

setelah perang berakhir,bapa dia masih di kuwait dan hanya balik terus baru-baru ini sahaja. sepanjang itu, bukan setakad si bapa tidak langsung melihat anak-anak membesar di depan mata tapi juga terlepas segala yang dilalui oleh anak-anak seperti majlis graduan dan sebagainya. adakah ini juga akan berlaku pada aku dan anak-anakku? si jurutera yang aku cerita awal-awal tadi sampai sekarang belum dapat memaafkan bapanya yang tidak hadir di majlis konvokesyen dia sebagai jurutera. tak dapat aku bayangkan majlis yang penting itu tanpa salah seorang antara ibu atau bapa. nasib baik bila dia berkahwin dua tahun lepas ibu dan bapanya ada bersama. itu cerita anak yang berjaya dalam pelajaran dan akhirnya menjadi graduan,tapi macamana bila anak menjadi sebaliknya? adakah anak akan menyalahkan bapa atau adakah bapa akan menyesal seumur hidup?

sebenarnya tiada jawapan yang pasti untuk soalan-soalan di atas. semuanya terjadi dengan kehendak tuhan atas sebab-sebab yang DIA juga yang tahu. adakah ianya sebagai ujian untuk semua ahli di dalam keluarga tersebut? adakah hikmahnya di kemudian hari? hanya masa yang akan memberi jawapan.

soalan-soalan ini aku belum mendapat jawapan yang pasti dan bagaimana nak jelaskan kepada anak-anakku dari semasa ke semasa.

Korek jalan yang dah siap

38. Korek jalan yang dah siap.

Salah satu penyeksaan untuk kontraktor dalam construction adalah korek balik jalan yang sudah siap premix.

Korek balik adalah perkara terakhir yang terpaksa aku buat. Macam2 sebab kena korek balik.
Satu bila test premix failed. Tapi ini jarang berlaku sebab kami tau nak settle. Re compact kemudiannya retest. Selalunya pass.
Kedua bila jalan yang baru buat ada settlement. Ini pun boleh settle dengan resurfacing premix.
Tapi bila paip pecah dan air membuak2 keluar, tiada jalan lain selain dari korek jalan cari tempat yang pecah untuk repair. Kami pernah alami paip minyak yang pecah. Jenuh nak cari tempat yang tepat bocor. Tiada alat canggih lagi masa untuk memudahkan cari tempat bocor.
Kalau kes ni jadi berbakul2 la kena maki dengan tokey. Lagi2 bila tak jumpa siapa yang kita nak salahkan dan backcharge.
Jadi kami selalu tutup kes jangan bos tau.

Wednesday, March 13, 2019

Macam menyesal

37. Macam menyesal

Walaupun permulaan kerja di Ayer Keroh tapi pengakhiran adalah sangat manis sekali.

Hari ketiga, bos ajak ke meeting dengan JKRBSFJ. Chairman nya datok Mz. Dalam meeting itu terok kami kena taji dengan datuk pengarah. Macam2 kena. Dari komplain kami lembab dan maintenance jalan yang teruk. Audit dalaman hanya memberi dua bintang saja. Sakan introduction ni. Kemudiannya jumpa personal datuk pulak. Lagi banyak dibubuhnya walaupun bos aku dulu bff dia. Setelah berjanji macam2 kami pun blah.

Rasa macam menyesal pulak joint team ni. Tapi apa nak buat kena kayuh jugak.

dari balkan ke ayer keroh

36. Dari Balkan ke Ayer Keroh
Setelah pertarungan dengan subcon mafia,Esco berakhir dengan ke mahkamah, aku tiada sebab untuk duduk lama di sana walaupun aku suka di Bosnia berbanding dengan India. Destinasi seterusnya adalah Selia selenggara, Ayer Keroh, Melaka. Aku sebelum itu telah jumpa dengan bos Hj Shokri bercerita tentang assignment melaka semasa aku balik untuk arbitration tempoh hari. Contract kerja pun di email dan setelah berfikir dan menerimanya.

Tanpa aku sedari ada tentangan dalaman dari berapa orang yang aku tak sedia untuk sebut nama mereka di sini. Lagi2 aku akan jadi bos mereka. Sebabnya adalah aku datang dari team Bumihiway yang telah menjadi rival mereka sebelum ini. Sebelum itupun kami pernah sub buat bridge. Walaupun siap tapi akaun tak pernah tutup. Percubaan untuk menghalang gagal sebab aku pun ada cable Yang kuat. Geng2 yang tidak setuju terpaksa rela dalam paksa. Dan Ada yang menunjukkan ketidakpuasan bila aku betul2 sampai dan melaporkan diri.

