kami tak lama di sini kerana mengejar nak ke sempadan. selepas mostar kami melalui jalan tepi laut atau teluk yang sangat cantik pemandangannya. di satu tempat ada menara peninjau dahulu kala yang di bina oleh pihak ottoman.banyak rumah dan marina dibina ditepi-tepi laut.ada yang macam resort dan ada rumah persinggahan.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, May 17, 2009
perjalanan ke mostar dan dubrovnik - 2
selepas melalui bandar konjic, kami terus ke mostar.mostar salah satu bandar yang besar di bosnia dan ada kanton pentadbiran sendiri. walaupun pesat membangun tetapi yang menjadi tarikan di sini adalah bandar lama ala turki yang masih kekal. entah-entah di turki sendiri dah tak ada macam ni. sini cuaca tak seperti sarajevo yang musim sejuknya hingga suhu di bawah paras beku. matahari sentiasa keluar disini dan tidak terlalu sejuk.
di sini ada satu jambatan lama yang merentasi sebuah sungai. panoramanya di sini sangat indah dan menarik.sungainya tersangat jernih. jambatan ini menjadi terkenal setelah dibom masa perang dan sebahagiannya rosak.dianya dibaiki dengan usaha pihak antarabangsa.



menyusuri bandar lama ini menbuat aku tertanya-tanya bagaimana ianya masih kekal sampai sekarang. adakah kerana rekabentuknya? adakah kerana usianya? nama mostar sendiri tidak pun sebenarnya tiada unsur-unsur bosnia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
negara kecik ke world cup
Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...
mana sambungan cerita ni bro?
ReplyDeleteidea terbantut semalam.ni baru ada
ReplyDelete