semalam aku terbaca perang antara dua wanita dalam sebuah blog kerana seorang lelaki yang dulunya roker kemudian menjadi antara pemuda yang terbaik sehingga di panggil orang ustaz. dakwahnya terhadap anak-anak muda malaysia melayu islam yang keliru tentang agamanya telah membuahkan hasil yang baik dan amat diminati ramai.
rupanya ditengah jalan ada ribut yang melanda dan terperangkap dia dalam keadaan ditelan mati mak, diluah mati bapa.walauapa pun aku harap dia akan keluar dari masalah dengan selamat walaupun banyak luka-luka dibadannya.kemungkinan orang kita memandang serong dia tak dapat dinafikan lagi.
jadi anakku bukan senang nak berdakwah dan mengajak orang ingat akan agama.
ada banyak halangan dan cubaan. wanita, duit,pangkat adalah halangan semulajadi. kalau lepas, naiklah iman, kalau gagal entah apa akan jadi.
kepada tuan agama, ini adalah ujian-ujian untuk hamba-hambanya yang dipilih.kepada syaitan ini adalah kerja-kerja yang mesti dilakukan sebelum kiamat tiba.
walaupun kita tahu halangan-halangan itu tetapi kisah macam ini akan terus berlaku dan berlaku.
kepada ustaz akil dan anak-anakku yang lain, ayuh teruskan walaupun ada halangan.anda telah dipilih. lengkapkan diri anda dan rentaskan halangan-halangan itu.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, May 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
negara kecik ke world cup
Sejarah tercipta bila negara kecik Cape Verde layak ke world cup secara merit hari ni.
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
-
Tiga puluh tahun dulu pada 18.8.1995 aku datang ke kampung rhu rendang untuk bernikah. Hari ini 18.8.2025 aku ada di sini setelah lebih set...
No comments:
Post a Comment