Dalam keadaan tiada siapa peduli aku di ayer keroh itu yop Rais telah talipon dan tanya, bang, nanti nak duduk mana? Aku kata dok hotel dulu kot sementara dapat rumah sewa. Dia kata tak payahlah, dok dengan kami saja. Saya dah bincang dengan che Jo. Semua situ weekend husband. 

Aku pun terima ajakan geng alumni Bumihiway india dan tinggal di sana sehingga habis assignment di Melaka.

Tuesday, March 12, 2019

Kami dah email tiket flight

35. Kami dah email tiket flight

Company bila memerlukan staff membuat sesuatu tugasan akan berbuat apa saja. Kadang2 luar dari akal fikiran. Begitu juga sebaliknya.
Aku ke Bosnia dengan contract balik selepas enam bulan. Tapi tiba2 bila sampai bulan ke empat, aku telah mendapat email, kami attached tiket flight untuk attend arbitration kes  Bumihiway vs Fenki project Gong Kedak.
Masa dok nego sebelum ke Bosnia dulu Aku dah tanya bos AT, sapa nak handle nanti? Dia jawap untuk melepaskan diri, aku cari orang lain. Hang jangan risau. Aku bukan risau. Lagipun kes dengan sub Fenki tu jadi sebelum aku joint project tu. Aku cuma nak taichi nak melepaskan diri ke Bosnia saja.

Tapi sebab dapat balik aku cepat2 setuju. Baik balik dulu dari dok discuss dengan subcon mafia Esco.

Walaupun kes tu tak menyebelahi kami sebagai main contractor, tapi dapat balik tiga minggu satu rahmat untuk aku.

Bila bapak nak datang rumah kita?

34. Bila bapak nak datang rumah kita?

Kisah paling aku sedih semasa outstation adalah semasa aku ke Kerteh. Masa tu balik Klang kadang dua atau tiga minggu sekali dengan bas KT - Klang.
Anak kembar aku baru berusia tiga tahun manakala si kakak baru setahun.
Yang si kakak hari pertama balik macam tak kenal siapa yang datang. Esuk baru dia okey. Kemudiannya hilang.
Yang si abang sudah boleh bercakap tapi tidak mengerti suasana bapaknya yang sedang outstation.
Pada suatu hari bila aku sampai ke rumah, tiba2 salah satu kembar bagi soalan maut, bapak dah lama tak datang rumah kita?
Whattt.....ni rumah sapa? Rumah bapaklah.
Dia pun konpius.

Aku rasa macam nak bagi surat berhenti hari tu juga. Tapi itu bukanlah solutions nya.

Kayuh ja lah Labu dan ianya berlanjutan selama empat belas tahun dan yang paling lama adalah selama enam bulan semasa di India.

