telah beberapa kali aku mendengar cerita yang sangat menarik ini dari sahabat-sahabat di sini yang berlaku lebih 500 tahun dahulu.
cerita ini berkenaan dengan khalifah ottoman yang berada di istanbul dengan wazirnya yang di amanahkan untuk mentadbir bandar sarajevo. khalifah telah memerintahkan wazir membina satu mesjid atau jami'ah sebagaimana orang sini memanggilnya setelah mereka menguasai bandar ini. setelah beberapa lama masjid itu dimulakan, wazir telah memohon kepada khalifah untuk membina sebuah lagi mesjid yang lebih kecil yang terletak di kawasan bazar bandar ini. setelah khalifah mengizinkan, maka mesjid wazir pun di mulakan pembinaannya. semasa sedang dalam pembinaan khalifah berasa tidak sedap hati atau telah dihasut oleh puak-puak lain yang tidak suka kepada wazir dengan mengatakan yang wazir sedang membina mesjid sendiri yang lebih canggih dari mesjid khalifah.tanpa usul periksa, maka khalifah telah membuat kesimpulan yang wazir telah mula membelakanginya dan mula memikirkan cara-cara untuk menghalang wazir. akhirnya dipendekan cerita, khalifah telah memerintahkan pembinaan mesjid itu ditukar.mesjid yang dicadangkan oleh khalifah ditukar menjadi mesjid wazir.konon-kononya dengan cara ini, mesjid yang dibina oleh wazir yang dikatakan besar itu oleh penghasut-penghasut akan menjadi mesjid khalifah.manakala mesjid wazir dulu pula akan menjadi mesjid khalifah. bila dah siap, maka khalifah datang untuk melihat mesjidnya. apa yang terjadi? yang dilihatnya mesjidnya adalah lebih kecil dari mesjid wazir. menyesalnya dia, kerana tidak mempercayai wazirnya yang jujur itu.kerana arahannya untuk menukar mesjid maka dia mendapat mesjid yang kecil dan menjadi bualan orang hingga sekarang dan akan datang.........
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, May 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment