Thursday, May 21, 2009

bila ianya akan berakhir....2

tambahan dari catatan bulan april dulu yang di masukkan dalam blog ini semalam.

aku percaya yang berlaku pada aku sekeluarga adalah ujian-ujian dari allah yang sebab-sebab hanya dia yang mengetahui. setakad ini pemikiran aku belum dapat memahaminya. munkin kerana masih belum betul dekat denganNYA. walaupun kenal tapi kalau belum dekat, tak munkin DIA akan memberi ilham apa yang sebenarnya.

ujian-ujian ini kalau diperhatikan adalah bukan untuk aku sahaja.tetapi untuk seluruh ahli keluarga aku. memang ramai yang berkata pada aku,isteri dan anak2, kenapa tidak cari kerja lain saja? kenapa mesti pergi keluar negeri? tak adakah kerja kah di malaysia ini? kenapa bapa awak selalu tinggalkan awak? suami saya jurutera juga tapi dia sentiasa ada di rumah?dan banyak lagi kenapa dan kenapa?

rezki adalah perkerjaan tuhan. kita disuruh berusaha dengan bersungguh-sungguh. tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. kalau kita hendak, tapi belum diizinkan maka tidak dapatlah kita. kalau nak diberiNYA, walaupun kita tak meminta, diberiNYA juga. doa dan usaha adalah tanggungjawab kita.

tdak diberi adalah ujian, maka kalau diberi juga adalah ujian. banyak atau sedikit bukan ukuran sebenarnya tapi bersyukur atau tidak atau semakin dekat kita atau semakin jauh kita dengan pemberi rezki.

2 comments:

  1. Sekarang dunia tanpa sempadan. Hari2 kita boleh berbicara di internet dan dapat menatapi keluarga setiap hari. Ini mustahak. Komunikasi dengan anak2 setiap hari. Biarkan skype kita on 24 jam...internetkan percuma..mudah utk mereka memanggil kita. Anak2 saya lebih suka saya bekerja di luarnegara dan balik 3 bulan sekali kerana 2 minggu saya bercuti dengan mereka, mereka dapat rasakan effektifnya masa cuti itu berbandung sewaktu saya duduk bersama mereka di tanahair. Yg mana cuti pun susah, weekend dan cuti kena kacau dek boss, malam2 boss tpon. Kepala pun pening semacam. Anak2 perasan ni semua. Mungkin ada perbezaan budaya kerja diantara sykt Multinasional dan tempatan. Sykt multinasional boss tidak pernah kacau selepas waktu pejabat, weekend apatah lagi bila bercuti. Alhamdulillah. Cuma bila jauh ni yg ditakuti panggilan kecemasan...muga dijauhi Allah hendaknya..

    ReplyDelete
  2. apa yang cakap2 bola cakap itu ada benarnya terutama masa efektif bersama anak-anak.
    terimakasih

    ReplyDelete

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...