Monday, March 11, 2019

Pengorbanan seorang isteri

33. Pengorbanan seorang isteri

Masa aku di sekolah aku tak tau apa2 pasal kerjaya sebagai engineer. Kalau orang tanya pasal bila besar nak jadi apa, jawapan cuma cikgu, polis, askar.
Masa mula2 daftar fakulti kejuruteraan UKM pun masih blur. Mula2 nak ambik kej. Letrik tapi kawan yang duduk sebelah , Hj Aspa kata joint la masuk civil, boleh kita joint nanti. Aku pun tick kej awam dan struktur.
Masa aku praktikal training di GEA subang jaya baru aku exposed sikit pasal construction. Itupun environment consultant.
Bila Aku start kerja di Ireka, Ipoh baru aku tau apa engineer buat dengan company kontraktor di project. Di sana baru Aku tengok dan alami betapa sukarnya kerja di bidang pembinaan lebih2 lagi dengan kontraktor.
Apa yang sukar?
Kerja dahla tak tentu masa, ada malam, ada siang. Di project KLCC cooling tower lagi teruk. Concreting memang malam2 dan bila concrete basement slab non-stop tiga hari dua malam. Belum kira kerja hari ahad dan public holiday yang lain. Tapi masa tu masih bujang. Buat apa tiada siapa yang tanya dan larang. Hidup adalah kerja dan kerja. Nak cari bakal mem pun tadak masa. Tapi alhamdullilah jumpa juga seorang cikgu. Bila dia talipon tanya, ada mana? Ada di site, kerja. Malam2 talipon pun kerja.
Bila kahwin, Aku mengheret isteri dengan hidup seorang engineer yang gila kerja, kejar progress dan deadline nak siapkan project. Nasib baik dah train awal. Tapi satu hari dia tanya, cikgu kat sekolah laki dia engineer juga tapi selalu ja ada masa dengan family. Aku tadak  jawapan langsung.
Keadaan lagi sukar bila mula outstation. Aku mula jadi weekend husband masa project kuantan - kerteh railway dengan percon. Balik Lembah klang lapan ke kuantan, india, besut, bosnia, melaka dan last sekali batu pahat. Total outstation semuanya empat belas tahun. Itu pun dah gaduh dengan bos besar.
Sepanjang masa itulah hajjah sorang diri menguruskan anak2 dan semua hal rumah.
Aku miss melihat anak2 membesar. Banyak kontra dari pronya.
Walaubagaimana pun itu perjalanan yang telah ditakdirkan.

Terimakasih hajjah Ummi Ubaida atas pengorbananmu.

Saturday, March 9, 2019

Orissa

31. Orissa

Aku akhirnya sampai juga ke Orissa. Salah satu negeri yang agak ketinggalan dan notorious jugak. Aku sampai dengan flight dari Delhi ke airport Bubaneswar dengan Project manager aku, Arun Kumar. Kami ada missi untuk jual crusher plant dan menutup site office ( gambar bawah ) setelah percubaan mendapat balik project ni gagal.

Di Orissa, India,  Bumihiway telah berjaya mendapat satu project road widening yang menjadi sebahagian dari highway network dari utara ke selatan India.
Tapi untuk mendapat project ini, Bumihiway terpaksa joint venture dengan company local, DDBL builders. Dengar cerita jv parner ni direkomen oleh pegawai NHAI juga. Tapi partner ni tidak membuat sebarang kerja sehingga mendapat notis termination. Masa pegawai membawa surat tu mereka biar saja seolah2 hendak pekena company Malaya.
Company telah melawan notis berhenti di mahkamah dan dipendekkan cerita akhirnya dapat bawa kes ke arbitration. Proses arbitration ini sangat sukar dan berbelit2. Akhirnya company berada dalam keadaan yang baik untuk menang. Semasa inilah tokey DDBL datang jumpa aku untuk nego hendak kembali participate dengan arbitration. Tapi kami sudah menyampah sangat dengan perangai dan tidak melayan apa2. Kes ni diberitakan menang setelah lebih sepuluh tahun.

Aku dan Arun dapat juga tutup office ini dan jual semua asset kemudiannya.

Friday, March 8, 2019

Ana muhandis

30. Ana muhandis

Semasa di Madinah pada musim haji 2013 Aku dan hajjah masuk ke kedai sheikh arab untuk membeli barang. Sebab tak tau cakap arab Aku biar hajjah sorang dok nego sambil dia test Bahasa arab dia dengan sheikh madinah.

Setelah siap beli barang dan bayar, sheikh tu memuji2 kefasihan bahasa arab hajjah dan tanya di mana dia belajar sebab cakap dah macam orang mesir. Bila hajjah cakap di belajar di Malaya saja dan sekarang guru Bahasa arab, dia pun ingat aku pun terer juga.
Tiba2 dia tanya samada Aku pun cikgu jugak ka, terus aku cakap, Ana muhandis. Wahh bila dia dengar Aku ni enginiar, teruih dia ingat aku ni kaya macam engineers arab. Dia tak percaya bila hajjah cakap muhandis malezi ni fulus sikit saja dan terus mengeluarkan barang2 lain untuk kami beli. Menyesal gamaknya dah closed deal tadi.
Aku pun kata, bahaya ni. Jom cepat2 blah, nanti kena tahan sini pulak. Terus kami cabut dari kedai tu.

Awak boleh kena stroke

29. Awak boleh kena stroke

Kerja dalam environment kontraktor adalah sangat stressfull terutama bila terlibat dengan project. Project ada dateline yang hendak di kejar. Bukan untuk siap saja tapi tiap2 item kerja ada dateline. Target mingguan dan bulanan juga Ada. Bila delay, lagi stress. Lebih2 lagi dapat client yang banyak cekadak.

