Monday, May 18, 2009

Engine mania UKM 87/88 - di mana mereka sekarang?

hari ini aku terima dua gambar lama dari seorang sahabat yang sama-sama belajar fakulti kejuruteraan awam UKM pada tahun 1987 hingga 1991.
Gambar ini di ambil masa kami pergi untuk kajian batu-batu untuk subjek geologi di mentakab dan temerloh. entah apa yang istimewa batu-batu di sana. munkin batu-batu tu tua dan banyak dapat belajar.lagipun gambar ini menunjukan betapa kurusnya aku dahulu.
betapa masa dah berlalu begitu lama.
di sini aku berikan sedikit sebanyak pasal kawan-kawan di gambar sebelah kanan dan di mana mereka dipercayai sekarang :-
dari kiri, gambar 1 -
nurbaya - tak dapat dikesan. dulu pernah kerja di ranhill
che azmin - di kelantan. jadi guru. aku baru jumpa dia awal tahun ini
wan rahim - yang mengirim gambar ini.orang kuat gomen
sufian - pelajar senior. tak tahu dimana sekarang
nora - kerja di serawak.hanya dapat di kesan tahun ini
dari kiri, gambar 2 :-
siva - di sabah.berkerja dengan consultant.hanya dengar cerita dan tak pernah jumpa
aku - masih disini, terkejar-kejar mencari rezeki. terpaksa tinggalkan anak isteri
rozman - bernas di petaling jaya.selalu jumpa
rahman - kerja dengan syarikat arkitek di
rahman putra,sg buluh
wan rahim - seperti di atas
abi suffian - indah water.tinggal di kajang
yazid - pelajar senior.
shukri - tinggal di rawang,kerja dengan telekom
aspa - orang kuat kutip tol, PLUS
muhammad ishak - kerja dengan kontraktor buat
lebuhraya pantai timur
che azmin - seperti di atas
suffian - seperti di atas
ada beberapa yang tiada dalam gambar -
suntara segar - tukar karier jadi perunding kewangan.dah muncul di tv sekarang
daram singh - tengah cuba jadi towkey
wong lai ming - tak dapat dikesan
wan - tak dapat dikesan.dipercayai berada di johor
ada sorang lagi entah apa nama, aku dah lupa.
beberapa percubaan mengadakan majlis perjumpaan masih belum berjaya sepenuhnya. hanya sekadar sembang-sembang biasa.
banyak kenangan dan cerita menarik dengan sebahagian di atas terutama masa kami tinggal di luar di taman kajang jaya, sg merab dan bandar baru bangi.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...