Thursday, May 7, 2009

ikan oh ikan....


dua hari lepas aku ke tepi sungai zelnijar yang membelah bandar ildza dari sumber vrelo bosna ke bahagian lain bosnia. sambil berjalan-jalan dan memerhati keadaan sekitar, aku ternampak satu bahagian sungai di mana anak-anak ikan melompat untuk mengatasi sekatan yang di buat merentasi sungai. ada ikan kecil dan ada ikan besar. tapi sepanjang yang aku tengok tiada seekor yang dapat melepasi benteng dan pergi ke sebelah atas, iaitu ke hulu sungai.entah apa yang mereka cari atau sekadar mencuba nasib sahaja.

keadaan mereka macam manusia yang berlumba-lumba untuk mencapai impian masing-masing. ada yang berjaya dan ramai yang gagal. yang pasti ramai gagal. kenapa?

adakah kerana tidak berusaha? adakah kerana tiada orang yang menolong? adakah kerana yang berusaha itu tidak betul-betul bersedia? dan akhir sekali adakah kerana tuhan belum lagi mahu kita berjaya?

makin lama berfikir,makin tiada jawapannya. macam ikan tadi,bukan semua ikan yang melompat.ada banyak lagi yang masih berenang-berenang dalam sungai tanpa mahu berusaha atau bersusah payah untuk pergi cuba melompat.mereka itu hidup juga.makan ada. lama-akan beasr dan beranak juga. akhirnya mati juga.

ia sebenarnya berkaitan dengan impian.impaian atau cita-cita seseorang tidak sama. ada yang dah cukup dengan apa yang ada.ada yang nak mencuba dan ada yang terus mencuba walaupun masih gagal. jadi tepuk dada tanyalah selera.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...