Semasa aku di lebuhraya shah alam dengan percon pernah bila demam dan jumpa doktor. Tiba2 dia kata, teruk BP awak ni. Kalau macam ni awak boleh kena stroke. Hah.... terkejut gila aku. Biar betoi doktor ni.
Selepas tu Aku kena monitor tiap2 bulan sehingga okey. Macam2 buat termasuk amalkan zikir tiap2 pagi.

Namun begitu kegilaan terhadap makanan sedap, biryani, masakan kambing, organ dalaman, durian dan lain2 tak dapat di kawal dan aku teruskan. Itu belum campur makan tak ikut masa sebab terlalu sebok.

Alhamdullilah aku bertahan sehingga usia 51 tahun. Pada September tahun lepas aku kena juga serangan jantung mengikuti jejak bapa2 saudara aku.

Setelah dua blockage di ganti dengan stenting sekarang aku telah menjalani pemakanan yang lebih sihat dan meninggalkan terus pengambilan gula.

Thursday, March 7, 2019

Resident Engineer

26. Resident Engineer ( RE ).

Resident engineer atau singkatan panggilan RE ada orang yang paling berkuasa di site.
Mereka kadang2 macam Agong. Kata2 mereka juga hampir menjadi arahan mutlak walaupun bercanggah dengan contract dan drawings. Semua orang tabik dengan tahap professional seorang RE.
Pertembungan RE dan project manager tak boleh dielak. Masing2 ada objective Yang hendak dicapai. RE hendak project siap mengikut specifications dan procedure yang ditetapkan manakala project manager hendak progress project dan siap dalam masa yang di tetapkan. Selalunya bila clash, project manager jarang survive.
Cuma bila project turnkey, project manager akan cuba sedaya upaya untuk squeeze RE.
Aku dulu terpaksa jadi orang tengah atau orang suruhan antara Ir Teng dan abang B bila tahap perbezaan pendapat mereka jadi besar.
Kes yang terok di highway Plus Ipoh pulak lagi menyusahkan orang bawah bila inspector of work bertindak memecahkan sump drain kami yang cube test failed. Bos aku BC Yap bertindakbalas dengan membuat polis report. Berbulan-bulan orang bawah kedua-duannya tegang.
Walaubagaimana pun semua yang aku pernah involved adalah bagus dari segi professional diaorang kecuali dua orang.
Satu Vella masa project terakhir aku dengan Ireka di Lembah beringin. Berlagak gila mentang2 dia seconded dari client. Hari2 cari salah bos aku.
Kedua, ada seorang RE tu macam takut nak approved kan method statement sampai semua tergantung. Bila client tanya dia terus taici salah kontraktor. Last sekali aku offer buat mock-up untuk setiap method yang di hantar. Pun tak jalan jugak. Last2 kami belasah saja sampai siap project.
Ada sorang K.Sri masa di District cooling tower, Klcc yang lepas dia approved concreting, dia mesti ajak sapa2 pergi kat Wisma central teman dia minum. Dia selalu kata, let them do the work, we happy-happy here. Mampuih aku dengan Wak. Last2 kami sub jer minum2 tu dekat Mr Lim lab.
Di klcc itu juga aku terpaksa berurusan dengan RE dari Ireland. Walaupun dia ok tapi slang irish tu memeningkan kepala. Campur pulak welder aku yang cuma tau Bahasa melayu dan cina saja.

Wednesday, March 6, 2019

Geng lab

25. Geng Lab

Zaman Aku mula kerja dulu kontraktor kena sediakan lab/makmal di tapak untuk test yang boleh dikatakan basic seperti FDT, Mac probe, crushed cube dan ujian tanah dan pasir. Sekarang ni semua outsouce dan aku dah hilang syok bila test di buat di makmal luar.

Geng lab akan ada office sendiri dengan alat2 test mereka. Mereka selalunya dibawah Qaqc engineer atau manager. Dan mereka ada bos kecik yang aku rasa macam 'little Napoleon'. Kadang2 geng ni sangat notorious yang boleh menyusahkan semua orang. Kalau silap handle, results test tak cantik dan mengganggu progress.Mereka sangat anti site engineer atau supervisor yang berlagak.

Aku alhamdullilah dapat berbaik2 dengan geng2 ni. Sampai boleh berpakat pekena konsultan yang lorat sangat ( bukan semua ).

Semasa dengan Ireka di Ipoh ada seorang technician konsultan yang selalu menyusahkan kami. Time dia datang test , selalu pijak2 tanah atau crushed run yang baru kami compact dan kata, failed ni. Compact lain teruih blah. Yop TA, lab aku pun tak boleh buat apa, terpaksa ikut. Yang aku geram tu belum test dah kata failed. Dia ingat kasut dia tu ada alat test ka. Kami kemudiannya terpaksa pekena dia. Tiap kali dia datang nak test, aku dah sedia pasir dalam poket. Bila dia leka, terus pass kat yop TA boh dalam plastic. Kami terus pakai tektik sama lepas dan masalah failed selesai sampai dia pun hairan. Tak lama lepas dia berhenti dari site tu.
Satu kisah lagi di project keretapi kerteh dengan konsultan Minco. Lab consultant tu seorang geologist yang lorat jugak. Selalu kacau walaupun cow lain dah ok. Yang pun kena ajar jugak. Aku kali ni pakat dengan azli dan mat Dan untuk failed kan tanah dibeberapa bukit tepi sungai kerteh sampai suitable material yang approved untuk filling jadi negative. Kena import tanah untuk siapkan project. Turun abih client petronas dan doktor2 tanah Minco termasuk Dr Nagendra yang kcin dengan aku. Last2 Minco terpaksa allow juga tanah yg failed tapi ok tu untuk buat filling.

Bila aku jadi project manager, geng lab akan baik ja dengan aku sebab dah masak dengan trick depa kat site.

Ikut saja drawings

23. Ikut saja drawings

Masa Di project buat jalan ( pantai Timur lagi ), Bos abang B goyang dan marah2 bila tokey sub_con berpangkat datuk taji dia.

Dia kemudiannya panggil Aku, Lan, apasal Datuk Fenki  kata kita stop filling earth dia? letter apa hang bagi kat dia?
Aku kata, mana Ada. Saya cuma nak depa filling alternate day saja takut embankment tu pecah kalau filling hari2.
Letter tu memang saya draft tapi Bos  yang sign.
Dia Balas, wahhh susah la. Consultant kata apa? Ada hang check?
Aku jawap, Ada hantar TQ. Depa kata follow original drawing.
Dia bertambah marah, kenapa hang degil, follow ja la. Aku nak Kau cancel instructions tu.

Okey. Aku jawap sambil membebel Dan belah.

Tiga minggu kemudian dia pindah ke HQ Dan diganti dengan Bos baru Haji As.

Seminggu lepas tu embankment crack sepanjang 800 meter.

Aku dan site bagai nak gila menguruskan hal tu dan teringat abang B. Kalau dia Ada mampuih Aku belasah dia balik. Kami kadang2 terpaksa divert  visitors yang datang melawat site. Fenki pulak minta VO.

Bila adjuster datang dengan designer geotechnical KC, dia pun salahkan design. Semua orang tersepit.

Apo nak buek, dah nasib badan jadi Macai.

Bagi nasihat pun tadak siapa nak dengar.

Tuesday, March 5, 2019

Siapa bos sini?

22. Awak bos sini?

Visit semalam mengingatkan aku tentang visit seorang orang besar ATM di GK, Besut.

Satu hari bos CAI talipon, Lan , orang no 2 army nak vist site esuk. Saya dan datuk tak dapat tiket flight ke KB ( entah betui ke tak ). Hang handlelah dia. Mampuih aku kata. Dah la project sakit.

Esuknya ada orang datang site office dan tanya sapa bos sini? Dia pakai biasa ja. Ni kot Jeneral tu.
Awak ke? Bawak saya round site. Boleh ke Tuan naik storm? Boleh ja.

Setelah habis round site dan dia puashati dengan apa yang di lihat, dia pun bagitau sebenarnya saya cuti balik kampung. Alang2 ada sini , saya datang jengah kejap. Ok terimakasih.

Patutla macam visit tak official.

Hang tak tulis ka

21. Hang tak tulis ka

Ada orang tak puashati aku cerita terutama bila sangkut dengan bos2 tapi aku nak terus sampai siri ke tiga puluh.

Cerita pasal enginiar M Yang Jaga jambatan belum habis lagi. Kali ini pasal dia rasa handal sangat.

Cerita ni Aku selalu guna untuk site2 engineer tertentu selepas tu hingga sekarang.

Satu hari Aku panggil dia nak bincang pasal kerja Dan planning untuk bridge yang ada di site kami.

Lama dok cerita Dari satu bridge ke satu bridge, Dan Aku sebok tulis semua Yang dibincang tiba2 aku perasan Yang dia tak tulih apa2 cuma dengar saja.

Aku kata woii.....tak tulis Ka? Mana buku nota?
Dia tak jawap tapi tunjukkan jari kat kepala maknanya dia Ingat semua.

Amboi hang, Aku kata. Dalam hati bengang giler. Ok lah. Stop sini dulu nanti sambung kemudian.

Sebulan kemudian, Aku panggil dia lagi.
Kali ni Aku tak tulis apa2  Dan recall balik Yang Kami discuss dulu satu per satu.

Bila  aku Tanya , banyak dia tak Ingat.
Apa lagi, Aku pun ceramah dia cukup-cukup. bla...bla....bla....sampai dia menyampah. Last sekali aku kata, tu la saya kata kita kena tulis semua. Otak Kita mana boleh Ingat. Ada limitation.
Dia diam saja.

Mulai Hari Itu bila jumpa nak bincang, dia sentiasa bawa buku nota.

Cerita ni selalu jadi motivasi untuk enginiar2  sekarang ni Yang lagi terok Dari M.

Engineer M sekarang seorang yang successful dengan salah satu construction company yang besar di Malaya. Dia pun dah jadi project manager. Entah apa khabar dia. Tentu terok engineer yang kerja dengan dia sekarang.

Hahaha

Monday, March 4, 2019

Angkuh

19. Angkuh

Satu hari semasa project dah siap dan baru round pertama final inspection dengan JKR si QS aku Suhaida tiba-tiba Tanya,

Bo's...bos....lepas project ni pi mana?
Aku jawap, Gong kedak kut.

Dia provok lagi, tak nak ke oversea dengan Bumihiway ke? India ke.....

Dengar perkataan India dan Bumihiway, Aku tiba-tiba panas Dan terus jawap dengan angkuh dengan bengang........ woii.....ni rizlan la sambil jari telunjuk menunjuk ke dada aku.

Kalau pi sana  dengan Bumihiway sorry la !!!!!
Package terok, tempat terok Dan segala2nya terok.

Hang tau apa jadi kat depa Yang pi sana? Sensara gila la weeiiii.

Aku terus belah masuk bilik. Tanpa menyedari Yang Aku telah terlampau batas Dalam berkata2.

Sebulan lepas tu, Aku dipanggil untuk assignment ke INDIA.  ya, India Yang Aku kutuk2 dulu. Tanpa aku ingat langsung kata2 Aku sebulan Yang lalu.
Bulan Desember aku balik HQ di PJ untuk kursus financial.
Pada 10 January aku sudah atas kapalterbang terbang ke New Delhi.
Tiga bulan semasa Di India baru Aku teringat kata2 Yang melampau Itu Yang menyebabkan Aku tercampak ke benua Kalingga tu.

Tuhan Maha kuasa telah mengingatkan rezeki, ajal, maut Dan segala uruskan Kita Di dunia ni Di tangannya bukan ditangan Aku atau manusia2 lain.

Aku hanya hamba yang  dijadikan Dari air Mani Yang Hina.

Enam bulan kemudian Aku balik ke Malaya Dan Kali ini ke project Gong kedak.

Sebenarnya kalau Di renung kembali, peristiwa  ini adalah sebahagian Dari ujian Dan proses penginsafan setelah Aku memberi commitment dan  mendaftar sebagai bakal Haji.

Maha Besar kuasa Allah.

Hang jangan buli dia

20. Hang jangan buli dia

Satu hari enginiar aku M datang jumpa Dan Tanya, Bos, Mr Beruang ( panggilan manja kami untuk  consultant)  lain macam pulak dengan saya Hari ni. Dia baik lain macam pulak. Ada apa2 ke? Dia cuba pancing.

Aha. Ada. Saya Ada 'sound' dia sikit Ari tu sebab saya tengok dia macam dok buli hang.

Wahhh.....Bos sound apa?

Saya jawap, don't worry. Saya kenai sangat dia. Dulu masa project keretapi saya sama-sama site engineer dengan dia.
Saya cakap kat dia, hang jangan buat macam tu kat enginiar muda-muda aku. Aku tengok macam hang dok buli dia. Kita makin Tua, nanti  bila2 kalau Kita ambik sub contract mana2 tiba2 dia Yang jadi consultant, mampuih hang. Sikit2 dah lah.

Dia jawap, ok Aku tengok macamana.

Mr B pun tak lama Di project Gebeng bila bos Besar  takeover project tu.

Dunia construction di Malaya ni sangat kecik. Bila2 masa kita akan jumpa balik. Aku pun pernah bos lama jadi subcon aku. Tapi sebab dia baik, payback time tu tak berlaku.

Macam2 boleh jadi dengan kuasa Allah.

Sunday, March 3, 2019

Bos dah penat

18. Bos dah penat

Setelah berbelas tahun tak attend interview untuk kerja baru, petang Hari jumaat baru ni gagahkan diri untuk hadir Di Damansara Jaya dengan company spring energy setelah Di pujuk oleh headhunter.

Yang nak cerita ni bukan sangat pasal interview tapi pasal shortage project manager Dan attitude enginiar 2 baru. Rupanya company tu pun mengalami masalah Yang Sama. End up Bo's kena kerja lebih teruk walaupun dah Ada team kat site.

Daripada interview dah jadi sharing sessions dengan GM Dan AGM construction company tu.

Patutla Aku memang terasa penat sangat bila dah five series ni.
Dan Aku tak kesaorangan rupanya.

So, what's next?

Kesian sub-con Aku

Kesian sub-con Aku.

Jadi headnews seantero Malaya for wrong reasons.
Donate juta2, kena sailang jugak. Dengan geng sendiri lagi.
Sabarlah Datuk, bizness without politics pun boring jugak. Nanti susah dapat kojer. Kesian orang bawah.

Elok bagi project manager you tu off day tiga empat hari bagi dia cool sikit.

Saturday, March 2, 2019

HR yang karut

Human resource ( HR ) yang karut.

Satu hari Anuar HR manager talipon aku dan Tanya , Lan , kenapa  gaduh dengan enginiar hang?
Aku jawap, haaaaa......sapa cakap?
Dia kata, ni V yang  bagi report lepas balik interview engineer M  Yang bagi Surat design.
Aku terus jawap, celaka macai hang...#@££&&##.......hang Tanya dia sendiri la.

Dia kata, tu Yang Aku pelik Dan talipon ni.

Aku pun terus engineer M  Dan cakap dengan Anuar ni, dia kata kita dua gaduh.

M pun teruih cakap dengan Anuar, mana Ada bos.

Aku pun belah biar M settle sendiri dengan Anuar.

Lepas tu Aku Tanya M, apa Yang hang cakap kat K celup tu masa dia buat exit interview ari tu?
M  jawap, saya taji dia bos pasal increment gaji lambat Dan sikit ja Naik. Saya dah lama kerja dengan company ni.

Aku pun angguk saja la. Baik hang blah ja la dari company ni. Selagi HR bangang macam tu susah la.

Itulah nasib seorang engineer yang baru nak up. Tenaga di perah macam perah santan kelapa. Ini berlaku bila kita joint masa fresh dan kenaikan macam siput.

Aku dulu pun pernah mengalami masa di Ireka dulu. Junior UKM Aku Yang masih kemudiannya pun lagi tinggi gaji dari aku yang dah lebih tiga tahun kerja dan siap dua project.
Tapi sebab bos baru aku Ir Lim Tao Soon tu baguih teruih dia adjust sampai gaji jump lebih dari seribu dari yang aku dapat masa tu.

Friday, March 1, 2019

Mencari permata

Mencari permata.

Mencari site supervisor dan engineers yang sesuai untuk hand on contractors sejak sepuluh tahun lepas bagai mencari permata di Dalam lumpur. Memang ramai yang graduate dan available dalam market tapi bukan semua sesuai dan tahan lasak untuk kerja2 site. Top scorer tidak menjamin mendapat apa yang aku hendak dari mereka.

Aku terpaksa admit site staff dulu masih terbaik berbanding sekarang. Even geologist macam wak Norhan boleh handle civil works dengan baik.  Sebagai comparison dua orang site engineer aku dulu ( AK dan RI ) yg selalu kena taji pun berganda baik Dari sekarang. Puncanya aku pun tak pasti. Tapi Dalam macam tu aku Ada jumpa Yang sangat bagus jugak semasa Di kem Batu pahat dulu walaupun dia Ada kelemahan lain.

Masa aku jadi chiep operasi merangkap project director untuk kem, untuk post baru supervisor dan engineers  aku akan interview sendiri.

Pada satu hari kami sedang mencari site engineer dan aku interview satu new enginiar Yang baru Ada setahun pengalaman.
Masa interview aku bagitau dia interview ini adalah Dalam bahasa ingggeris Dan saya tak nak dengar satu pun perkataan melayu dari mulut hang. Dia terus menggigil tapi teruskan menjawap soalan Dan bercerita tentang diri dan  pengalaman Dalam bahasa ingggeris Yang tungging terbalik. Maklumlah budak tu bersekolah Di sebuah sekolah agama Di Baling, Kedah. Ulu benar sekolah dia. Tapi dia dapat juga graduate dan dapat degree Dalam civil engineering Dan survived kerja dengan satu company cina buat sekolah. Company tu biar dia sorang2 di tapak project dan buat semua benda.
Tapi saya ambik juga dia jadi site engineer Dan terbukti dia perform. Dia kemudiannya ada bagitau Yang dia putus harap nak dapat kerja masa interview dengan aku.
Akhirnya dia habiskan project kami dan aku percaya dia akan terus berjaya. Dan kalau ada opportunity lagi aku akan recommend dia.

Tahniah bro.

You can agree or disagree dengan apa Yang aku tulis ni.

Nasib seorang kontraktor

Nasib seorang kontraktor

Ini cerita benar beberapa Hari Yang lepas Di sebuah pejabat agensi kerajaan dan aku ada di situ terkena.

Ada tiga orang pelawat ingin berjumpa seorang pegawai untuk menyemak status permohonan.

Bila pegawai keluar, dia bertanya ' awak siapa, Dari mana?
Jawap seorang, saya Dari consultant.
Dua orang lagi menjawap, Kami Dari kontraktor.

Terus saya pegawai tu balas, saya nak jumpa consultant saja!!
Apa ni kontraktor, asyik talipon saya saja, nak check Itu Dan ini.

Terus saja pegawai Dan consultant tu pergi.

Itulah nasib aku yang berkerja dengan kontraktor di Malaya.

Macam warga tadak kelas.

Itu baru nak jumpa Macai, belum Bos besar dia lagi......

Untuk tak nak sakit hati dalam perjumpaan kemudiannya Aku terus menyamar sebagai consultant.

Beam tak boleh launching

Beam tak boleh launching.

Perkara paling ngeri bila buat jambatan adalah bila beam yang kita cast tak muat dengan span yang kita nak launching.

Semasa jumpa Pak Syed tahun lepas, Kami teringat cerita abutment wall di interchange 1, balok kena hack sebab precast beam tak muat nak launching. Wall abutment tu termasuk ke depan dan ngam2 saja. Lagi masalah bila semua beam span tu dah cast.

Tentulah aku cari surveyor situ.  Entah macamana si serbey RA ( nama di rahsiakan ) bagi Alignment tu dulu. Joint survey dengan consultant pun dah buat.
Untuk repair, wall tu terpaksa  kena hack sebab dah tak ada cara lain. Untuk coverline, Hacking terpaksa dibuat pada Hari sabtu Dan ahad sebab tak nak HQ Dan orang-orang lain tahu.

Dalam masa yang sama penin kepala nak mengejast dengan QS Nik untuk Cari backhoe Yang Ada hacker.
Selepas Semua settle, ada problem pulak nak
buat paper BTB sebab budget dah burst.  kena pulak taici dengan  QS HQ sebab nak mengelak kena querry   budget. Terpaksalah konar buat report.

Sebenarnya aku baru beberapa Hari lepas dok bagi reminder dengan site engineer Projek SUKE ni suruh check Dan check. Jangan ulang hal yang aku experience beberapa tahun dulu.

kadang2 Kita terpaksa buat apa perlu kat project site untuk selesai masalah dan siapkan project walaupun kadang2 bertentang dengan SOP Dan budget etc.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...